Sabtu, 19 April 2014

Membeli-Belah Di Laman Web Lazada Malaysia.


Assalamualaikum





  Buat yang tak tau, Lazada atau nama lainnya Ecart Services Sdn.Bhd adalah sebuah laman web membeli-belah terkemuka di asia ni. Mulanya, aku pun rasa takut-takut juga nak shopping melalui laman web ni, maklumlah tahun 2012 dulu ada berlaku sikit kes mengenai laman beli-belah ni. Nak tau korang tanya pada abang google yea..
Balik pada cerita aku, ahad lepas aku ada terbuka laman web lazada ni. Tengok pada bahagia jam tangan sebab aku selain dari komputer, aku memang jenis yang "gilakan" jam tangan. Kalau pergi ke pasaraya mana-mana pun, lalu je dekat bahagian kedai menjual jam tangan aku mesti berenti melangkah. Hehehe,  tak beli pun dapat tengok jadilah. 

Lepas usha-usha jam dalam laman web ni, banyak rupanya jam tangan berjenama dijual dalam tu. Dalam paling syok lagi semua harga memang murah-murah. Diorang siap bagi potongan harga lagi untuk semua barangan yang dijual dalam tu.



Jenis-jenis jam yang dijual

Untuk pengetahuan, bukan saja jam tangan yang dijual, dari perkakas dapur hinggalah ke bahagian kecantikan dan kesihatan. Pendek kata, macam-macam ada. Juga anda boleh memilih barangan yang dibeli samaada untuk lelaki mahupun perempuan.

Aku cuba beli jam tangan jenama casio yang berharga RM 80.00. Untuk permulaan kan, jadi beli yang murah dulu. Selepas buat semua pengesahan aku bayar menggunakan maybank2u. Mudah sangat guna maybank2u ni, tak sampai 5 minit dah siap proses pembayaran.

Ok, ahad aku tempah dan tunggu punya tunggu sampai hari selasa belum sampai lagi jam tu. Aku pun terus buat pertanyaan pada pihak lazada. Hari rabu diorang balas. Bunyinya begini ...



E-mail yang dihantar semula pada aku

Aku pun apalagi, terus salin Tracking Number tu dan buka laman web city link express tu. Dan ini pula yang keluar ...



Maklumat perjalanan barang yang telah dihantar 

Maknanya, hari ahad aku beli dan esok nya terus pihak lazada hantar ke pihak city link !! Fuyoo, cepatnya. Seperti yang dijanjikan oleh pihak lazada, barang akan dihantar dalam 1-3 hari bekerja; memang dibuat. Ini menunjukkan pembelian melalui laman lazada ni memang boleh dipercayai.

Cuma yang melambatkan sedikit proses penghantaran pada aku, mungkin sebab tempat aku ni jauh sikit dari bandar. Pada pagi hari jumaat, pihak city link ada hubungi aku untuk penghantaran barang, tapi aku tak angkat pasal tempat kerja aku tu tak boleh bawa masuk telefon bimbit. Petang baru aku perasan ada panggilan masuk dari pihak city link.

Selepas tunggu pihak city link untuk hubungi aku semula macam takde harapan, aku mesej pada nombor diorang yang ada tertera pada laman web city link tu. Ingatkan diorang tak layan mesej-mesej ni, rupanya diorang layan walaupun di waktu malam. 

Aku minta pihak city link taiping buat penghantaran semula barang aku tu dan diorang setuju. Ok, cantik. Hari rabu dan khamis pihak city link buat penghantaran semula pada aku dan selamat sampai pada jam 11.53 pagi. Kebetulan pula aku cuti haritu.






Seterusnya gambar-gambar setelah aku membuka bungkusan tu dengan kerakusan wuuuuhahahahaha...






Akhirnya, dapat jugak aku jam tu. Lepas ni rasanya kalau nak beli barang aku beli melalui lazada je la.  Kalau korang pun nak merasai pengalaman membeli-belah di lazada ni, pergi ke laman web lazada di www.lazada.com.my
Jadi ahli dan boleh dapat diskaun ;)



Sekian dari aku , jumpa lagi.






10 ulasan:

PuteraOhtraBulan berkata...

Assalamualaikum
Dulu aku bisa beli Jam di Lelong.com.my.Sekarang tidak lagi.
Yup beli jam di LAZADA memang mengujakan kerana ia ada diskaun dan tak perlu susah payah ke ke kedai jam untuk melihat jam kegemaran kita

D.Shahril Hakime berkata...

tak pernah try lagi kbeli kat Lazada ni.... tapi awok dah pernah beli kat Zalora.... ok ... sehari dua dah sampei barnag yang awok order...

ecah khalili berkata...

last week beli barang dekat lazada..pukul 9pagi confirm order..pukul 10.30pagi lazada dah hantar ke citylink n dapat tracking no..cepat kannnn..tapi masalahnye citylink yg lambat hntar..dari last week call ckap ade kat logistic diorang lagi..tiap hari ckap nak hntar smpai la ke hari ni xhantar2..tension..ni dah dekat 6 hari dah..

Mohamad Zaki berkata...

Kna ingtkn kat city link tu tetiap hri.. klau tk mngkn lmbt lgi diorng hntr huhuhu...

Skyline Spirit berkata...

pretty nice blog, following :)

Norma NML berkata...

As slm...

Akak tak pernah cuba..kdg bila tegok berminat nak beli tapi tu la takut tak puas hati :-)

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

siti letto berkata...

Sy pun ada beli jgak. Tp not sure ori ke tak lah. Hmm, kat blkg jam tuh ada tulis "cased in china",, ori ke?

nurjannahnordin berkata...

salam..teruja sy tgk jam2 kat lazada..cari review,,jumpe awk nye blog..ok tak jam nye?boleh beli cod kan..hehe..anyway tq

Mohamad Zaki berkata...

@ siti letto:- casio ori kak, cuma kilang dia je kat china. Saya dh cba pkai dan tali dia mmg tahan, mcmtu jgk dgn jam dia.

@ nurjannahnordin:- Wsalam, ok jam nye. Saya dh cba dh mmg ok. Boleh je bli cod.. wlcome

along kedah berkata...

Saya ada buka lazada malaysia tapi x boleh buat bayaran melalui maybank2u.com...nape erk..x boleh nak log in...