Ahad, 3 November 2013

Cara aku hilangkan bosan.


ASSALAMUALAIKUM


Korang pernah rasa bosan? Mestilah pernah kan.. aku kalau rasa bosan, macam-macam benda yang aku buat nak bagi hilang kebosanan tu. Pasal yang aku tau, rasa bosan ni boleh dihilangkan dan dielakkan, tak macam masalah yang mesti kita selesaikan.

Nak tau cara aku hilangkan bosan? haa... silakan baca



Yang Pertama

-  Selalu bila aku rasa bosan, aku mesti dengar lagu. Tak kira lah lagu apa pun, tapi yang paling aku gemar sudah semestinya lagu nasyid lah. Pasal bagi aku lagu nasyid ni boleh bagi motivasi kat diri aku nih. Selain dengar lagu nasyid, kalau rasa boring lagi aku akan dengar zikir. Hehe, kan dengan berzikir hati akan tenang.

Yang Kedua

- Bila aku bosan, aku akan tonton televisyen. Dan selalunya, aku mesti tengok cerita yang ringan-ringan la macam cerita kartun, lawak, aksi dan lain-lain lagi. Kalau tengok drama rasanya mesti dari bosan tukar ke tension.

Yang ketiga

- Kalau aku bosan, aku akan main game. Semua game pun boleh, nak lagi best game macam angry bird ke, need for speed ke.. Selalunya, game yang ada dalam handpone lah. Pasal malas nak on laptop haha.

Yang Keempat

- Dan... kalau bosan juga, pergi cari laptop, on lepastu log in ke facebook. Kan dalam fb ada ruangan chat, bolehlah aku mesej kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ni. Selain dapat mesej secara percuma, aku jugak dapat baca segala perkembangan yang berlaku dalam negara Malaysia ni.

Yang Kelima

- Bosan lagi, aku pergi cari majalah dan surat khabar. Baca semua jenis maklumat dari muka depan sampai lah habis. Macam dalam surat khabar kat bahagian tengah tu ada silang kata. So, boleh jugak isi masa boring kat situ.

Yang Keenam

- Rasa bosan lagi, aku pergi baca blog. Tak kira lah blog siapa pun, aku akan baca. Pasal ada sesetengah cerita dalam blog ni takde dalam fb. Jadi, boleh lagi tambah pengetahuan. Lepastu follow blog orang yang aku baca tu..

Yang Ketujuh

- Bosan jugak, aku tengok haiwan peliharaan aku. Dalam rumah aku ni aku ada pelihara ikan dengan kucing. Kalau bosan tengok dua ekor ni jelah. Best tau tengok gelagat haiwan-haiwan ni. Lagi best bila makan time huhhu

Yang Kelapan

- Selain benda di atas yang aku buat, kalau bosan aku akan buat aktiviti. Tak kiralah dengan kawan-kawan ataupun sendiri. Kalau sendiri, aku ambik penyapu sapu sampah. Eeeceh, macam rajin pulak kan
(kadang2x la)

Yang Kesembilan

- Bosan ni datang tak kira waktu, kalau bosan waktu petang macam tu senang je. Aku ambik masa tu untuk tidur. Haha, tapi takde lah tidur sampai lewat petang. Memadai dalam 1 jam camtu je. Pasal aku ada dengar kalau tidur sampai lewat petang tak bagus untuk otak.

Yang Kesepuluh

- Bosan lagi?? Aku pergi cari kertas, aku melukis. Pasal melukis ni pun sebahagian dari hobi aku. Apapun gambar yang aku rasakan cantik aku lukis. Baru puas hati heee.


# Semua diatas merupakan cara aku hilangkan rasa bosan. Takde pun sampai nak ambik benda yang bukan-bukan. Yang penting sekali banyakkan ingat pada Allah, automatik hati akan tenang. Yupss



16 ulasan:

Fath berkata...

Setuju dengan yang kedua :D Bila bosan mesti tengok cerita lawak macam Super Spontan or Running Man. Pahtu gelak guling-guling.

ikhwan yusuff berkata...

banyk cara nk endure bosan ni....yg first tu oklah...:)

Nina Maslizza berkata...

betul2..tapi bila dengar lagu,i always end up jadi emo..sebab, bila dengar lagu2 sedih,ikut sedih juga..haha

Affy Afiqah berkata...

kalau ika bosan mula laa segala macam kerja nak buat, kemas rumah laa, kemas bilik laa, untuk isi masa :)

Super Girl berkata...

hehehe . rasa macam kelakar lak . kadang-kadang kita dah buat semua benda tapi bosan lagi . btw , good tips :D

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

setuju dengan semua tips di atas.. bab melukis tu akak tak reti.. akak kalau rasa bosan mesti suka usik adik atau mak akak.. hehe.. seronok usik mereka sampai mereka marah.. lepas tu baru minta maaf..

aswadz berkata...

slalu nyer kalo bosan, aku akan maen game atau tgk movie/anime. x pun ajak member2 keluar lepak2.

mak ieteng berkata...

"Aku pun dah bosan".

sebab hari-hari buat kerja yang sama.

Nazirul Ramsey berkata...

naz bila boring..naz slalu main game n main ngan kucing kat umah..bila ptg naz turun training bola..:)

Tanpa Nama berkata...

Tp kalu bosan kt tmpt keje nk wat camne???

Tanpa Nama berkata...

Terbaik

norains sulaiman berkata...

banyak cara boleh hilangkan bosan...banyakkan zikir

puteri najihah berkata...

Blog kamu ni wat sy jd bosan...

Muhammedz Nurazzmane berkata...

Byk persamaan..stuju2..

nurfazu zumaiah berkata...

Rupanya ramai jugak yang kebosanan kat sini ye..huhuhu

Muhammad Adib Adha berkata...

Saya nak tengok tv.... Astro x bayar pulak.. Huhu