Sabtu, 13 Disember 2014

Temuduga Juruteknik Komputer SPA Malaysia.


ASSALAMUALAIKUM

Temuduga ni sebenarnya dah berlaku bulan lepas iaitu pada 5/11/2014. Tapi, baru harini sempat nak cerita dalam blog ni. Yang sebnarnya, aku pun tak sangka akan ada lagi temuduga untuk aku dalam tahun ni, jadi mula-mula aku ingat tak nak pergi, fikir-fikir balik cuba je la. Mana tau ada rezeki kan..

Macam temuduga-temuduga yang aku hadiri sebelum ni, aku persiapkan apa yang perlu. Sijil-sijil, dokumen pengenalan diri, resume dan sedikit pengetahuan mengenai bidang yang bakal aku temuduga. Perasaan berdebar atau darah gemuruh tu memang tak boleh lari punyalah dari diri aku ni, tapi aku cuba kawal.

Berbekalkan pengalaman temuduga di SPA sebelum ni, aku tak rasa kekok sangat. Dalam surat panggilan temuduga tu, tertulis jam pukul 12.30 tengah hari baru mula waktu aku temuduga. Aku sampai setengah jam awal dari waktu yang dinyatakan.

Masuk dalam bilik menunggu tu, aku serahkan sijil-sijil dan segala yang diperlukan untuk mereka semak, dan nombor giliran aku jatuh nombor 25. Awal aku sikit dari sorang abang tu. Kalau tak mesti aku nombor last. hehe..

Tunggu punya tunggu dari pukul 12 lebih tu, sampai pukul 5 petang baru aku dipanggil masuk temuduga, fuhh.. lama wei. Tapi untuk dapatkan kerja impian aku ni, aku sabar.

Masuk dalam bilik temuduga, aku tengok ada 2 orang penemuduga sedang menunggu. Berdebar rasanya, bagi sijil-sijil ori dengan fotostat, salah seorang penemuduga tu suruh aku duduk. Ok, aku mula tarik nafas untuk meredakan rasa gemuruh yang datang mencanak-canak. Soalan dari penemuduga pertama, rasanya ada dalam enam soalan gitu, alhamdulillah aku dapat jawab semua walaupun ada yang silap. 

Selesai soalan dari penemuduga pertama, giliran penemuduga kedua untuk temuduga aku. Kali ni lebih kepada soalan teknikal pasal yang pertama tadi semua soalan umum. Berpeluh jugak aku nak jawab pasal semua soalan yang diberi memang diluar jangkaan !!.. 

Ok, selesai temuduga aku melangkah keluar dari bilik temuduga dengan perasaan bercampur baur. Sedih ada, kecewa ada, lega pun ada jugak. Tapi masa tu aku tak harapkan apa-apa pun, memadai dapat jawab kesemua soalan dan dah buat yang terbaik, itu pun aku rasa dah cukup.

Tiba hari keputusan temuduga diumumkan, aku sangka 8 haribulan baru diumumkan, check dalam e-mail 5 haribulan dah keluar. Gulp (telan air liur), dengan perlahan-lahan aku buka e-mail dari pihak SPA tu dan keputusan yang keluar adalah;





Alhamdulillah…

itu kalimah yang dapat aku ungkapkan setelah lihat keputusan tu walaupun cuma sebagai simpanan. Dan harapan aku agar aku dapat status lantikan tetap seperti yang aku ada baca di blog-blog lain. Kalau ada rakan-rakan yang terbaca post ni, dan korang ada pengalaman jadi calon simpanan bolehlah share dalam komen ye :-)






Rabu, 19 November 2014

5 kata-kata bergambar yang bagi inspirasi pada aku.


ASSALAMUALAIKUM


Harini aku nak kongsi mengenai beberapa kata-kata bergambar yang mana pada aku sedikit sebanyak memberi inspirasi buat aku. Gituww..


Kata-kata pertama




Kata-kata kedua



Kata-kata ketiga



Kata-kata keempat



Sabtu, 25 Oktober 2014

Awal Muharram


ASSALAMUALAIKUM


Selamat menyambut tahun baru islam. Petang-petang macamni baru aku sempat nak buat entry, maklumlah pagi tadi baru balik kerja. Tanpa kita sedar, pejam celik dah nak masuk bulan november. Cepat sungguh masa berlalu..

Masuk bulan ni, dah setahun aku kerja di toyo tu. Sekejap sangat rasa. Macam-macam pengalaman yang aku lalui, pahit, manis, masam, masin semuanya ada. Dan tanpa sedar juga, hujung bulan ni umur aku dah genap 22 tahun.

Dengan kesibukan kerja yang sebenarnya taklah sibuk sangat pun, kekadang tu aku rasa macam dah hilang semangat untuk blog ni pun ada jugak tapi bila ingat balik susah payahnya aku buat blog ni, aku teruskanla. Sebab blog ni banyak coretan yang aku isi dan bakal aku isi dengan cerita-cerita mengenai aku dalam ni, walaupun tak kerap.

Tinggal dua bulan je lagi untuk melangkah ke tahun baru 2015. Bersedia atau tak, tetap harus melangkah jugak sebab kalau kita tak mendahului masa, masa yang akan mendahului kita.

Sampai sini dulu coretan aku buat kali ni. Bulan ni sikit je entry pasal dah lama tak menulis, maka idea untuk menulis pun aku dapat rasakan makin menjauh dari aku chewahhh.. Ok bye
(Semoga kita dapat hijrahkan diri ke arah yang lebih baik)




Isnin, 29 September 2014

Aplikasi android yang boleh memudahkan urusan harian.


ASSALAMUALAIKUM

  Lama betol tak bersua dengan blog ni. Hurmm, ok kali ni nak kongsi pasal aplikasi android yang aku rasakan boleh memudahkan kehidupan harian kita. Aku dah pun gunakan aplikasi-aplikasi ni, dan hasilnya memang dapat memudahkan pun.

Ok, taknak cerita banyak biar aku perkenalkan aplikasi yang aku gunakan dalam tabet ni.

1. Aplikasi Waktu Solat Malaysia.


Bagi aku ni aplikasi terbaik untuk semua orang islam yang berada di malaysia ni. Waktu solat dalam aplikasi ni mewakili semua negeri di malaysia dan ada disertakan waktu untuk tempat-tempat terpencil dalam malaysia. Dan yang bagusnya lagi, dalam aplikasi ni juga terdapat kaedah mengambil wuduk (air sembahyang), cara solat jamak, masjid yang berdekatan dan banyak lagi. Waktu solat juga boleh diletakkan di muka hadapan menu dalam peranti masing-masing.



2. Aplikasi Emoji Keyboard.



Aplikasi ni membolehkan penggunanya memuat naik emoticons yang mempunyai pelbagai bentuk. Tambah pulak yang menggunakan akaun instagram, boleh letak emoticon yang berbentuk lengan, simbol tidur, dan lain-lain. Contoh simbol yang ada dalam emoji keyboard ni macam kat bawah.



3. Aplikasi Ookla Speedtest.



Dengan menggunakan aplikasi ni, bolehla kalau nak tau macam mana sambungan internet baik yang gunakan wifi ataupun data internet dalam smartphone tu.

4. Aplikasi Quran Android.



Menggunakan aplikasi ni, ia dapat memudahkan lagi urusan aku untuk membaca al-quran di mana dan ketika aku berada. Dalam aplikasi ni, aku juga boleh memilih surah yang hendak dibaca dan boleh mendengar bacaan dari qari seluruh dunia. Dan paling penting tiada lagi alasan untuk tinggalkan membaca al-quran walau tidak berada di rumah ok.

5. Aplikasi Koleksi Resepi.



Aplikasi ni dibangunkan oleh Andro Network. Pelbagai masakan melayu ada dalam ni. Yang penting, semua resepi dalam app ni boleh dibuka tanpa menggunakan sambungan internet kecuali video masakan. Tak perlu dah nak beli buku masakan setiap bulan sebab rasanya semua resepi yang diperlukan ada dalam aplikasi ni. 


Ok, cukup 5 aplikasi yang aku rasakan dapat memudahkan serta membantu aku dalam kehidupan seharian. Cubalah muat turun, dan korang akan dapati app macam di atas tu berguna sedikit sebanyak.

Aku chaw dulu, bye 😃✌







Jumaat, 5 September 2014

Minyak Wangi.


ASSALAMUALAIKUM

Aku ni memang jenis yang suka pakai minyak wangi bila keluar kemana-mana saja. Sebab bagi aku, bauan yang terdapat pada minyak wangi tu mententeramkan aku. Begitu juga orang yang memakai minyak wangi.

Sebut je pasal minyak wangi ni, dah tak susah nak dapatkan. Pergi ke pasar malam pun dah tentu boleh jumpa punya dengan penjual minyak wangi ni. Cuma, dalam pemilihan pewangi yang terbaik, harusle cari betul-betul.


Atas tu merupakan contoh gambar minyak wangi yang selalu aku jumpa di pasar malam atau pasar sehari. Harga murah, bau pun boleh tahan. Dan kelmarin aku ada ke econsave kamunting tu, dan sampai ke tempat yang menjual pewangi ni, aku tertarik untuk membelek satu pewangi jenama Uber Man.

Aku tengok di bahagian belakang pewangi ni, ada tertera logo halal. Terus aku ambik beli. Sebab bukan apa, sekarang ni agak susah nak cari pewangi berjenama yang ada logo halal. Bau dia pun boleh tahan wangi. Kalau aku pakai nak pergi kerja tu, boleh tahan bau dia sampai waktu habis kerja la.



Rasa-rasanya, lepasni aku terus pakai jenama ni je lah. Harga ok tak sampai 10 ringgit pun. Lagi satu, bagi aku mencari yang halal tu memang perlu untuk orang islam sebab dah tentu tak datang rasa was-was tu kan.. 

Sampai sini dulu coretan aku kali ni..,
Assalamualaikum.


Ahad, 17 Ogos 2014

Asus Fonepad 7 (FE170CG)


ASSALAMUALAIKUM

Helo, hai.. haritu aku ada taip dalam salah satu entry tu pasal aku gunakan tablet asus untuk menaip entry dalam blog ni. Haa, harini aku nak cerita pasal kelebihan, kekurangan, dan ciri-ciri yang ada pada tablet ini. Here we go :~


Kat atas tu gambar kotak tablet ni. Antara ciri istimewa yang ada pada tablet ni adalah; 

Sistem Operasi :- Android 4.3 (Jelly Bean)
Chipset :- 2 x 2: Intel Atom Multi - Core
Kad Sim :- Dual Sim
Cpu :- Quad Core 1.2 GHz
Jenis Bateri :- Li-ion 3950mAh
Saiz Skrin :- 7.0 "
Memori Dalaman :- 4gb/8gb ROM, 1gb RAM 
Memori Tambahan :- microSD (sehingga 64 gb)
Kamera :- (internal) 2MP (external) 0.3MP/CMOS
Bluetooth :- v4.0

Semua spec yang ada pada tablet ini boleh aku katakan yang aku berpuas hati. Kalau nak lebih kenalah beli yang lebih canggih dan harganya pun tinggi juga, tapi disebabkan aku hanya nak gunakan tablet ni untuk taip entry dan laman sosial, jadi ok la spec tablet ni bagi aku.

Cuma kameranya yang agak mengecewakan pasal tidak disertakan auto fokus. Di bawah ni aku sertakan beberapa gambar yang aku ambil menggunakan tablet ini.


Ok la untuk buat post di instagram, fb dan lain-lain tu. Tablet asus ni juga menggunakan interface yang tersendiri, iaitu asus zenUI. Berikut aku sertakan video contoh bagi tablet asus fonepad 7 ini.





Ok, itu saja yang aku nak cerita kali ni. InsyaAllah, lepasni aku up entry lagi dalam blog ni..

  Wassalam


#Oh ya; jom follow aku di instagram search : ZAKIRASLI



Khamis, 7 Ogos 2014

Memahami erti kedamaian.


ASSALAMUALAIKUM

Salam aidilfitri yang ke- 11 aku ucapkan. Sekarang ni macam-macam berita yang aku dengar dalam tv, media sosial, surat khabar dan lain-lain mengenai negara palestin. Sedih rasanya bila kenangkan kembali nasib rakyat di gaza tu, apalah salah diorang kan sampai pihak zionis sanggup lancarkan perang kepada mereka tu.

Alhamdulillah, syukur sangat aku rasa yang negara malaysia ni aman damai. Tak dapat bayangkan macam mana lah ye jika perkara yang berlaku di sana tu berlaku juga di sini, nauzubillah..

Kedamaian yang kita ada ni aku harapkan akan berkekalan sampai bila-bila. Sebab erti kedamaian yang sebenar bagi diri aku ni adalah; kita rasa tenang, selamat, damai dan yang paling penting bahagia. 

Dan sekarang, apa yang perlu dan boleh aku lakukan ialah terus menyokong rakyat gaza yang ditindas di sana. Mereka kan saudara seislam kita. Melalui doa, sokongan dan semua cara yang dapat aku lakukan, aku akan buat. 

Jadi, aku harapkan dan berdoa agar semua orang di malaysia ni pun sama mendoakan dan terus menyokong rakyat gaza di palestin. Apa yang mampu kita lakukan, teruskanlah.

Saya zakirasli, saya dari malaysia dan saya #sokongGAZA.




Khamis, 31 Julai 2014

Salam Aidilfitri.

ASSALAMUALAIKUM


  Hai semua !! amacam raya korang tahun ni?? ok ke.. Kalau macam aku ni macam raya tahun-tahun lepas jugak lah. Petang ni ingat nak pergi beraya rumah kawan la pulak. Esok dah nak kena kerja dah.

Kali ni aku update entry ni menggunakan tablet asus fonpad 7. Tab!et ni aku beli sebelum raya haritu, hari last puasa. Aku beli tablet ni pasal senang sikit nak online. Kalau nak update entry blog ni setiap hari pun boleh ko..

Tapi, rasanya update guna laptop lagi best la. Aku tak gunakan pun aplikasi blogger yang ada di android tu pasal susah jugak nak gunakan benda alah tu. Waktu raya pertama haritu aku dah ada update entry dah dalam blog ni, tapi tak dapat nak publish dan entry tu hilang ntah kemana.

Tapi dengan adanya google chrome dalam tab ni, senang sikit nak update. Macam guna laptop pun ada haha.

Ok, sampai sini dulu update aku dan juma lagi. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin pada semua kenalan blog ini. Jaga diri k !
Bye




Isnin, 14 Julai 2014

Aku Kembali ...


ASSALAMUALAIKUM


Fuhh.. lama sungguh aku tak mencoret dalam blog ni. Perasan tak kenapa ada 3 kali dot lepas perkataan kembali tu? ha, sebabnya aku sekarang ni update blog ni dalam cyber cafe dan itu maknanya, lambat lagi lah lepas post ni aku akan mencoret lagi dalam blog ni haihh..

Oh, sebelum terlupa, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam tak kiralah dimana korang berada. Tak terlambat lagi kot nak buat ucapan ni al maklumlah kan lagi tiga belas hari umat islam di malaysia ni akan menyambut aidilfitri. Sekejap je kan masa berlalu, lagu raya pun dah banyak dimainkan di radio tuh.

Dah lama tak tatap blog aku ni banyak rasa yang aku nak cerita mula dari bulan 6 yang lepas. Dan banyak blog rakan-rakan yang aku dah lama tak jenguk. Lepas ni nak jugaklah jenguk sedikit sebanyak blog korang yang selalu aku singgah dulu. 

Bulan puasa tahun ni ada jugak la yang berubah bagi aku. Antaranya, puasa kali ni merupakan puasa kali ketiga aku berada di tempat kerja yang berlainan yaitu selepas habis belajar di ilp ipoh dulu. Lepas tu, puasa kali ni ahli keluarga aku berkurang sorang lagi pasal abang aku tu dah dapat kerja di negeri sabah kena bertugas di bawah ibu pejabat polis di sana. Dekat raya nanti baru dia dapat balik. 

Lama tak menulis tak banyak idea sangat yang aku dapat huhu.. laptop aku yang rosak tu aku dah hantar ke kedai komputer untuk dibaik pulih tapi, tak de pulak jawapan sampai sekarang ni. Aku fikir-fikir balik nak kena ambik balik lah laptop tu lepastu hantar ke kedai lain pulak. 

Okla, sampai sini dulu cerita aku dalam blog ni. InsyaAllah lain masa aku menaip lagi. Aku doakan agar diri aku dan korang semua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan ibadah puasa yang kita jalani diberkati olehNya. Ameen..

Jumpa lagi, bye. (Kosong-kosong)


Rabu, 4 Jun 2014

Laptop Rosak !!!


ASSALAMUALAIKUM

  Tension betullah rasa bila barang kegunaan yang penting ni rosak. Laptop tu rasanya dah 5 tahun kakak aku guna dan baru tahun lepas dia buat masalah. Aku rasa masalah motherboard tu berulang kembali la. Tahun lepas masalah rosak laptop tu pasal motherboard ni lah. Taip entry ni pun aku pinjam tablet jenama B-Pad buatan negara mana aku pun tak tau. Susah jugak nak taip guna tablet ni, mungkin pasal aku dah terbiasa menggunakan laptop kot kalau nak menaip entry tu yang rasa lain je tu. Ingat nak perbaik balik laptop tu tapi risau pulak nanti jadi balik so, nanti je la fikir pasal laptop tu. Ingat kalau macam ni aku terpaksa beli satu tablet hujung bulan nanti. Emmm, tablet apa ye yang korang rasa ok untuk buat keje sambil boleh buat hiburan sikit?? aku ada usha satu tablet jenama lenovo ni jenis A3300. Macam ok je spec dia. Ok la, sampai sini dulu aku menaip. Jumpa lagi bulan depan InsyaAllah. Banyak cerita bulan 6 ni yang aku nak up, tapi disebabkan kerosakan laptop tu; habis tergendala semua huhu...

Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru :)


ASSALAMUALAIKUM







Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah hulu terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Selamat hari guru aku ucapkan pada semua cikgu yang telah mengajar sekaligus mendidik aku.

Terima kasih, cikgu ..          



Ahad, 11 Mei 2014

Belian Secara Atas Talian (Online) Atau Belian Secara Langsung. Mana Lagi Ok?


ASSALAMUALAIKUM





  Lama juga aku rasa tak cerita apa-apa dalam blog ni. Last bulan empat yang lepas. Dah berminggu tu, tapi takpe; sekarang aku kembali menaip oh yea!! (semangat sungguh). Aku pasti ramai antara kita pengguna internat di malaysia ni yang tahu mengenai jualan dan pembelian secara atas talian (Online) ni kan. Kalau pasal belian dan jualan secara langsung tu jangan cakap la, atok nenek kat luar tu pun tau. Huhu

Baca tajuk pun dah boleh agak kan, aku nak huraikan tentang beberapa kelebihan dan keburukan sama ada dari belian secara atas talian mahupun belian secara langsung. Ok jom baca reramai..

Kebaikan Belian Atas Talian (Online)

- Mudah dan murah.   
- Barangan berkualiti dan terjamin.
- Tidak perlu bersua muka antara pembeli dan penjual.
- Jualan dan belian hanya dilakukan di dalam komputer/gajet dan sekaligus dapat menjimatkan masa untuk keluar.
- Tidak Perlu risau masalah pengangkutan.
- Boleh bertanya pada para penjual tentang barang jualan seberapa banyak soalan yang anda mahu.
- Stok barangan yang banyak dan mempunyai pelbagai pilihan.

Keburukan Belian Atas Talian (Online)

- Senang ditipu oleh para penjual yang tak berhati perut. Contoh duit dah bayar barang tak sampai.
- Kemungkinan barang yang ditempah sampai lewat dari tarikh yang dijanjikan.
- Tiada akad jual beli bagi orang islam.
- Barang yang sampai mungkin boleh rosak ketika penghantaran atau barang yang dikirim salah.
- Barang yang diterima berkemungkinan indah khabar dari rupa.
- Memerlukan talian internet untuk membeli barang.


Ok, sekarang baca pula kebaikan dan keburukan belian secara langsung.


Kebaikan Belian Secara Langsung

- Boleh tawar-menawar harga barangan mengikut hati budi penjual.
- Mudah berurusan dengan penjual barang itu sendiri.
- Boleh lihat barang jualan dengan mata kepala sendiri tanpa risau kecacatan pada barang belian.
- Boleh dapat barang belian pada waktu dan hari pembayaran.
- Boleh bayar secara ansuran (hutang).
- Mudah buat pertukaran barang belian apabila barang belian tidak sempurna atau salah.
- Boleh buat perbandingan harga antara kedai-kedai jualan.


Keburukan Belian Secara Langsung

- Perlu keluar mencari barangan dalam jarak samaada dekat atau jauh.
- Mesti "tebal muka" untuk dapatkan diskaun barang pada harga lebih rendah.
- Perlu bawa duit yang cukup untuk membuat pembelian.
- Risiko duit tidak diterima. Contoh duit palsu atau koyak(rosak).
- Sukar mencari barangan yang diperlukan dalam tempoh yang singkat.
- Sesetengah peniaga tidak mewujudkan sistem pemulangan semula barang yang telah dibeli. Ini menyukarkan pengguna apabila barang yang dibeli rosak dan sebagainya.


Bagi aku, kedua-dua cara belian ini mempunyai kelebihan dan keburukan yang tersendiri. Pandai-pandai lah kita sebagai pengguna untuk memilih cara belian yang sesuai dan selesa untuk kita gunakan. Di bawah ni aku sertakan beberapa laman jualan secara online yang aku pernah singgah dan beli di situ.



1. Lazada (Banyak barang-barang keperluan yang dijual dalam web ni.  Bak kata iklan astro dulu-dulu; macam-macam ada..) 

2. Lelong (Semua jenis peralatan ada dalam ni, kebanyakannya alatan elektronik)

3. Nile (Penghantaran yang dibuat syarikat ni adalah yang tercepat, aku tempah barang khamis, jumaat dah sampai)

4. Custom Tshirt (Laman jualan Tshirt online- facebook)

5. Zalora (Yang ni aku belum cuba beli lagi)


Apapun, nasihat aku yang penting dalam membeli ni, kita sebagai pengguna mesti berani di dalam membuat apa-apa pilihan. Gunakan kuasa sebagai pengguna sebab customer always right bukan?


Selamat membeli-belah.


-Terima kasih baca-




Sabtu, 19 April 2014

Membeli-Belah Di Laman Web Lazada Malaysia.


Assalamualaikum





  Buat yang tak tau, Lazada atau nama lainnya Ecart Services Sdn.Bhd adalah sebuah laman web membeli-belah terkemuka di asia ni. Mulanya, aku pun rasa takut-takut juga nak shopping melalui laman web ni, maklumlah tahun 2012 dulu ada berlaku sikit kes mengenai laman beli-belah ni. Nak tau korang tanya pada abang google yea..
Balik pada cerita aku, ahad lepas aku ada terbuka laman web lazada ni. Tengok pada bahagia jam tangan sebab aku selain dari komputer, aku memang jenis yang "gilakan" jam tangan. Kalau pergi ke pasaraya mana-mana pun, lalu je dekat bahagian kedai menjual jam tangan aku mesti berenti melangkah. Hehehe,  tak beli pun dapat tengok jadilah. 

Lepas usha-usha jam dalam laman web ni, banyak rupanya jam tangan berjenama dijual dalam tu. Dalam paling syok lagi semua harga memang murah-murah. Diorang siap bagi potongan harga lagi untuk semua barangan yang dijual dalam tu.



Jenis-jenis jam yang dijual

Untuk pengetahuan, bukan saja jam tangan yang dijual, dari perkakas dapur hinggalah ke bahagian kecantikan dan kesihatan. Pendek kata, macam-macam ada. Juga anda boleh memilih barangan yang dibeli samaada untuk lelaki mahupun perempuan.

Aku cuba beli jam tangan jenama casio yang berharga RM 80.00. Untuk permulaan kan, jadi beli yang murah dulu. Selepas buat semua pengesahan aku bayar menggunakan maybank2u. Mudah sangat guna maybank2u ni, tak sampai 5 minit dah siap proses pembayaran.

Ok, ahad aku tempah dan tunggu punya tunggu sampai hari selasa belum sampai lagi jam tu. Aku pun terus buat pertanyaan pada pihak lazada. Hari rabu diorang balas. Bunyinya begini ...



E-mail yang dihantar semula pada aku

Aku pun apalagi, terus salin Tracking Number tu dan buka laman web city link express tu. Dan ini pula yang keluar ...



Maklumat perjalanan barang yang telah dihantar 

Maknanya, hari ahad aku beli dan esok nya terus pihak lazada hantar ke pihak city link !! Fuyoo, cepatnya. Seperti yang dijanjikan oleh pihak lazada, barang akan dihantar dalam 1-3 hari bekerja; memang dibuat. Ini menunjukkan pembelian melalui laman lazada ni memang boleh dipercayai.

Cuma yang melambatkan sedikit proses penghantaran pada aku, mungkin sebab tempat aku ni jauh sikit dari bandar. Pada pagi hari jumaat, pihak city link ada hubungi aku untuk penghantaran barang, tapi aku tak angkat pasal tempat kerja aku tu tak boleh bawa masuk telefon bimbit. Petang baru aku perasan ada panggilan masuk dari pihak city link.

Selepas tunggu pihak city link untuk hubungi aku semula macam takde harapan, aku mesej pada nombor diorang yang ada tertera pada laman web city link tu. Ingatkan diorang tak layan mesej-mesej ni, rupanya diorang layan walaupun di waktu malam. 

Aku minta pihak city link taiping buat penghantaran semula barang aku tu dan diorang setuju. Ok, cantik. Hari rabu dan khamis pihak city link buat penghantaran semula pada aku dan selamat sampai pada jam 11.53 pagi. Kebetulan pula aku cuti haritu.






Seterusnya gambar-gambar setelah aku membuka bungkusan tu dengan kerakusan wuuuuhahahahaha...






Akhirnya, dapat jugak aku jam tu. Lepas ni rasanya kalau nak beli barang aku beli melalui lazada je la.  Kalau korang pun nak merasai pengalaman membeli-belah di lazada ni, pergi ke laman web lazada di www.lazada.com.my
Jadi ahli dan boleh dapat diskaun ;)



Sekian dari aku , jumpa lagi.






Rabu, 16 April 2014

Resepi Mee Rebus. I like!!


ASSALAMUALAIKUM







Salah satu makanan kegemaran aku; adalah mee rebus. Kalau waktu petang-petang ada kelapangan pergi kedai makan, mesti aku order mee rebus kalau ada. Bagi aku semua rasa mee rebus memang superb!. Ok, kali ni aku nak kongsi berkenaan satu resepi mee rebus yang aku salin dari facebook tadi.


RESEPI MEE REBUS
Oleh: EDITORIAL RASA

Penambahan tepung jagung bertindak menambah kepekatan kuah mi rebus.

Waktu memasak: 35 minit

Saiz hidangan: 10 orang

BAHAN-BAHAN:

1 paket mi kuning | dicelur
500gm keledek | direbus dan dilecek
450gm daging
4 sudu makan minyak
2 sudu makan tepung jagung | dibancuh dengan air
Garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering
4 biji buah keras
3cm lengkuas
2.5cm halia
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering


Bahan Hiasan:
400gm tauge | dicelur
5 biji telur | dibelah dua
3 keping tauhu | dipotong dadu
3 tangkai daun ketumbar | dihiris
6 biji bawang merah | digoreng
5 biji limau nipis | dibelah dua
6 biji cili hijau | dihiris


CARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama air sehingga empuk. Angkat dan hiriskan nipis.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan air rebusan daging bersama daging hiris dan juga keledek yang dilecek. Kacau rata dan biarkan mendidih.
4. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan perasa dengan garam dan gula secukupnya.
5. Biarkan mendidih dan angkat.


Sekian resepi mee rebus. Lapar pulak perut tengok gambar tu huhu..

Nak lebih banyak resepi? Pergi sini :- Buku Resepi


Rabu, 9 April 2014

Virus Total : Imbasan Virus 3 Dalam 1.


ASSALAMUALAIKUM






Kenapa aku cakap 3 dalam 1? Sebabnya dalam web ni boleh scan virus untuk laman web, fail dalam komputer, dan URL. Untuk scan file, klik saja pada kotak choose file, sementara untuk scan URL pula, isi URL yang diperlukan dan klik pada Scan it! di bahagian bawah tu. Sama juga untuk bahagian search tu.

Jadi, senang cerita laman web ni memang berguna untuk aku membuat pemeriksaan secara berkala ataupun tidak. Untuk semua jenis fail dan laman blog aku ni. Mudah kan? Tak payah susah-susah nak kena install perisian tertentu.

Ok lah, sekian dari aku entry pendek untuk kali ini. Oh ya; untuk pergi ke laman web tu, klik sini :- VIRUS TOTAL

Isnin, 24 Mac 2014

Majlis walimatulurus supervisorku (Abg sani).


ASSALAMUALAIKUM


Tajuk bukan main panjang lagi kan. Dah berminggu tak menaip dalam blog ni rasa kekok sikit. Pada 23/3/14 (semalam), aku dan rakan-rakan telah pergi ke jemputan majlis perkahwinan supervisor tempat aku kerja tu yang bertempat di dewan laketown bukit merah. Bertolak dari tempat kami berkumpul dalam pukul 12.45 tghhari camtu pasal tunggu yang lain-lain lambat sikit datang. Dalam hati rasa macam nak marah je pasal janji nak pergi lagi awal tapi lambat pulak jadi. Tapi takpe, rilek brother, brother rilek.. :)




Ok, sampai di lokasi dalam pukul 1.30 p.m. Aku nampak ada kawan-kawan aku yang terpinga-pinga untuk masuk ke dalam dewan tempat majlis berlangsung. Mungkin pasal tak nampak mak dan ayah pengantin di luar. Rupanya, abang pengantin yang menunggu di luar tu (aku pun tak tau samaada abang pengantin tu dari pihak pengantin lelaki atau perempuan sebab majlis perkahwinan dari dua belah pihak dijalankan sekali), kami pun terus bersalaman dan masuk ke dalam dewan sebab abang pengantin tadi kata, majlis persandingan sedang berlangsung.

Dah masuk ke dalam dewan aku dapat lihat ramai tetamu jemputan yang datang sedang menjamu selera dan memang pengantin sedang berada di atas pelamin serta sesi bergambar baru saja bermula. Aku dan kawan-kawan terus pergi pada kedua mempelai untuk bagi ucapan tahniah sekaligus untuk acara bergambar. Gambar bersama semua kawan-kawan aku lupa nak ambik pulak..



Senyum sampai terpejam mata tu..  :D

Habis sesi bergambar, kami semua terus pergi ke meja mengambil makanan sebab perut memasing semua dah lapar nak mencekik. Sambil ambik makanan tu aku tengok suasana dalam dewan tu memang meriah. Ni pulak kali pertama aku hadir ke majlis kahwin yang mana dalam dewan tu ada kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Tapi sayangnya tak dapat lah nak mandi kat situ, budak-budak adala yang mandi. Kalau kami yang dewasa ni pun ikut mandi terkejut beruk semua yang datang tu. LOL.




Sebelah kiri hujung tu tempat mandi kanak-kanak




























Dah selesai makan dengan lauk dan nasi yang betul-betul ohsem memang best!. Kami lepak-lepak dulu tepi kolam tu sambil tengok pemandangan sekeliling dan gelagat orang ramai yang hadir. Sambil-sambil tu datang salah seorang wakil dari tuan rumah bagi cenderahati pada kami semua. Dah makan, dapat pulak cenderahati terima kasih banyak kami ucapkan .



Ok, selesai cerita aku untuk kali ni. Hingga jumpa lagi,Bye ;)


Selamat pengantin baru pada supervisor, abang sani dan pasangan. Moga bahagia sampai syurga, Aminn..










Khamis, 13 Mac 2014

Bukan kerna nama ...


ASSALAMUALAIKUM


Bukan Kerna Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerna dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerna dia bisa meracunmu

(Chorus)Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu

Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerna dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

(Ulang chorus)






#Doakan untuk pesawat MH 370

Jumaat, 28 Februari 2014

Sabtu, 22 Februari 2014

Cerita Cinta.

ASSALAMUALAIKUM



 Cakap pasal cinta ni, aku pasti semua orang suka. Kalau nak tahu, menurut laman wikipedia; cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perseorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Tudia.., panjang kan?

Tapi, tujuan aku tulis entry ni bukan nak huraikan definisi cinta itu sendiri. Kalau nak tengok lebih lagi pergi sini : ---> Definisi Cinta. Tujuan aku tulis entry ni pasal ada sorang kawan aku ni minta nasihat tentang cinta. Jujur aku kata, yang aku bukan pakar bab ni. Nak tulis entry pasal ni pun fikir 2,3 kali.


Special untuk kawan aku dan pembaca yang terbaca entry nih, aku tulis jugak lah. Haha, harap kalau ada terbaca boleh terima lah ye. Maklum lah, aku bukan ada pengalaman pun dalam alam cinta ni.

Ok, bagi aku kalau yang namanya cinta tu tak semestinya dengan orang yang kita minat je. Ia melibatkan semua. Dan bagi aku lagi, kalau nak disusun cinta pada yang kuasa (Allah S.W.T) adalah yang UTAMA. Selepas tu, cinta pada nabi kita; nabi Muhammad S.A.W, ketiga pada keluarga (Ibu ayah, adik-beradik), keempat pada diri sendiri, dan kelima baru pada orang yang kita kenali/minat.

Untuk yang kelima tu jika dah jumpa orang yang berkenan di hati baik lelaki mahupun perempuan, cepat-cepat buat keputusan. Keputusan yang bagaimana? maksud aku, kawan dulu dengannya dan kenali hati budi masing-masing.


Jika dah berkenan sangat, tanya dulu pendapat ibu bapa dan paling penting jangan mainkan perasaan seseorang. Sebab, jika hati kita sudah terpaut pada seseorang, susah untuk dilupakan. Nak jadikan teman hidup, mesti serius !. 

Selain tu, jika sudah dapat restu dari ibu bapa, cepat-cepat masuk meminang. Takut orang lain rampas pulak nanti kan. Dan untuk peringkat seterusnya aku pasti mesti semua sedia maklum. Paling penting, sebelum nak menuju semua ni, pastikan korang ada kerja dulu. Kumpul duit sendiri dan insyaAllah, segalanya akan dimudahkan olehNya. 



Apalagi nak tulis ni...  ha, lagi satu kalau belum bersedia untuk menempuh alam perkahwinan, belajar dulu cara nak urus diri. Kalau pengurusan diri pun tak betul, amacam tu?? Solat jaga, akhlak pun baik, pendek kata semua mesti ok lah. Bukan nak yang sempurna, sebab mana ada manusia yang perfect dalam dunia ni.

Oklah, yang dapat aku simpulkan dalam semua bab percintaan ni; perasaan yang dikurniakan pada kita jangan disia. Cintai Allah pasti Allah akan datangkan pada kita jodoh yang sama cintakan Allah juga. Jangan jadi hamba cinta kerana kita hamba Allah. Dah macam pencetus ummah dah aku rasa ni..



Nota# Harap serba sedikit dapat mengisi fikiran yang kusut soal cinta tu dengan entry aku ni. Nak sambung tengok movie anaconda ni... 

Yang Menulis,
ZakiRasli.  Byee :D



  

Ahad, 9 Februari 2014

Isnin, 27 Januari 2014

Info Teknologi Maklumat #11 : Kuasa media sosial


ASSALAMUALAIKUM




Pelanggan Baru

78% perniagaan kecil mendapat sekurang-kurangnya 1/4 pelanggan baru melalui media sosial.

61% golongan muda merujuk kepada media sosial untuk memutuskan tempat untuk dituju apabila keluar.


Penglibatan Pelanggan

27% memeriksa jaringan sosial beberapa kali sehari.

35% memeriksa halaman jenama/produk sebagai sebahagian aktiviti media sosial.

27% secara keseluruhannya, media sosial merangkumi 27% masa yang dihabiskan dalam talian.


Jangkauan

200 Juta pengguna aktif di twitter.

1 Bilion pengguna aktif menggunakan facebook.

Google+ sedang berkembang dengan 343 juta pengguna.

Jumlah pengguna aktif Linkedln adalah 225 juta.


- Peminat facebook cenderung menjadi konsumer 'super'. Secara purata, mereka berbelanja 43% lebih banyak berbanding bukan peminat.

#Perniagaan kecil akan menikmati manfaatnya jika menjadi sebahagian daripada senario media sosial. Sorry, banyak sikit nombor tu. Harap tak pening heee

Sumber Penuh : Majalah PC edisi Jan 2014.


Sabtu, 11 Januari 2014

Temuduga.


ASSALAMUALAIKUM




 Post pertama aku untuk tahun 2014 ni. Keadaan aku yang selsema bercampur dengan tekak yang sakit membuat aku rasa sukar untuk bernafas dan membuat kerja. Tapi, syukur masih bisa bernafas lagi.. :)

Ok balik pada tajuk, tahun 2014 pasti banyak peluang kerja kosong samaada dari sektor kerajaan dan swasta. Kalau macam korang yang lepas habis belajar tu mesti nak segera cari kerja kan?. Dan yang pasti salah satu sebab mesti nak jelaskan hutang atau pinjaman waktu belajar dulu.

Aku pun bukan berapa handal bab temuduga ni, banyak jugak yang kantoi. Mungkin pasal aku ni jenis yang cepat datang darah gemuruh kot ataupun belum rezeki. Tapi takpe, bak kata orang pelan-pelan kayuh mana rezeki kerja yang dapat kita ambil dulu.

Dalam post entry kali ni; aku nak kongsi sikit mengenai tip temuduga. Mungkin ramai yang dah tau, cuma aku nak ulang kembali saja.


Tips Pertama :

- Baca Doa.

Untuk yang muslim. Mulakan dengan langkah kanan dan baca Bismillah. Baca doa di bawah. Untuk yang non-muslim, ikutlah kepercayaan masing-masing.



Tips Kedua : 

- Senyum.

Sebelum tu jom nyanyi lagu senyum dulu :-

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Ok, dah habis nyanyi? Hahaha.. saja ajak korang nyanyi pasal kat tempat aku ni asyik hujan. Alhamdulillah. Balik pada tips, senyum lah bila jumpa orang di tempat temuduga tu. Jangan masam je muka tu, nanti orang yang tengok pun hilang mood nak interview. Jadi, senyum yeh ;)


Tips Ketiga :

- Sentiasa Tenang.

Dengan ketenangan, nak jawab apa yang orang tanya pun senang. Tpi, cakap mudah nak jadi susah. So, practice lah banyak kali untuk tenangkan diri. Jangan guna ubat penenang sudah..


Tips Keempat :

- Jawab dengan betul dan yakin.

Kalau penemuduga tu tanya, aku sarankan jawablah pertanyaan tu dengan jujur. Paling penting yakin tu mesti ada. Kalau tak tau pun, cuba jawab tapi jangan sampai kelentong diorang. Pasal sesetengah penemuduga dapat membaca air muka calon samaada jujur atau menipu semasa menjawab. 


Tips Kelima :

- Tunjukkan minat terhadap pekerjaan yang dimohon.

Waktu jawab soalan jugak, jawab dengan bersungguh-sungguh. Tunjukkan pada mereka yang kita memang minat nak dapatkan pekerjaan tu dan bekerja dengan mereka. Biar mereka kagum dan terkejut dengan kesungguhan yang dipamerkan. Elakkan dari membuat lawak jenaka semasa dalam bilik temuduga. Lainlah kalau korang interview untuk raja lawak.


Tips Keenam :

- Ucap terima kasih dan beri salam.

Dua perkara ni mesti buat semasa masuk bilik temuduga dan keluar dari bilik temuduga. Kalau penemuduga tu bukan beragama islam, ucapkan selamat pada mereka. Dan yang pasti adab mestilah dijaga rapi sewaktu temuduga sehinggalah selesai temuduga. InsyaAllah, kalau ada rezeki mesti dapat kerja tu. Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya. Sekian, Terima Kasih.


Nak tau banyak lagi tips menarik berkaitan proses temuduga?
Lawati blog ini :- http://temuduga.blogspot.com/



Jangan Pilih Kerja!