Fakta bilik air yang tak ramai ketahui
Gambar dari Google Pelik ke jika ada lelaki yang mengambil masa yang lama ketika mandi? Kerana mengikut kebiasaan, lelaki lebih selamba dalam menyiapkan diri. Dan paling lama pun, 10 minit sebab bercukur atau membuang sisa yang sepatutnya. Tapi jangan korang tak tahu yang mana ada lelaki yang mengambil masa panjang di dalam tandas. Kalau nak dibandingkan dengan wanita, memang jauh berbeza. Kalau wanita perlukan masa untuk memanjakan tubuh badan dengan sabun atau menyegarkan rambut dengan syampu, tapi lelaki tidak memerlukan semua itu. Dari tinjauan yang dibuat, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik-beradik lelaki mereka mengambil masa yang lama sewaktu di dalam bilik air. Kenapa ini berlaku? Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup peribadi serta amat "istimewa" buat kaum adam di seluruh dunia. Mana tak nya, dalam bilik air saja yang bebas dari semua gangguan samaada dari ahli keluarga, kawan-kawan, dan panggilan telefon.