Selasa, 30 Jun 2015

Beli Powerbank.


ASSALAMUALAIKUM

     Sekejap sungguh masa berlalu kan.. dah sampai ke hujung bulan 6 pun. Dan bulan ramadhan ni pun dah sampai setengah dah. Apapun, syukur dengan segala nikmat Allah yang dah bagi peluang pada aku dan semua orang untuk merasai nikmat berpuasa pada tahun ini.



Ok, nak cerita pasal powerbank yang baru aku beli ni. Sebenarnya hujung bulan 5 haritu lagi aku beli. Jenis powerbank, pineng. Aku beli di pasaraya econsave kamunting yang berharga 68 ringgit dan berkapasiti 10 k mAh. Kalau tak aku rancang nak beli di laman online, tapi memandangkan tempoh penghantaran beserta caj yang dikenakan aku pilih untuk beli di luar je. 

Risau terbeli jenama pineng tiruan, balik tu aku terus check di laman web pineng sendiri dan keputusan menunjukkan power bank tu adalah asli.



Dah lama sebenarnya aku nak beli powerbank ni, cuma asyik bertangguh tu yang terpaksa nekad untuk beli jugak. Dengan adanya powerbank ni, senang nak cas tablet yang kadang-kadang cepat kehabisan bateri ni.




Lagipun saiz powerbank ni dan beratnya memang sesuai untuk dibawa ke mana sahaja serta boleh diletakkan di dalam poket. Cuma, jangan jatuhkan je powerbank ni. Kalau tak beli baru la jawabnya hehe..


Lagi tips untuk ketahui powerbank anda ori atau tidak; boleh tengok blog ni :-

http://sifupowerbank.com/power-bank-original-pineng-atau-tiruan/

ataupun boleh taip di google :-p

Sabtu, 23 Mei 2015

Uniknya Batu Kurau.


ASSALAMUALAIKUM



Pernah dengar mengenai nama sebuah tempat yang dinamakan batu kurau??  kalau ada yang tak pernah, ni aku nak ceritakan sedikit sebanyak mengenai tempat kelahiran aku ni.

Batu kurau adalah salah sebuah tempat yang terletak di utara Taiping, negeri perak. Batu kurau juga terkenal dengan hasil buah durian yang super sedap.




Kebanyakan orang tua-tua dulu kata, nama batu kurau ni berasal dari seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing sungai kurau.

Penduduk di batu kurau kebanyakannya berasal dari orang melayu keturunan petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah pattani, selatan thai. Kalau tak percaya boleh tengok di youtube bagaimana loghat orang batu kurau bila bercakap.

Di batu kurau juga terkenal dengan keindahan sungai-sungai serta air terjun. Antaranya, air terjun di sempeneh. Hujung minggu je, memang ramai yang akan datang untuk berkelah dan sebagainya.


Ok lah, sampai sini dulu post kali ini. Kalau nak tau lebih lagi mengenai batu kurau boleh datang sendiri ke sini ataupun google je nama batu kurau.

:-)






Isnin, 20 April 2015

Peningkatan Kos : Antara Mahu Dengan Tidak.


ASSALAMUALAIKUM


Haritu, aku ada terbaca satu artikel dalam akhbar harian metro. Tajuknya seperti di atas tu. Dan aku rasa tertarik untuk kongsikan dalam entry blog ni.

Kos sara hidup semakin hari semakin naik dan mencabar kegigihan hidup kita. Jika kehidupan tidak diringkaskan bermula dari sekarang, besar kemungkinan kita akan tenggelam karam dalam masalah menguruskan kos sara hidup yang tinggi. 

Semua orang tahu kos sara hidup semakin hari semakin naik. Samaada kita suka atau tidak, bersedia atau tidak, kos sara hidup tak pernah minta izin daripada kita untuk naik sepanjang tahun.

Apa yang kebanyakan daripada kita lakukan sekarang adalah bertungkus lumus mengejar wang bagi menambahkan pendapatan kerana kos sara hidup telah meningkat naik melebihi pendapatan yang kita bawa balik.

Perangai manusia yang buat begitu memang terlalu ramai di muka bumi ini sekarang. Robert Kiyosaki namakan kumpulan manusia yang sebegitu sedang terperangkap dalam perlumbaan tikus atau Rat Race.

Cuba lihat bagaimana seekor tikus yang diletakkan di dalam sangkar bergelung. Semakin kuat dia berlari, semakin kuat pusingan gelung yang memerangkapnya berpusing. Malangnya tikus masih tetap berada di tempat yang sama setelah berpenat lelah berlari dengan laju.

Itulah maksud Rat Race. Walau bagaimana kuat sekali pun kita bekerja untuk meningkatkan pendapatan untuk bayar kos sara hidup dan semakin tinggi kita tambah pendapatan, semakin tinggi pula kos sara hidup meningkat. 

Akhirnya tak ada perubahan dan keadaan diri kita masih tetap seperti dulu juga. Jangan biarkan kehidupan anda menjadi kusut, buat pendekatan mudah dari sekarang. Bila kos sara hidup meningkat jangan lari lebih laju, sebaliknya lari lebih perlahan. 

Oleh yang demikian, penting bagi kita untuk mengurangkan kos keperluan dengan melihat dan menilai semula gaya hidup anda sekarang dan fikirkan bagaimana kos sara hidup dengan gaya itu dapat dikurangkan.

Sebenarnya amalan sering bermuhasabah diri dan bertanya pada diri sendiri untuk meringkaskan kos sara hidup membuatkan urusan seharian kita bagi menguruskan kehidupan menjadi lebih lapang.

Dengan meringankan kos sara hidup kita telah meringankan bebanan kehidupan dan hasilnya simpanan meningkat dan masa bertambah. Dari situ masa yang ada dapat pula digunakan untuk menjana pendapatan tambahan. 

Semakin cekap kita meringkaskan kehidupan, semakin banyak masa terluang dan semakin banyak wang tersimpan. Oleh itu jangan biarkan kos sara hidup menentukan gaya hidup anda. Sebaliknya andalah yang menentukan apakah kos sara hidup yang anda mahu dan apakah kos sara hidup yang anda tak mahu.

Rabu, 11 Mac 2015

Wifi rumah aku ada masalah!!


ASSALAMUALAIKUM


Tu seminggu yang lepas la. Tetiba je jadi masalah wifi tm di rumah aku ni. Mula-mula lampu wlan jadi merah dan internet jadi poor connection, lepastu aku pulak pergi gatal tangan tekan butang reset terus jadi tak boleh sambung dengan internet.



Saja aku biar beberapa hari nak tengok ok atau tak, last-last tak ok jugak. Jadi, aku ambil keputusan untuk telefon talian telekom malaysia yang bernombor 100 tu.

Mula-mula ada dengar arahan tekan itu tekan ini untuk sampai ke bahagian khidmat pelanggan, lepastu aku dapat tau yang beberapa kawasan dalam malaysia ni memang mengalami masalah internet buat ketika ini dan perak antara salah satu negeri yang disebut. Sampai pada bahagian khidmat pelanggan internet, aku pun bagitau lampu pada bahagian data tu tak menyala.

Operator tu suruh aku tunggu dalam beberapa minit untuk dia reset port kat sana. Lepas beberapa minit menunggu tu, operator tu bagitau kat aku yang takda tindakbalas dari modem aku samaada ok ataupun tak. Jadi, perlu dilaporkan pada pihak teknikal dan kerja hanya boleh dilakukan pada hari bekerja yang seterusnya.

Esoknya tu aku pun tunggu pasal ada terbaca dalam internet yang mengatakan servis dari tm ni lambat. Nak tengok betul ke tak. Dan pada pukul 10 pagi pihak teknikal dari tm sampai ke rumah aku ni. Maknanya, diorang dalam internet tu silap la kan..

Lepas beberapa minit buat kerja diorang internet aku tu pun kembali ok. Sebenarnya aku tulis panjang-panjang ni pun bukan apa, cuma nak bagitau mana yang pakai internet dari streamix tm, kalau ada apa-apa masalah pada internet korang tu telefon je nombor 100 tu. Staff diorang pun mesra pelanggan. Bagi aku memang terbaik la servis dari tm ni. Pasal dah 2 kali aku gunakan khidmat nombor 100 ni. memang ok.

Sampai sini dulu aku taip, jumpa lagi pada masa akan datang. Byee :-)

Sabtu, 14 Februari 2015

Lebih mudah membeli buku di Bookcafe.com.my (Kedai buku online pts)


ASSALAMUALAIKUM

Zaman sekarang ni memang benar-benar mudah. Mana taknya, nak beli apa pun semuanya dah boleh beli secara atas talian. Tak perlu nak susah-susah keluar bagai. Yang paling penting harga pun murah..

Pada bulan lepas aku ada beli sebuah buku yang bertajuk catatan matluthfi, ditulis dan dikarang sendiri oleh matluthfi yang juga seorang v-logger tu.



Dah lama dah sebenarnya tertarik nak beli buku ni, cuma belum terjumpa laman web sesuai yang ada menjual buku ni. Selepas aku terbaca status terbaru matlutfi dalam fbnya yang mengatakan bookcafe ada menjual buku tersebut, aku tanpa berlengah terus pergi ke laman web tu.

Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual dalam tu. Semua jenis genre ada. Lepastu, ada diskaun pulak. Contoh, macam buku matluthfi ni dari RM25 turun ke RM20. Murahkan..

Lepasni rasanya tak payah lagi nak susah pergi ke kedai buku yang jaraknya begitu jauh, pergi je ke laman bookcafe ni, pilih dan beli. Senang cerita.

Nak tau lebih lagi, silalah ke :- http://bookcafe.com.my/en/ ni sendiri. Ok aku habiskan catatan aku buat kali ini, moga bertemu lagi dalam entry yang akan datang! bye


Rabu, 14 Januari 2015

Kenangan 2014.

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah, sudah sampai pun aku di tahun 2015 ni. Syukur ku panjatkan pada yang esa, kerana masih lagi memberikan aku nikmat hidup dan sihat dalam keadaan yang aman tenteram, walaupun seperti yang semua orang ketahui banyak kenangan duka yang menimpa negara malaysia yang tercinta ni pada tahun 2014 yang lalu.

Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya, dan seperti biasa semua kenangan dalam tahun tersebut aku akan memorikan dalam entry ini. Aku akan tulis dalam bentuk bulan january hinggalah ke bulan disember bagi menceritakan pengalaman dan memori aku buat tahun 2014.


January

Pada bulan january 2014, aku telah menerima surat pengesahan jawatan setelah 3 bulan aku menjalani tempoh percubaan untuk kerja di toyo tires. Syukur..

Dan pada bulan ini juga blog aku ni genap setahun. 

March

Dalam bulan 3 pulak, nur humaira natasha; anak sedara aku lahir. Gembira rasa weh pasal ni anak sedara aku yang pertama :-). Bawah ni ada aku sertakan gambar-gambar dia yang comel tuh :-


Sekejap sangat rasanya masa ni berlalu, dah besar dah budak ni..


May

Aku beli motor baru dalam bulan ni hehe.. Nak tau motor apa? ok, motor honda wave dash 110 cc. Aku "terpaksa" beli motor ni pasal motor yang aku gunakan untuk ke tempat kerja sebelum ni, banyak kali terjadinya kejadian eksiden. Huhu, apala nasib. Tapi aku berpuas hati dengan prestasi penggunaan motor honda ni.




Jun

Peristiwa yang berlaku dalam bulan ni adalah, pada 15/6/14 abang aku telah melangsungkan majlis walimatulurusnya a.k.a majlis perkahwinan. Isteri @ kakak ipar aku tu berasal dari lenggong, perak. Tahniah ye, abangku :-D



Bulan ramadhan pada tahun 2014 juga jatuh dalam bulan jun. Ini merupakan kali ketiga aku berpuasa di tempat kerja yang berlainan.


Peristiwa ketiga yang berlaku dalam bulan jun, laptop yang selalu aku gunakan untuk mengemaskini blog ini pulak rosak. Dan sampai sekarang laptop tersebut masih belum dapat dibaikpulih. :-(


August

Aku telah membeli sebuah tablet 7 inci jenama asus pada bulan ini. Aku beli tablet ni pasal untuk membuat kerja seperti untuk mengemaskini blog aku ni. Walaupun tak seperti komputer, tapi bagi aku ia boleh dikatakan sebagai memadai.



November

Aku telah dipanggil untuk ditemuduga pada bulan november 2014 ni. Ini merupakan temuduga pertama buat tahun 2014 yang aku terima. Macam tahun-tahun sebelum ni, banyak jugak dalam satu tahun tu aku dapat panggilan temuduga. Jawatan untuk temuduga yang aku dapat dalam tahun ni, adalah jawatan juruteknik komputer gred ft 17. Temuduga ni bawah pihak spa.


Disember

Aku dapat keputusan temuduga tu dalam bulan ni. Keputusan yang aku dapat adalah sebagai calon simpanan. Huhu, sedih ada, gembira pun ada. Tapi aku redha :-) dan aku akan terus menunggu moga-moga status simpanan lantikan tu bertukar menjadi lantikan tetap dengan seberapa cepat. Cewahhh..:-P  
Oh ya, keputusan temuduga kali ini merupakan pertama kali yang aku berjaya dapat simpanan, sebelum ni semua gagal.. ish23x




Ok, sampai sini saja dulu coretan pembukaan aku buat tahun 2015 ini, insyaAllah, dengan izinNya aku akan update lebih kerap lagi entry pada tahun ni.