Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan Tiba.


ASSALAMUALAIKUM


Bulan yang dinanti telahpun tiba. Alhamdulillah, syukur sebanyaknya aku panjatkan padamu ya Allah. Setahun berlalu bagaikan pantas masa yang meninggalkanku. Aku harap ramadhan tahun ni akan lebih banyak membawa rahmat dan berkat dalam hidup dan ibadahku.

  Oh ya, tidak dilupakan juga pada yang membaca post aku ni selamat berpuasa aku ucapkan. Puasa kali ini merupakan kali yang ketiga aku sebagai pekerja di toyo tires. Tak sangka begitu pantas masa berlalu.

  Blog ni pun dah agak lama aku tinggalkan tanpa meninggalkan sebarang catatan disini. Jadi, ni kira sebagai catatan istimewa sebagai permulaan puasa kali ni. 

  Sebagai pengakhiran bagi catatan kali ni, harapan untuk aku dan pembaca blog ni (kalau adala ye) semoga segala amal ibadah kita pada bulan ramadhan tahun ini diterima dan diberkati.
Aminn...

(Sumber dari :- http://www.ammboi.com/2013/07/09/jadual-waktu-berbuka-puasa-dan-imsak-seluruh-malaysia-bagi-bulan-ramadan-1434h2013m/)

Jangan lupa solat terawih dan membaca al-quran selalu ye ;-P



4 ulasan:

Akashah Kassim berkata...

Selamat berpuasa juga untuk rakan2 blogger sekeluarga

Akashah Kassim berkata...

Selamat berpuasa juga untuk rakan2 blogger sekeluarga

Mohamad Zaki berkata...

Selamat berpuasa akashah.. :-)

athiqi ariff berkata...

slmt brpuasa