Sabtu, 13 Disember 2014

Temuduga Juruteknik Komputer SPA Malaysia.


ASSALAMUALAIKUM

Temuduga ni sebenarnya dah berlaku bulan lepas iaitu pada 5/11/2014. Tapi, baru harini sempat nak cerita dalam blog ni. Yang sebnarnya, aku pun tak sangka akan ada lagi temuduga untuk aku dalam tahun ni, jadi mula-mula aku ingat tak nak pergi, fikir-fikir balik cuba je la. Mana tau ada rezeki kan..

Macam temuduga-temuduga yang aku hadiri sebelum ni, aku persiapkan apa yang perlu. Sijil-sijil, dokumen pengenalan diri, resume dan sedikit pengetahuan mengenai bidang yang bakal aku temuduga. Perasaan berdebar atau darah gemuruh tu memang tak boleh lari punyalah dari diri aku ni, tapi aku cuba kawal.

Berbekalkan pengalaman temuduga di SPA sebelum ni, aku tak rasa kekok sangat. Dalam surat panggilan temuduga tu, tertulis jam pukul 12.30 tengah hari baru mula waktu aku temuduga. Aku sampai setengah jam awal dari waktu yang dinyatakan.

Masuk dalam bilik menunggu tu, aku serahkan sijil-sijil dan segala yang diperlukan untuk mereka semak, dan nombor giliran aku jatuh nombor 25. Awal aku sikit dari sorang abang tu. Kalau tak mesti aku nombor last. hehe..

Tunggu punya tunggu dari pukul 12 lebih tu, sampai pukul 5 petang baru aku dipanggil masuk temuduga, fuhh.. lama wei. Tapi untuk dapatkan kerja impian aku ni, aku sabar.

Masuk dalam bilik temuduga, aku tengok ada 2 orang penemuduga sedang menunggu. Berdebar rasanya, bagi sijil-sijil ori dengan fotostat, salah seorang penemuduga tu suruh aku duduk. Ok, aku mula tarik nafas untuk meredakan rasa gemuruh yang datang mencanak-canak. Soalan dari penemuduga pertama, rasanya ada dalam enam soalan gitu, alhamdulillah aku dapat jawab semua walaupun ada yang silap. 

Selesai soalan dari penemuduga pertama, giliran penemuduga kedua untuk temuduga aku. Kali ni lebih kepada soalan teknikal pasal yang pertama tadi semua soalan umum. Berpeluh jugak aku nak jawab pasal semua soalan yang diberi memang diluar jangkaan !!.. 

Ok, selesai temuduga aku melangkah keluar dari bilik temuduga dengan perasaan bercampur baur. Sedih ada, kecewa ada, lega pun ada jugak. Tapi masa tu aku tak harapkan apa-apa pun, memadai dapat jawab kesemua soalan dan dah buat yang terbaik, itu pun aku rasa dah cukup.

Tiba hari keputusan temuduga diumumkan, aku sangka 8 haribulan baru diumumkan, check dalam e-mail 5 haribulan dah keluar. Gulp (telan air liur), dengan perlahan-lahan aku buka e-mail dari pihak SPA tu dan keputusan yang keluar adalah;





Alhamdulillah…

itu kalimah yang dapat aku ungkapkan setelah lihat keputusan tu walaupun cuma sebagai simpanan. Dan harapan aku agar aku dapat status lantikan tetap seperti yang aku ada baca di blog-blog lain. Kalau ada rakan-rakan yang terbaca post ni, dan korang ada pengalaman jadi calon simpanan bolehlah share dalam komen ye :-)