Isnin, 2 Disember 2013

Shif Malam.


ASSALAMUALAIKUM


Tahun ini dan bulan lepas (November) merupakan kali pertama aku harus bekerja waktu malam. Selama ni, aku tak pernah lagi tau kerja shif malam ni. Nak kata teruk tu, taklah sangat aku cuma boleh cakap ok lah.. Hari pertama aku kerja dalam shif ni, dalam jam 12-3 pagi tu ok lagi. Tapi, bila dah masuk dalam pukul 4 pagi tu, mengantuk yang aku rasa memang tahap "LOL" hahaha. Rasa macam nak rabak tahan mengantuk yang singgah kat mata aku aku.

Waktu shif malam rehat aku terbahagi dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama rehat pukul 2.00 sampai 3.00 pagi. Dan untuk kumpulan kedua; rehat pada pukul 3.00 hingga 4.00 pagi. Rehat untuk kumpulan kedua bagi aku ok la pasal sampai pukul 4.00 pagi. Jadi, kemungkinan untuk rasa mengantuk tu tak lah rasa sangat. Macam aku kalau keluar rehat dalam kumpulan satu, sampai je pukul 4.00 pagi memang mengantuk betul. Aku pun tak tau lah kenapa selalu sangat sampai je pukul 4 ke atas rasa mengantuk tu memang auto sampai kat aku. Ishh

Jadi bila dah jadi mengantuk tu, macam-macam cara yang aku buat bagi hilangkan mengantuk ni. Antara yang aku selalu buat ialah basuh muka bila nak tertido. Aku pun tak confirm cara ni ok atau tak, pasal berkesan hilangkan ngantuk dalam 5 minit je lepastu jadi balik. 

Selain tu, aku akan minum bekal air yang aku bawak. Bawak air masak je, tu pun tak hilang jugak rasa mengantuk. Ada cadangan tak camana nak hilangkan mengantuk waktu kerja malam? kalau ada jemput kongsi sikit ye..

Kerja shif malam bagi aku amat best, pasal takda pengawasan yang ketat dan orang pun tak ramai sangat. Tapi, walau kerja malam ni takda pengawasan sangat macam waktu siang, kerja yang dibuat tetap aku lakukan dengan penuh kejujuran. ~terharunyee~

Lagi satu apa yang menarik bagi aku dalam kerja shif malam ni adalah, aku akan rasa macam kerja 2 hari tau. Mana taknya, contoh malam pukul 11 aku masuk, pukul 7 pagi esok baru balik. Ni kalau hujung tahun mesti lagi best, pasal masuk tahun ni balik tahun depan huhu.

Tapi takpe, walau susah dan penat macam mana sekalipun aku mesti tetap perlu kerja dan terus bekerja sebab bukan susah nak jadi susah, bukan senang nak jadi senang. Jadi pilihan yang ada dan dibuat, terima segala cabaran dengan hati terbuka dan bersyukur dalam setiap yang diberi.





The End.

6 ulasan:

Amin A. R berkata...

masa saya dalam kilang dulu, keje 12 jam, 6-6.. lagi azab kalau keje malam...kalau menagntuk tu, selalunya memang tido je kejap. tp kalau tak banyak keje la.. kalau sangat sebok, basuh muka guna air sejuk kat watercooler :)

Affy Afiqah berkata...

alamak takde tips laa nak bagi tuk hilangkan ngantuk kerja tu, sebab tak pernah experience,
selama ni kalau berjaga study pun, tak pernah amalkan apa2 tips, just go with the flow je, if nantok pun rehat2 minum2 sat, pastu sambung balik...

ikhwan yusuff berkata...

apa2 pun selmat bekerja bro....

Teena Tna berkata...

Kalau saya mengantuk memang kena tidur, tu jer ubatnya. Tapi takde experience keja shif malam. Apa2 pun selamat bekerja! Semoga jadi pekerja yg berdedikasi :)

chotz axoera berkata...

tuan umah ni tido lagi kaaaa?

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

lamanya akak tak singgah sini.. kalau ngantuk kena tidur juga la akak.. tak pun buat senaman ringan gerak-gerakkan badan.. selamat bekerja zaki.. :D