Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru :)


ASSALAMUALAIKUM







Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah hulu terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Selamat hari guru aku ucapkan pada semua cikgu yang telah mengajar sekaligus mendidik aku.

Terima kasih, cikgu ..          



Ahad, 11 Mei 2014

Belian Secara Atas Talian (Online) Atau Belian Secara Langsung. Mana Lagi Ok?


ASSALAMUALAIKUM





  Lama juga aku rasa tak cerita apa-apa dalam blog ni. Last bulan empat yang lepas. Dah berminggu tu, tapi takpe; sekarang aku kembali menaip oh yea!! (semangat sungguh). Aku pasti ramai antara kita pengguna internat di malaysia ni yang tahu mengenai jualan dan pembelian secara atas talian (Online) ni kan. Kalau pasal belian dan jualan secara langsung tu jangan cakap la, atok nenek kat luar tu pun tau. Huhu

Baca tajuk pun dah boleh agak kan, aku nak huraikan tentang beberapa kelebihan dan keburukan sama ada dari belian secara atas talian mahupun belian secara langsung. Ok jom baca reramai..

Kebaikan Belian Atas Talian (Online)

- Mudah dan murah.   
- Barangan berkualiti dan terjamin.
- Tidak perlu bersua muka antara pembeli dan penjual.
- Jualan dan belian hanya dilakukan di dalam komputer/gajet dan sekaligus dapat menjimatkan masa untuk keluar.
- Tidak Perlu risau masalah pengangkutan.
- Boleh bertanya pada para penjual tentang barang jualan seberapa banyak soalan yang anda mahu.
- Stok barangan yang banyak dan mempunyai pelbagai pilihan.

Keburukan Belian Atas Talian (Online)

- Senang ditipu oleh para penjual yang tak berhati perut. Contoh duit dah bayar barang tak sampai.
- Kemungkinan barang yang ditempah sampai lewat dari tarikh yang dijanjikan.
- Tiada akad jual beli bagi orang islam.
- Barang yang sampai mungkin boleh rosak ketika penghantaran atau barang yang dikirim salah.
- Barang yang diterima berkemungkinan indah khabar dari rupa.
- Memerlukan talian internet untuk membeli barang.


Ok, sekarang baca pula kebaikan dan keburukan belian secara langsung.


Kebaikan Belian Secara Langsung

- Boleh tawar-menawar harga barangan mengikut hati budi penjual.
- Mudah berurusan dengan penjual barang itu sendiri.
- Boleh lihat barang jualan dengan mata kepala sendiri tanpa risau kecacatan pada barang belian.
- Boleh dapat barang belian pada waktu dan hari pembayaran.
- Boleh bayar secara ansuran (hutang).
- Mudah buat pertukaran barang belian apabila barang belian tidak sempurna atau salah.
- Boleh buat perbandingan harga antara kedai-kedai jualan.


Keburukan Belian Secara Langsung

- Perlu keluar mencari barangan dalam jarak samaada dekat atau jauh.
- Mesti "tebal muka" untuk dapatkan diskaun barang pada harga lebih rendah.
- Perlu bawa duit yang cukup untuk membuat pembelian.
- Risiko duit tidak diterima. Contoh duit palsu atau koyak(rosak).
- Sukar mencari barangan yang diperlukan dalam tempoh yang singkat.
- Sesetengah peniaga tidak mewujudkan sistem pemulangan semula barang yang telah dibeli. Ini menyukarkan pengguna apabila barang yang dibeli rosak dan sebagainya.


Bagi aku, kedua-dua cara belian ini mempunyai kelebihan dan keburukan yang tersendiri. Pandai-pandai lah kita sebagai pengguna untuk memilih cara belian yang sesuai dan selesa untuk kita gunakan. Di bawah ni aku sertakan beberapa laman jualan secara online yang aku pernah singgah dan beli di situ.



1. Lazada (Banyak barang-barang keperluan yang dijual dalam web ni.  Bak kata iklan astro dulu-dulu; macam-macam ada..) 

2. Lelong (Semua jenis peralatan ada dalam ni, kebanyakannya alatan elektronik)

3. Nile (Penghantaran yang dibuat syarikat ni adalah yang tercepat, aku tempah barang khamis, jumaat dah sampai)

4. Custom Tshirt (Laman jualan Tshirt online- facebook)

5. Zalora (Yang ni aku belum cuba beli lagi)


Apapun, nasihat aku yang penting dalam membeli ni, kita sebagai pengguna mesti berani di dalam membuat apa-apa pilihan. Gunakan kuasa sebagai pengguna sebab customer always right bukan?


Selamat membeli-belah.


-Terima kasih baca-