Jumaat, 7 Oktober 2016

Aku & Instagram.


ASSALAMUALAIKUM


   Lama betul dah tak update dalam blog ni. Alhamdulillah, laptop aku dah kembali ok sekarang ni. Memang terbaik la juruteknik dari OKCS (Ok Computer Solution) ni. Siap dalam tempoh yang dijanjikan, 2 minggu je diorang selesaikan masalah laptop ni. Lagi sekali, memang terbaik!!. Kalau korang nak pengalaman mengujakan membaiki laptop dan perkakasan i.t ni, aku syorkan korang cari je diorang ni. 

Kalau tak silap, diorang ada lebih dari 5 buah cawangan sekitar malaysia ni. Ni link blog diorang :- http://www.okcomputersolution.net/p/contact-us.html. Bagi aku, diorang memang pakar dalam bab membaiki alat-alat teknologi ni.

Post aku kali ni bertujuan untuk mempromosikan laman instagram aku, dah lama sebenarnya aku join instagram ni. Saja suka-suka, nak tambah lebih ramai kenalan dan follower. Jom ramai-ramai follow aku, nanti aku akan followback.
https://www.instagram.com/zakirasli/



Sekian dari aku untuk posting kali ini, moga kita bersua lagi ye !

Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan Tiba.


ASSALAMUALAIKUM


Bulan yang dinanti telahpun tiba. Alhamdulillah, syukur sebanyaknya aku panjatkan padamu ya Allah. Setahun berlalu bagaikan pantas masa yang meninggalkanku. Aku harap ramadhan tahun ni akan lebih banyak membawa rahmat dan berkat dalam hidup dan ibadahku.

  Oh ya, tidak dilupakan juga pada yang membaca post aku ni selamat berpuasa aku ucapkan. Puasa kali ini merupakan kali yang ketiga aku sebagai pekerja di toyo tires. Tak sangka begitu pantas masa berlalu.

  Blog ni pun dah agak lama aku tinggalkan tanpa meninggalkan sebarang catatan disini. Jadi, ni kira sebagai catatan istimewa sebagai permulaan puasa kali ni. 

  Sebagai pengakhiran bagi catatan kali ni, harapan untuk aku dan pembaca blog ni (kalau adala ye) semoga segala amal ibadah kita pada bulan ramadhan tahun ini diterima dan diberkati.
Aminn...

(Sumber dari :- http://www.ammboi.com/2013/07/09/jadual-waktu-berbuka-puasa-dan-imsak-seluruh-malaysia-bagi-bulan-ramadan-1434h2013m/)

Jangan lupa solat terawih dan membaca al-quran selalu ye ;-P