Isnin, 11 November 2013

Kenapa kita mesti kerja?


ASSALAMUALAIKUM


Bila cerita pasal kerja ni, terus terimbas zaman jadi budak-budak dulu. Dulu, kalau cikgu atau sesiapa pun yang tanya apa cita-cita aku, aku mesti cakap aku nak jadi ahli bomba.


  Well, biasalah kan waktu kecik-kecik.. ramai jgak budak-budak dulu kalau tanya nak jadi apa bila besar nanti, mesti kebanyakannya cakap nak jadi tentera hehe. Sekarang ni mungkin banyak nak jadi artis kot. Bila aku kian meningkat dewasa ni, dan habis belajar semua baru aku nampak apa kemampuan, minat dan kelayakan untuk kerjaya yang bakal aku sertai.

Dalam zaman sekarang ni, ada minat dan kemampuan saja tak cukup. Mesti ada kelayakan juga. Balik pada tajuk entri aku kali ni, kenapa kita mesti bekerja? Banyak jawapan yang boleh dilemparkan dalam ni, antaranya bagi aku lah kan; bekerja ni adalah satu tuntutan yang wajib dilakukan bagi mereka yang ''mampu''.

Maksud mampu di sini, adalah mampu dari segi mental dan fizikal. Ada kemampuan fizikal tapi tiada kemampuan mental tak jadi juga, begitu la sebaliknya. Bayangkan ada tak nampak orang yang ada masalah mental bekerja.. Takde kan, kalau ada mesti lain yang jadi.

Dalam kerja tak boleh nak memilih sangat dah zaman la ni. Ada peluang mesti rebut. Tak kira lah kerja dari golongan bawahan atau atasan, yang penting mesti halal. Kalau yang haram tu, susah lah pasal nak jadi darah daging jugak rezeki tu nanti.

Selain tu, dengan bekerja seseorang tu boleh mengeratkan sekaligus dapat berkawan dengan ramai orang. Dengan bekerja lah kita nak bermasyarakat pun. Kalau di rumah tu tak keluar sosial langsung, waktu kerja ni lah nak kenal dengan orang pun haha. Bagi aku lagi, dengan bekerja juga kita semua dapat rasa bertapa susahnya nak dapat wang.

Mana ada orang yang duduk goyang kaki tapi duit masuk. Kalau dah pencen tu lain lah, keperitan untuk mendapatkan wang lagi akan dirasai bila kita terpaksa membuat dua hinggan tiga kerja dalam satu hari. Allahhuakbar, bersyukur aku dapat hidup dalam negara Malaysia yang penuh dengan sumber ini. Dalam Malaysia ni tak susah nak cari rezeki. Yang rajin akan dapat dan yang malas mesti terlepas.

Kita juga perlukan kerja untuk menampung kehidupan sehari-hari. Kat Malaysia ni kalau rajin lebih mesti tak jadi macam pepatah, kais pagi makan pagi tu. Cuba bayangkan steve jobs dan lain-lain yang telah berjaya dalam bidang mereka juga bekerja sehingga dapat mencipta sesuatu yang memudahkan manusia. Cuba kalau mereka tidak bekerja dulu, pasti sekarang kita masih pakai telefon bimbit 3310.

Kalau difikir dari segi logik, pasti semua orang tidak akan merungut dengan pekerjaan yang mereka lakukan sekarang, kerana dengan bekerja akan dapat meningkatkan lagi ingatan, menguatkan otak, dan menyihatkan badan. Cuma bila hendak bekerja, mulakan lah dengan bismillah dan pastikan cukup rehat dari segi mental dan fizikal. Jangan jadi hamba kerja sudah..


Dan bagi aku lagi, apabila sudah mempunyai pekerjaan bersyukurlah selalu dan jangan tinggalkan solat. Kerana dalam solat ada ketenangan. Lebih-lebih lagi pada zaman ni, semua benda bukan macam dulu dia punya harga. Kena ingat, kerja setakat yang mampu jangan sampai jatuh sakit.

Aku rasa cukup sampai sini aku punya karangan heee. Lain kali aku tulis lagi. Pesan aku untuk diri sendiri dan yang membaca, bersyukur dengan pekerjaan yang anda lakukan tidak kira sama ada kerajaan, swasta, atau sendiri. Ingat, kerja untuk hidup bukan sebaliknya.



# Blogging pun kerja juga ye! 


8 ulasan:

Teena Tna berkata...

Aah, zaman sekarang tak boleh memilih. Ada peluang pekerjaan mesti rebut. Tapi kalau saya nak sambung belajar dulu baru kerja. Dan yang pasal solat tu setuju sangat. Jangan terlalu sibuk bekerja sampai terlpa nak solat sudahlah.

Affy Afiqah berkata...

sangat setuju dengan pendapat zaki, masa kecik pun kita dah ada impian, macam ika, ika nak jadi doktor :) sampai besar ni pun masih nak jadi doktor, belajar pun dalam bidang berkaitan :)
sebenarnya apa2 kerja yang kita buat tu kena ada minat, baru kita boleh buat dengan sepenuh semangat dan ikhlas :)
solat tu memang tak boleh tinggal, jangan sesekali tinggal.

betul tu, kerja, kerja juga tapi kesihatan kena jaga, ika pernah je sakit sebab tak cukup rehat, sebabterlalu banyak kerja, banyak study sampai lupa makan, lupa rehat secukupnya huhu

betul, blogging pun kerja juga~

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

betul tu zaki.. yang penting solat jangan tinggal.. selamat bekerja.. isi 2 tabung.. :D

ikhwan yusuff berkata...

btol 2 bro...Btw bekerja pon satu ibadatkan..:)

Cik Kechik berkata...

setuju 120%..aritu ade gi seminar, dy cakap nowadays yg ade master pun tak menjanjikan ape-ape..so jgn la terlampau cerewet kalau nk plih kerja..

Sobri Yaacob berkata...

salam kenal bro..
enty yg bgus..
setuju tu bro..
hidup skrg kerja jangan memilih..
janji kerja halai..
betul la apa2 yg kita cita2 kcik..masa besar selalunya berubah..
sama ada x mampu dari segi fizikal atau mental :)

zulieta berkata...

yang paling penting bila bekerja tu sifat ikhlas & sabar kena ada dalam diri.
supaya kita tenang sentiasa melakukan kerja kan..
kerja tu kan ibadah juga kan..

anajingga berkata...

ana surirumah je..tapi kerja tak habis2 pun bila ana anggap kerja itu satu ibadah..Alhamdulillah rasa penat hilang ....singgah sini..