Rabu, 11 Mac 2015

Wifi rumah aku ada masalah!!


ASSALAMUALAIKUM


Tu seminggu yang lepas la. Tetiba je jadi masalah wifi tm di rumah aku ni. Mula-mula lampu wlan jadi merah dan internet jadi poor connection, lepastu aku pulak pergi gatal tangan tekan butang reset terus jadi tak boleh sambung dengan internet.



Saja aku biar beberapa hari nak tengok ok atau tak, last-last tak ok jugak. Jadi, aku ambil keputusan untuk telefon talian telekom malaysia yang bernombor 100 tu.

Mula-mula ada dengar arahan tekan itu tekan ini untuk sampai ke bahagian khidmat pelanggan, lepastu aku dapat tau yang beberapa kawasan dalam malaysia ni memang mengalami masalah internet buat ketika ini dan perak antara salah satu negeri yang disebut. Sampai pada bahagian khidmat pelanggan internet, aku pun bagitau lampu pada bahagian data tu tak menyala.

Operator tu suruh aku tunggu dalam beberapa minit untuk dia reset port kat sana. Lepas beberapa minit menunggu tu, operator tu bagitau kat aku yang takda tindakbalas dari modem aku samaada ok ataupun tak. Jadi, perlu dilaporkan pada pihak teknikal dan kerja hanya boleh dilakukan pada hari bekerja yang seterusnya.

Esoknya tu aku pun tunggu pasal ada terbaca dalam internet yang mengatakan servis dari tm ni lambat. Nak tengok betul ke tak. Dan pada pukul 10 pagi pihak teknikal dari tm sampai ke rumah aku ni. Maknanya, diorang dalam internet tu silap la kan..

Lepas beberapa minit buat kerja diorang internet aku tu pun kembali ok. Sebenarnya aku tulis panjang-panjang ni pun bukan apa, cuma nak bagitau mana yang pakai internet dari streamix tm, kalau ada apa-apa masalah pada internet korang tu telefon je nombor 100 tu. Staff diorang pun mesra pelanggan. Bagi aku memang terbaik la servis dari tm ni. Pasal dah 2 kali aku gunakan khidmat nombor 100 ni. memang ok.

Sampai sini dulu aku taip, jumpa lagi pada masa akan datang. Byee :-)

5 ulasan:

Chot berkata...

Bergantung kpd keadaan. Sesetengah trkena yg problem..kadang kita kne sndiri proaktif dan bijak jgk la..haha..sy ok je so far..xpernah terkena servis yg teruk..

Mohamad Zaki berkata...

@chot, haha btul2x.

Affy Afiqah berkata...

pernah juga ika mengalami masalah wifi problem ni, pengguna tm juga heee..sepantas kilat je pun dorang datang, katanya cable wire rosak, bukan setakat cable, dengan tiang2 telefon pun ditukarkan yang baru hahahaha..sampai berhari2 dorang text tanya macam mana dengan servis dorang ok ke tak, suruh rate bagaii..alhamdulillah ika puas hati je dengan perkhidmatan tu..mungkin ada certain tempat je kut yang ada masalah lambat ni, wallahualam, berbaik sangka jela huuu

Mohamad Zaki berkata...

@Affy Afiqah, la ye ka sampai tiang2 pn diganti haha.. tu dh lbih terbaik dah tu :p

Mohamad Zaki berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.