Mari Kenali Perkakasan Komputer :: Bahagian 1

Assalamualaikum Sahabat-Sahabat Yang Dirahmati Dan Diberkati Allah Sekalian..


Diharapkan semua sahabat-sahabat sihat dan diberkati Allah selalu. Untuk penulisan entri kali ini, admin akan menulis berkaitan dengan perkakasan komputer. Mungkin ramai diantara kita yang sudah cukup mengenali semua perkakasan-perkakasan komputer, tapi belum tentu lagi mengenali fungsi-fungsi sesuatu perkakasan itu dengan lebih mendalam kan.. Dengan itu, admin akan kongsi mengenai nama, fungsi dan maklumat yang lebih mendalam dengan perkakasan komputer dalam entri kali ini.


1. MotherBoard/Papan Induk.



  • MotherBoard atau papan induk merupakan papan utama dimana terdapat komponen-komponen serta Chip Controller ataupun lebih dikenali sebagai Processor yang menjalankan tugas mengatur pergerakan data dalam sistem motherboard. Pada motherboard terdapat soket untuk processor, slot-slot yang digunakan dalam pemasangan kad komponen seperti VGA Card, Sound Card, Internel Modem, PCI Card, Slot RAM, Slot IDE, Slot SATA, dan lain-lain slot lagi. Motherboard juga dikenali sebagai jantung sesebuah komputer yang mana jika ianya rosak, komputer tidak akan dapat berfungsi langsung dan terpaksa untuk diganti.
    ~ Motherboard berfungsi untuk mengatur dan menentukan alat yang 
       boleh dipasang pada komputer.
    ~ Berfungsi mengawal chipset dan program BIOS yang mengatur data  
       dalam komponen komputer.
    ~ Mengawal semua komunikasi dalam sistem komputer.
    ~ Merupakan 'rumah' kepada sistem BIOS.
    ~ Bertukar maklumat diantara perkakasan.
    ~ Membekalkan sambungan untuk bekalan kuasa, cakera keras, pemacu  
       disket, dan pemacu DVD/CD.
    ~ Menyediakan slot untuk RAM. 
    ~ Mengatur pergerakan data dalam sistem motherboard.


2. HardDisk Drive/Cakera Keras.



  • HardDisk Drive (HDD) atau Cakera Keras adalah media penyimpanan data yang digunakan untuk menyimpan dan memperolehi semula maklumat digital dalam kapasiti yang besar. Ini adalah kerana adakalanya kita mempunyai program aplikasi yang besar dan tidak cukup untuk diletakkan di dalam pendrive dan disket seumpamanya. Dan ini memerlukan cakera keras untuk menyimpan segala maklumat yang berkapasiti besar. Cakera keras diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956 dan lebih dari 200 syarikat yang telah menghasilkan cakera keras dan kebanyakannya dipelopori oleh syarikat Seagate, Toshiba, dan Western Digital. Pengeluaran bagi cakera keras dijangka mencecah $38 billion pada tahun 2012, dan meningkat dari $32 billion pada tahun 2011 iaitu sebanyak 19%. Cakera keras terdapat dalam dua versi. Yang pertama adalah SATA  dan yang kedua adalah IDE.
    
      ~ HardDisk berfugsi sebagai media penyimpanan data secara kekal.
     ~ Berfugsi menyimpan Operating System (OS)/Windows.
     ~ Menentukan salah satu komponen yang menentukan pekerjaan    
        komputer. Contoh, semakin besar cakera keras, semakin cepat 
        proses pemindahan data berlaku.
     ~ Mengekalkan data di dalam komputer walaupun komputer telah 
        ditutup atau komputer tidak mempunyai kuasa.


3. Random Access Memory (RAM) / Memori.






  • RAM merupakan tempat penyimpanan data sementara tetapi tidak menyamai cakera keras kerana tahap kecekapan data RAM lebih laju berbanding cakera keras. Berlainan dengan cakera keras, simpanan data di dalam RAM tidak kekal dan akan terpadam dengan sendirinya apabila komputer ditutup atau dimatikan. Jumlah simpanan juga kecil iaitu bermula dari MegaByte(Mb) hingga ke Gigabyte(Gb). Tanpa RAM komputer tidak akan mempunyai paparan di skrin komputer. RAM terbahagi kepada beberapa jenis; antaranya ialah EDO-RAM, SD RAM, DDR RAM, RDRAM, SO-DIMM RAM, dan lain-lain lagi. Yang paling terkini digunakan ialah RAM jenis DDR.
     
    ~  Berfungsi sebagai tempat penyimpanan maklumat yang perlu diurus  
        dengan baik.
    ~  Digunakan untuk mempercepatkan proses kerja komputer.
    ~  Berfungsi menjalankan arahan dan data yang diproses oleh processor.

p/s: Antara RAM yang terdapat dipasaran ketika ini seperti kingston, Corsair, SK Hynix, Apacer, dan banyak lagi.


Alhamdulillah, siap bahagian 1 mari kenali perkakasan komputer ni.. Jumpa lagi di bahagian yang ke 2 nanti. Assalamualaikum..





         







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tiada jalan mudah !!

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

Belajar Programming Secara Online