Ahad, 24 November 2013

Info Teknologi Maklumat #9 : Bisnes Online


ASSALAMUALAIKUM




  Fuhh!! rasa cepat je masa berlalu, dah hujung bulan. Kesibukan bekerja yang padat telah memaksa aku tak update blog secara kerapnya. Apatah lagi nak blogwalking, lagilah... Tapi aku akan buat semua itu secara perlahan-lahan agar hubungan silaturrahim sesama kita tidak kaku. Jadi harini sempat untuk update, aku up pasal entry yang bertajuk seperti di atas.

Dalam entry ni, aku selitkan seberapa aspek yang dianggap penting yang perlu diambil kira sebelum melakukan bisnes online nih. Pergi ke kedai membeli kobis, sila lah baca sampai habis.


01  Pilih Produk

- Anda mesti membuat keputusan yang tepat kerana produk pilihan adalah aspek terpenting. Anda boleh menjual produk fizikal (barangan biasa) atau digital (seperti e-book). Malah, anda perlu mengambil berat soal pembekal dan keupayaan anda memenuhi permintaan.

02 Perancangan

- Anda perlu merancang dari segi kos produk, penghantaran, bil-bil (elektrik dan internet), upah pekerja (jika ada) dan lain-lain. Ini untuk menggelakkan anda dari terlepas pandang kos-kos yang perlu dikeluarkan.

03 Platform Web

- Sebenarnya, platform online boleh dijadikan tulang belakang untuk perniagaan anda atau lebih tepat lagi, kedai dalam talian. Reka bentuk platform ini perlu memudahkan pengunjung untuk memeriksa, melihat stok, variasi produk dan pamerkan apa sahaja kelebihan yang ada. Adakan juga ruangan untuk pelanggan mengisi alamat e-mel (untuk iklan), tidak banyak warna dan pelanggan tidak perlukan lebih dari dua klik untuk melihat produk.

04 Cara Bayaran

- Kaedah bayaran yang biasa digunakan ialah menggunakan akaun bank. Jika ada bajet lebih, dapatkan perisian untuk perbankan dalam talian. Antara tujuannya agar pelanggan boleh membuat bayaran terus dan mereka juga lebih percaya.

05 Media Sosial

- Biarpun lebih selesa membuka 'kedai' utama di Facebook, sebenarnya cara ini agak kurang selamat. Anda mesti juga memiliki platform tapak web yang berupaya mengendalikan seratus peratus urusan kedai dalam talian anda dan mengesahkan domain bisnes anda dalam talian. Media sosial seperti Facebook dan Twitter, hanya dijadikan sebagai ejen promosi untuk barangan anda, di samping menjadi ejen penarik pelanggan untuk singgah di 'kedai' anda. 

06 Iklan Promosi

- Anda boleh mengiklan secara kecil-kecilan atau modal kecil seperti menghantar promosi ke e-mel pembeli yang pernah singgah di 'kedai' anda. Cipta satu berita mengenai produk baru dan sebagainya dengan reka letak yang menarik atau pun promosi terbaru yang dijalankan. Anda cuma perlu e-mel untuk mendapatkan maklum balas.

07 Cara Bayaran

- Anda perlu membuka akaun (untuk bisnes anda) dengan sebuah intitusi kewangan atau bank, supaya pelanggan juga boleh membayar kepada anda dengan kad kredit. Selain itu, anda juga boleh menyediakan cara bayaran menerusi akaun PayPal, yang kini sudah ada dan di amalkan di malaysia.


Alhamdulillah, selesai entri pada kali ini. Diharap dapat dijadikan panduan pada semua pembaca dan yang mahu membuat bisnes secara online. Selamat maju jaya !

*Sumber penuh dari Majalah PC november 13.




8 ulasan:

Affy Afiqah berkata...

Topik menarik perhatian ika :)
sebenarnya planning nak buka butik dengan encik tunang (bila dia dah sah jadi suami nanti). Kami plan nak buat bisnes sendiri laa. Tapi nak design something yang hasil dari idea kami tak nak sama dengan yang dah sedia ada kat luar sana. Masalahnya tak tahu buat permulaan ni perlu atau tidak untuk tubuhkan bisnes online sebelum buat butik. Masih berfikir :)

ZakiRasli Blogz berkata...

@Affy Afiqah: Dalam online buat sikit2x pn jdi lah. Contoh mcm buat iklsn. Kalau nak lgi mnarik plnggan yg rmai, melalui online pn bgus.

Teena Tna berkata...

Lebih selesa jadi pembeli daripada penjual. Hee

ikhwan yusuff berkata...

ad berminat jgk nk buat perniagaan online ni tapi tkt pon ad..btw good sharing..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

terima kasih berkongsi tips yang bermanfaat ini.. akak lebih suka membeli.. tapi jarang membeli online.. :D

Faizahh Ishak berkata...

tengok item gak ape yang nak dibeli.klau dah x de mse sgt mmg prefer online la.tp klau ade mase,lbih ske svey dr kedai ke kedai.at least dpt tgk kualiti depan mate..haa tu klau sy la kan..

nor azman berkata...

saya ada buat bisnes minyak wangi..tp blog sy mcm xmenarik je..

chotz axoera berkata...

ada baik buruknya juga...yang penting ke bijak :D kaaaannn

eyh lupa! heloo tuan umah :D