Catatan

Tiada jalan mudah !!

Imej
   Kejayaan nama besar dalam teknologi seperti Microsoft, Dell, Apple, eBay, Amazon, Facebook, Google, Oracle dan puluhan syarikat yang merubah senario dunia bermula daripada hanya impian yang dikatakan tidak mampu direalisasikan. Apabila namanya sudah popular, kenaikannya nampak mudah tetapi prosesnya panjang bermula daripada hanya angan-angan kemudian ilmu yang dipraktikkan sehingga pengembangan minda yang bukan tertumpu kepada satu objek saja. Makna pemikiran satu objek saja termasuk tahap pengembangan minda kreatif yang mampu berfikiran kritis sehingga menghasilkan teknologi mencorakkan kehidupan manusia. Di bawah ada disenaraikan nama besar mereka yang pernah memasuki carta individu paling berpengaruh dalam bidang teknologi :- 1. Bill Gates (Microsoft) 2. Steve Jobs (Apple) 3. Mark Zuckerberg (Facebook) 4. William Bill Redington Hewlett dan Dave Packard (HP) 5. Charles Ranlett Flint (IBM) 6. Gordon Moore dan Robert Noyce (Intel) 7. Jack Dorsey (Twitter) 8. Larry Page (Google) 9. P

Fakta bilik air yang tak ramai ketahui

Imej
Gambar dari Google  Pelik ke jika ada lelaki yang mengambil masa yang lama ketika mandi? Kerana mengikut kebiasaan, lelaki lebih selamba dalam menyiapkan diri. Dan paling lama pun, 10 minit sebab bercukur atau membuang sisa yang sepatutnya. Tapi jangan korang tak tahu yang mana ada lelaki yang mengambil masa panjang di dalam tandas. Kalau nak dibandingkan dengan wanita, memang jauh berbeza. Kalau wanita perlukan masa untuk memanjakan tubuh badan dengan sabun atau menyegarkan rambut dengan syampu, tapi lelaki tidak memerlukan semua itu. Dari tinjauan yang dibuat, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik-beradik lelaki mereka mengambil masa yang lama sewaktu di dalam bilik air. Kenapa ini berlaku? Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup peribadi serta amat "istimewa" buat kaum adam di seluruh dunia. Mana tak nya, dalam bilik air saja yang bebas dari semua gangguan samaada dari ahli keluarga, kawan-kawan, dan panggilan telefon.

Bos aku yang sporting..

Imej
Gambar dari Google Walaupun kami berlainan kaum dan agama, tapi aku rasa kerja dengan bos aku ni la yang paling best sekali. Bos aku ni orang india, aku panggil dia dengan panggilan En. vijayan tapi dia memang faham dengan keadaan aku yang jadi pekerja dia ni. Masuk bulan ni dah 5 bulan aku kerja dengan bos ni, tapi tak pernah sekali pun dia marah ataupun menggores perasaan dan hati aku ni. Memang sporting la bos aku ni.. Tapi, walaupun bos aku ni sporting , aku tak boleh nak buat kerja yang dia bagi secara sambil lewa je. Walaupun gaji yang dia bagi tak besar mana, aku memang puas hati la kerja dengan dia. Pasal aku kerja bukan untuk mencari kekayaan, tapi aku kerja sebab nak bagi satu kepuasan dan minat terhadap kerja tu sendiri. Kalau kita ni kerja sekadar nak mencari kekayaan, memang tak kemana la jawapnya. Sebelum ni aku jugak pernah kerja dengan bos cina, ok tu memang ok. Tapi, kalau ada silap sikit je memang melenting habis.. Bukan kita tak boleh terima hakikat yang kita buat s

Korang nak pergi angkasa lepas ?

Imej
Tengok tv malam semalam ada satu iklan tu yang buat aku rasa tertarik jugak la. Ni pasal iklan AXE Apollo Space Academy tu. Dalam iklan tu tunjuk ada satu pertandingan yang diorang buat dan sesiapa yang menang pertandingan tu boleh join  diorang pergi ke angkasa lepas. Menarik bukan? aku ada tengok laman web AXE tu, diorang kata sesiapa yang berjaya dalam pertandingan ni akan dibawa terbang sejauh 103 KM ke luar angkasa bersama sebuah perusahaan perjalanan antariksa, SXC. Rasa macam nak join  pun ada jugak, tapi entahla. Masuk harini dah ada 20 orang peserta dari Malaysia yang join  pertandingan ni. Jadi kalau korang rasa nak ikut sekali boleh pergi ke laman ni :- AXE Apollo Space Academy - Dia punya tagline ; Pergi sebagai seorang lelaki, pulang sebagai seorang wira Oh, sebelum terlupa, pertandingan ni hanya untuk lelaki sahaja ya. Bawah ni iklan dia : Ok, Assalamualaikum..

Kenali Alat-Alat Keluaran(Output) Untuk Komputer

Imej
Assalamualaikum, A dmin pasti mungkin umum sudah pun mengetahui mengenai alat-alat tambahan yang diperlukan oleh manusia untuk menggunakan komputer. Tapi, sengaja admin nak imbas kembali apakah alat-alat tambahan yang diperlukan oleh anda untuk menggunakan komputer.. 1. Pendrive Digunakan sebagai alatan tambahan untuk menyimpan sesetengah maklumat yang terpenting. Mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Selain itu, pendrive juga boleh didapati dengan harga yang murah berbanding cakera keras luaran. 2. Tetikus Merupakan alat yang sudah menjadi satu kemestian untuk menggunakan komputer. Tetikus juga boleh didapati dalam harga yang amat murah bermula dari harga serendah RM10.00. Tetikus juga mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang boleh menarik perhatian pengguna untuk membeli. 3. Papan Kekunci Tanpa alat ini, anda tidak boleh untuk membuat penulisan di halaman web dan untuk kerja-kerja seperti perbentangan kertas kerja yang memerlukan penaipan dari komputer. Alat ini juga merupakan salah sat

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

Imej
Assalamualaikum, Fuh.. sahabat semua apa khabar? Admin harap anda semua sihat dan dirahmati Allah selalu. Untuk entri kedua admin pada hari ini (baru kali pertama admin buat 2 entri dalam satu hari) ialah, admin nak kongsi pasal GA atau dalam kata panjangnya, GiveAway. GiveAway kali ini dianjurkan oleh blogger "si blogger mama" dan ditaja oleh house of DIZA .  Untuk sesiapa yang mahu menyertai contest ini, bolehlah ke  maszmadi.blogspot.com . Cepat sebelum terlambat.. Sekian untuk entri kedua admin pada hariini. Assalamualaikum.. P/s: Admin ni sebenarnya seorang yang sangat meminati perfume / minyak wangi ni.. Sebab tu admin  saja-saja cuba masuk pertandingan ni :D Entri yang ke-2 ni takde kena-mengena dengan komputer pun..

Info Teknologi Maklumat #1

Imej
Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua.. Sahabat semua apa khabar? Diharap semua sihat-sihat selalu. Untuk perkongsian ilmu kali ini, admin ingin kongsi pasal info-info tentang dunia teknologi maklumat kepada semua.  :.1 Fakta E-mel E-mel pertama telah dihantar sejak 30 tahun dahulu lagi. Seorang pemprogram ( Programmer ) Ray Tomlinson melahirkan simbol @ yang digunakan untuk mengasingkan nama pengirim dan hos pada alamt e-mel. Ia juga membolehkan alamat e-mel mudah untuk diingat. Ray Tomlinson dikenali sebagai bapa e-mel dan pencipta e-mel. :.2 Fakta World Wide Web (WWW) Radio memerlukan 38 tahun untuk popular. Televisyen pula memerlukan 13 tahun untuk popular. World Wide Web hanya memerlukan 4 tahun sahaja untuk mencapai 50 juta pengguna. :.3 Fakta Perkataan Musang Lompat Di dalam bahasa inggeris, ayat "The quick brown fox jumps over the lazy dog"  dan ayat ini telah menggunakan kesemua abjad dari A sehingga Z.  :.4 Mangsa Jenayah Siber Yang Seterusnya: Siapa? 83 peratus pe