Selasa, 31 Disember 2013

Memori 2013.


ASSALAMUALAIKUM


Hmphhh... (hembus nafas), sekejap je kan masa berlalu. Besok dah bermula tahun baru 2014. Rasa macam baru saja masuk tahun 2013 ni, dan dalam tahun 2013 ni macam-macam peristiwa dan cerita yang aku alami serta boleh dikatakan banyak yang mengubah aku ke arah yang lebih positif, insyaAllah. 



 Dalam tahun 2013 juga, aku kenal dunia blogger ni walaupun masa mula-mula buat blog, ingat saja nak buat suka2x je rupanya boleh tersangkut dan sebati dalam jiwa pulak. Dan bila aku tulis pasal cerita blog ni, dah setahun rupanya blog aku ni ada. Banyak teman-teman dari sekitar alam maya yang aku kenal. Dan semuanya baik-baik belaka! korang memang sempoilah. Senang cerita, tanpa korang yang masuk blog aku baca entry aku ni, macam aku bancuh air kopi tak letak gula, pahit rasa. Hahah


Tahun ni kalau nak cerita pasal azam tu, aku rasa ada yang separuh la tercapai. Tak banyak, tapi bagi aku cukuplah. Yang sebahagian lagi aku bawak ke tahun depan; 2014. Antara contoh azam yang tercapai, aku dapat beli motosikal, dapat lesen kereta, dapat rasa kerja jadi juruteknik komputer walaupun sekejap, apalagi.. ha, dapat jadi jurujual, dan adalah sikit-sikit pengalaman melalui pekerjaan. Tapi, yang paling syukur dapat hidup lagi sampai harini. Give thnks to Allah. :)



Pengalaman 2013 yang happening sekali, dapat raikan majlis perkahwinan kakak aku bulan 5 lepas. Memang best! dapat berkumpul semua sanak saudara dari jauh dan dekat walaupun dalam masa singkat. Kalau nak tengok pasal tu, boleh baca balik dalam entry yang lepas. 

Dalam tahun 2013, negara kita pun mencatat pelbagai sejarah. Yang aku rasa paling bersejarah, tahun 2013 ni merupakan tahun pilihan raya umum yang berlaku hanya sekali dalam masa 5 tahun. Nak tunggu, 5 tahun lagi pulak lah. Selain tu, kalau macam kejadian menyayat hati tu memang banyak lah yang berlaku. Antara yang paling sadis aku rasa, waktu berita kemalangan di jalan genting highland tu. Fuhh, ngeri..

Selain tu, tahun ni juga aku dapat rasa kerja yang ada shif. Maksud aku, yang memerlukan aku kerja pada waktu malam. Penat tu memanglah ada, tapi macam kata pepatah alah bisa tegal biasa. Lama-lama ok lah.

Apalagi nak tulis ni.., hurmm, sepanjang tahun 2013 ni pun aku rasa adalah tahun last bagi keluarga aku iaitu aku dan adik-beradik aku yang lain tinggal serumah. Pasal lepas kakak aku kahwin, dia terus ikut suami dia ke pahang dan abang aku pulak bulan lepas baru je bertolak ke sabah atas urusan kerja di sana. Tinggallah aku, adik aku serta mak dan abah dalam rumah ni. Tapi, jarak tak bermakna terpisah. Diorang selalu jugak call mak aku kalau tak dapat balik.

Tapi kan, dalam banyak-banyak benda yang jadi dalam tahun 2013 ni, tetap aku akui yang dapat bina satu blog macam sekarang ni adalah hasil yang paling menarik dan terbaik yang pernah aku buat. Dalam blog ni, aku dapat ceritakan semua benda yang aku nak cerita. Nak cerita panjang macam ni dalam facebook nanti orang kata apa pulak kan. Nak tulis diari dalam buku, tak mungkin kot. Pasal aku bukan pretty ugly.

Ok lah, banyak ni saja coretan aku untuk hari terakhir dalam tahun 2013 ni. Harap segala kekurangan dan kesilapan aku mohon korang maafkan ye.. dan malam ni boleh tengok pertunjukan bnga api. Aku kena kerja malam ni pulak dah.. tapi takpe, esok cuti. Yeahoo!!!


Selamat Tahun Baru 2014, Moga segala azam akan tercapai.
Dan harga barang akan turun :p


7 ulasan:

NinaAz berkata...

yeah! esok cutii. happy new yearrr!!!~

Teena Tna berkata...

2013 penuh dengan pelbagai kenangan. Selamat tahun baru ! Esok cuti, yeah!

Affy Afiqah berkata...

alhamdulillah, semoga tahun 2014 jadi tahun yang lebih baik untuk zaki....ika pula macam2 experience yang kurang baik tahun ni...hukhuk...tapi insyaAllah akan dijadikan pengajaran...blogging pun beri satu kelebihan juga dalam hidup kita sebagai blogger kan zaki...macam ika juga...even dah bertahun blogging tapi baru tahun ni ika aktif secara serious...memang seronok blogging ni :)

semoga kita sama2 jadi lebih baik dan kongsikan perkongsian yang bermanfaat untuk pembaca:)
selamat tahun baru zaki dan selamat bercuti untuk esok hari...

ikhwan yusuff berkata...

alhamdulillah..selamat tahun baru..:DD

NinaAz berkata...

Happy blogging yaaa! :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

pelbagai suka dan duka silih berganti.. selamat tahun baru 2014 zaki.. semoga terus success selalu.. :D

Amin A. R berkata...

Semoga tahun baru akan lebih memberi makna... ;)