Rabu, 11 Disember 2013

Tutorial potong lagu secara online.


ASSALAMUALAIKUM


Tarikh hari ni cantik kan.. 11.12.13. Pasal tu rasa macam nak update satu entry. Zaman sekarang semua serba canggih dan mudah. Tanpa perlu download perisian untuk potong lagu pun, korang boleh potong lagu yang korang suka. Senang kata; segalanya di hujung jari anda.

Dalam entry kali ni, aku update mengenai cara potong lagu melalui online. Pastikan korang ada talian internet untuk melakukan kerja potong lagu ni ye.

Langkah 1 :



Buka laman web cutmp3.net. Selepas itu, korang akan nampak laman utamanya dan klik open MP3.


Langkah 2 :



Selepas korang klik open MP3, tunggu sehingga tetingkap open muncul dan pilih fail lagu yang korang nak potong tu. Pilih satu lagu je tau.


Langkah 3 :



Dah selesai masukkan lagu, paparan akan enjadi seperti di atas. Klik play untuk memainkan lagu sekaligus memastikan lagu yang korang pilih tu adalah lagu yang betul.


Langkah 4 :



Untuk memotong lagu, klik dan seret tanda 3 segi yang di atas butang play tu. Klik hingga bahagian yang korang nak buang tu. Dah selesai, klik butang cut dan save lagu tersebut dalam folder korang. Untuk pastikan bahagian lagu yang korang nak potong tu betul-betul dah dibuang, klik butang play untuk dengar semula. Moga berjaya ye! ;)



- Selesai 4 langkah mudah untuk potong lagu secara online. Mudah kan!!

5 ulasan:

Affy Afiqah berkata...

TA atas perkongsian...boleh ika gunakan cara ni sebab mama selalu suruh cut lagu part chorus untuk dia buat call ringtones..hewhew

Affy Afiqah berkata...

*TQ

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

terima kasih di atas perkongsian ini zaki.. sangat bermanfaat untuk akak.. :D

Dhia Dirham berkata...

nak cuba-try-test la :)

nadzim bakri berkata...

kite cut guna software dlm phone yg ade jew..