Sabtu, 22 Februari 2014

Cerita Cinta.

ASSALAMUALAIKUM

 Cakap pasal cinta ni, aku pasti semua orang suka. Kalau nak tahu, menurut laman wikipedia; cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perseorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Tudia.., panjang kan?

Tapi, tujuan aku tulis entry ni bukan nak huraikan definisi cinta itu sendiri. Kalau nak tengok lebih lagi pergi sini : ---> Definisi Cinta. Tujuan aku tulis entry ni pasal ada sorang kawan aku ni minta nasihat tentang cinta. Jujur aku kata, yang aku bukan pakar bab ni. Nak tulis entry pasal ni pun fikir 2,3 kali.

Special untuk kawan aku dan pembaca yang terbaca entry nih, aku tulis jugak lah. Haha, harap kalau ada terbaca boleh terima lah ye. Maklum lah, aku bukan ada pengalaman pun dalam alam cinta ni.

Ok, bagi aku kalau yang namanya cinta tu tak semestinya dengan orang yang kita minat je. Ia melibatkan semua. Dan bagi aku lagi, kalau nak disusun cinta pada yang kuasa (Allah S.W.T) adalah yang UTAMA. Selepas tu, cinta pada nabi kita; nabi Muhammad S.A.W, ketiga pada keluarga (Ibu ayah, adik-beradik), keempat pada diri sendiri, dan kelima baru pada orang yang kita kenali/minat.

Untuk yang kelima tu jika dah jumpa orang yang berkenan di hati baik lelaki mahupun perempuan, cepat-cepat buat keputusan. Keputusan yang bagaimana? maksud aku, kawan dulu dengannya dan kenali hati budi masing-masing.

Jika dah berkenan sangat, tanya dulu pendapat ibu bapa dan paling penting jangan mainkan perasaan seseorang. Sebab, jika hati kita sudah terpaut pada seseorang, susah untuk dilupakan. Nak jadikan teman hidup, mesti serius !. 

Selain tu, jika sudah dapat restu dari ibu bapa, cepat-cepat masuk meminang. Takut orang lain rampas pulak nanti kan. Dan untuk peringkat seterusnya aku pasti mesti semua sedia maklum. Paling penting, sebelum nak menuju semua ni, pastikan korang ada kerja dulu. Kumpul duit sendiri dan insyaAllah, segalanya akan dimudahkan olehNya. 

Apalagi nak tulis ni...  ha, lagi satu kalau belum bersedia untuk menempuh alam perkahwinan, belajar dulu cara nak urus diri. Kalau pengurusan diri pun tak betul, amacam tu?? Solat jaga, akhlak pun baik, pendek kata semua mesti ok lah. Bukan nak yang sempurna, sebab mana ada manusia yang perfect dalam dunia ni.

Oklah, yang dapat aku simpulkan dalam semua bab percintaan ni; perasaan yang dikurniakan pada kita jangan disia. Cintai Allah pasti Allah akan datangkan pada kita jodoh yang sama cintakan Allah juga. Jangan jadi hamba cinta kerana kita hamba Allah. Dah macam pencetus ummah dah aku rasa ni..

Nota# Harap serba sedikit dapat mengisi fikiran yang kusut soal cinta tu dengan entry aku ni. Nak sambung tengok movie anaconda ni... 

Yang Menulis,
ZakiRasli.  Byee :D

6 ulasan:

ikhwan yusuff berkata...

cinta itu satu anugerahkan....:D
cinta itu juga banyak maknanya...cinta membuakan kita kenal kepada Sang Pencipta..:DDD

ikhwan yusuff berkata...

cinta itu satu anugerahkan....:D
cinta itu juga banyak maknanya...cinta membuakan kita kenal kepada Sang Pencipta..:DDD

Affy Afiqah berkata...

Ika setuju dengan perkongsian zaki...memang betul laa tu...paling utama tu cinta kita pada Allah, kemudian nabi kita, keluarga, diri sendiri dan seterusnya baru laa cinta pada hamba Allah pula :)

Cinta tu pada ika susah nak tafsir. Sebab berbeza-beza pentafsiran kita semua. Tapi ika yakin, apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, insyaAllah, itu laa cinta terbaik. Bila kita ingat Allah sentiasa, automatically pergaulan, batasan, pemikiran dan sebagainya dalam bercinta kita akan pandai kawal. Yela, syaitan ni takkan putus asa nak sesatkan manusia. Abah selalu pesan kat ika, jaga batas, jaga maruah keluarga. Cause bila kita nak bercinta banyak risiko lain kena fikirkan. And yes, cinta tu bukan satu perkara yang kita boleh buat main, love is something serious.

Apa pun, restu dan pendapat keluarga pun perlu diambil kira :)
Panjang pula komen..huhu

chegu zam berkata...

Sedih cinta chegu dah lama pergi. Jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Allah

Torascool berkata...

salam kenal dan join
torascool(dot)blogspot(dot)com