Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Komputer

Tiada jalan mudah !!

Imej
   Kejayaan nama besar dalam teknologi seperti Microsoft, Dell, Apple, eBay, Amazon, Facebook, Google, Oracle dan puluhan syarikat yang merubah senario dunia bermula daripada hanya impian yang dikatakan tidak mampu direalisasikan. Apabila namanya sudah popular, kenaikannya nampak mudah tetapi prosesnya panjang bermula daripada hanya angan-angan kemudian ilmu yang dipraktikkan sehingga pengembangan minda yang bukan tertumpu kepada satu objek saja. Makna pemikiran satu objek saja termasuk tahap pengembangan minda kreatif yang mampu berfikiran kritis sehingga menghasilkan teknologi mencorakkan kehidupan manusia. Di bawah ada disenaraikan nama besar mereka yang pernah memasuki carta individu paling berpengaruh dalam bidang teknologi :- 1. Bill Gates (Microsoft) 2. Steve Jobs (Apple) 3. Mark Zuckerberg (Facebook) 4. William Bill Redington Hewlett dan Dave Packard (HP) 5. Charles Ranlett Flint (IBM) 6. Gordon Moore dan Robert Noyce (Intel) 7. Jack Dorsey (Twitter) 8. Larry Page (Goo...

Kenali Alat-Alat Keluaran(Output) Untuk Komputer

Imej
Assalamualaikum, A dmin pasti mungkin umum sudah pun mengetahui mengenai alat-alat tambahan yang diperlukan oleh manusia untuk menggunakan komputer. Tapi, sengaja admin nak imbas kembali apakah alat-alat tambahan yang diperlukan oleh anda untuk menggunakan komputer.. 1. Pendrive Digunakan sebagai alatan tambahan untuk menyimpan sesetengah maklumat yang terpenting. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Selain itu, pendrive juga boleh didapati dengan harga yang murah berbanding cakera keras luaran. 2. Tetikus Merupakan alat yang sudah menjadi satu kemestian untuk menggunakan komputer. Tetikus juga boleh didapati dalam harga yang amat murah bermula dari harga serendah RM10.00. Tetikus juga mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang boleh menarik perhatian pengguna untuk membeli. 3. Papan Kekunci Tanpa alat ini, anda tidak boleh untuk membuat penulisan di halaman web dan untuk kerja-kerja seperti perbentangan kertas kerja yang memerlukan penaipan dari komputer. Alat ini juga merupakan salah sat...

Info Teknologi Maklumat #1

Imej
Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua.. Sahabat semua apa khabar? Diharap semua sihat-sihat selalu. Untuk perkongsian ilmu kali ini, admin ingin kongsi pasal info-info tentang dunia teknologi maklumat kepada semua.  :.1 Fakta E-mel E-mel pertama telah dihantar sejak 30 tahun dahulu lagi. Seorang pemprogram ( Programmer ) Ray Tomlinson melahirkan simbol @ yang digunakan untuk mengasingkan nama pengirim dan hos pada alamt e-mel. Ia juga membolehkan alamat e-mel mudah untuk diingat. Ray Tomlinson dikenali sebagai bapa e-mel dan pencipta e-mel. :.2 Fakta World Wide Web (WWW) Radio memerlukan 38 tahun untuk popular. Televisyen pula memerlukan 13 tahun untuk popular. World Wide Web hanya memerlukan 4 tahun sahaja untuk mencapai 50 juta pengguna. :.3 Fakta Perkataan Musang Lompat Di dalam bahasa inggeris, ayat "The quick brown fox jumps over the lazy dog"  dan ayat ini telah menggunakan kesemua abjad dari A sehingga Z.  :.4 Mangsa Jenayah Siber Yang Seterusnya: Siapa? 83 peratu...

Mari Kenali Perkakasan Komputer :: Bahagian 1

Imej
Assalamualaikum Sahabat-Sahabat Yang Dirahmati Dan Diberkati Allah Sekalian.. Diharapkan semua sahabat-sahabat sihat dan diberkati Allah selalu. Untuk penulisan entri kali ini, admin akan menulis berkaitan dengan perkakasan komputer. Mungkin ramai diantara kita yang sudah cukup mengenali semua perkakasan-perkakasan komputer, tapi belum tentu lagi mengenali fungsi-fungsi sesuatu perkakasan itu dengan lebih mendalam kan.. Dengan itu, admin akan kongsi mengenai nama, fungsi dan maklumat yang lebih mendalam dengan perkakasan komputer dalam entri kali ini. 1.  MotherBoard /Papan Induk. MotherBoard  atau papan induk merupakan papan utama dimana terdapat komponen-komponen serta Chip Controller  ataupun lebih dikenali sebagai  Processor  yang menjalankan tugas mengatur pergerakan data dalam sistem motherboard.  Pada motherboard  terdapat soket untuk processor,  slot-slot yang digunakan dalam pemasangan kad komponen seperti VGA Card , Sound Card, Internel ...