Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Fakta bilik air yang tak ramai ketahui

Imej
Gambar dari Google  Pelik ke jika ada lelaki yang mengambil masa yang lama ketika mandi? Kerana mengikut kebiasaan, lelaki lebih selamba dalam menyiapkan diri. Dan paling lama pun, 10 minit sebab bercukur atau membuang sisa yang sepatutnya. Tapi jangan korang tak tahu yang mana ada lelaki yang mengambil masa panjang di dalam tandas. Kalau nak dibandingkan dengan wanita, memang jauh berbeza. Kalau wanita perlukan masa untuk memanjakan tubuh badan dengan sabun atau menyegarkan rambut dengan syampu, tapi lelaki tidak memerlukan semua itu. Dari tinjauan yang dibuat, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik-beradik lelaki mereka mengambil masa yang lama sewaktu di dalam bilik air. Kenapa ini berlaku? Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup peribadi serta amat "istimewa" buat kaum adam di seluruh dunia. Mana tak nya, dalam bilik air saja yang bebas dari semua gangguan samaada dari ahli keluarga, kawan-kawan, dan panggilan telefon.

Bos aku yang sporting..

Imej
Gambar dari Google Walaupun kami berlainan kaum dan agama, tapi aku rasa kerja dengan bos aku ni la yang paling best sekali. Bos aku ni orang india, aku panggil dia dengan panggilan En. vijayan tapi dia memang faham dengan keadaan aku yang jadi pekerja dia ni. Masuk bulan ni dah 5 bulan aku kerja dengan bos ni, tapi tak pernah sekali pun dia marah ataupun menggores perasaan dan hati aku ni. Memang sporting la bos aku ni.. Tapi, walaupun bos aku ni sporting , aku tak boleh nak buat kerja yang dia bagi secara sambil lewa je. Walaupun gaji yang dia bagi tak besar mana, aku memang puas hati la kerja dengan dia. Pasal aku kerja bukan untuk mencari kekayaan, tapi aku kerja sebab nak bagi satu kepuasan dan minat terhadap kerja tu sendiri. Kalau kita ni kerja sekadar nak mencari kekayaan, memang tak kemana la jawapnya. Sebelum ni aku jugak pernah kerja dengan bos cina, ok tu memang ok. Tapi, kalau ada silap sikit je memang melenting habis.. Bukan kita tak boleh terima hakikat yang kita buat s

Korang nak pergi angkasa lepas ?

Imej
Tengok tv malam semalam ada satu iklan tu yang buat aku rasa tertarik jugak la. Ni pasal iklan AXE Apollo Space Academy tu. Dalam iklan tu tunjuk ada satu pertandingan yang diorang buat dan sesiapa yang menang pertandingan tu boleh join  diorang pergi ke angkasa lepas. Menarik bukan? aku ada tengok laman web AXE tu, diorang kata sesiapa yang berjaya dalam pertandingan ni akan dibawa terbang sejauh 103 KM ke luar angkasa bersama sebuah perusahaan perjalanan antariksa, SXC. Rasa macam nak join  pun ada jugak, tapi entahla. Masuk harini dah ada 20 orang peserta dari Malaysia yang join  pertandingan ni. Jadi kalau korang rasa nak ikut sekali boleh pergi ke laman ni :- AXE Apollo Space Academy - Dia punya tagline ; Pergi sebagai seorang lelaki, pulang sebagai seorang wira Oh, sebelum terlupa, pertandingan ni hanya untuk lelaki sahaja ya. Bawah ni iklan dia : Ok, Assalamualaikum..