Ahad, 24 November 2013

Info Teknologi Maklumat #9 : Bisnes Online


ASSALAMUALAIKUM




  Fuhh!! rasa cepat je masa berlalu, dah hujung bulan. Kesibukan bekerja yang padat telah memaksa aku tak update blog secara kerapnya. Apatah lagi nak blogwalking, lagilah... Tapi aku akan buat semua itu secara perlahan-lahan agar hubungan silaturrahim sesama kita tidak kaku. Jadi harini sempat untuk update, aku up pasal entry yang bertajuk seperti di atas.

Dalam entry ni, aku selitkan seberapa aspek yang dianggap penting yang perlu diambil kira sebelum melakukan bisnes online nih. Pergi ke kedai membeli kobis, sila lah baca sampai habis.


01  Pilih Produk

- Anda mesti membuat keputusan yang tepat kerana produk pilihan adalah aspek terpenting. Anda boleh menjual produk fizikal (barangan biasa) atau digital (seperti e-book). Malah, anda perlu mengambil berat soal pembekal dan keupayaan anda memenuhi permintaan.

02 Perancangan

- Anda perlu merancang dari segi kos produk, penghantaran, bil-bil (elektrik dan internet), upah pekerja (jika ada) dan lain-lain. Ini untuk menggelakkan anda dari terlepas pandang kos-kos yang perlu dikeluarkan.

03 Platform Web

- Sebenarnya, platform online boleh dijadikan tulang belakang untuk perniagaan anda atau lebih tepat lagi, kedai dalam talian. Reka bentuk platform ini perlu memudahkan pengunjung untuk memeriksa, melihat stok, variasi produk dan pamerkan apa sahaja kelebihan yang ada. Adakan juga ruangan untuk pelanggan mengisi alamat e-mel (untuk iklan), tidak banyak warna dan pelanggan tidak perlukan lebih dari dua klik untuk melihat produk.

04 Cara Bayaran

- Kaedah bayaran yang biasa digunakan ialah menggunakan akaun bank. Jika ada bajet lebih, dapatkan perisian untuk perbankan dalam talian. Antara tujuannya agar pelanggan boleh membuat bayaran terus dan mereka juga lebih percaya.

05 Media Sosial

- Biarpun lebih selesa membuka 'kedai' utama di Facebook, sebenarnya cara ini agak kurang selamat. Anda mesti juga memiliki platform tapak web yang berupaya mengendalikan seratus peratus urusan kedai dalam talian anda dan mengesahkan domain bisnes anda dalam talian. Media sosial seperti Facebook dan Twitter, hanya dijadikan sebagai ejen promosi untuk barangan anda, di samping menjadi ejen penarik pelanggan untuk singgah di 'kedai' anda. 

06 Iklan Promosi

- Anda boleh mengiklan secara kecil-kecilan atau modal kecil seperti menghantar promosi ke e-mel pembeli yang pernah singgah di 'kedai' anda. Cipta satu berita mengenai produk baru dan sebagainya dengan reka letak yang menarik atau pun promosi terbaru yang dijalankan. Anda cuma perlu e-mel untuk mendapatkan maklum balas.

07 Cara Bayaran

- Anda perlu membuka akaun (untuk bisnes anda) dengan sebuah intitusi kewangan atau bank, supaya pelanggan juga boleh membayar kepada anda dengan kad kredit. Selain itu, anda juga boleh menyediakan cara bayaran menerusi akaun PayPal, yang kini sudah ada dan di amalkan di malaysia.


Alhamdulillah, selesai entri pada kali ini. Diharap dapat dijadikan panduan pada semua pembaca dan yang mahu membuat bisnes secara online. Selamat maju jaya !

*Sumber penuh dari Majalah PC november 13.




Isnin, 11 November 2013

Kenapa kita mesti kerja?


ASSALAMUALAIKUM


Bila cerita pasal kerja ni, terus terimbas zaman jadi budak-budak dulu. Dulu, kalau cikgu atau sesiapa pun yang tanya apa cita-cita aku, aku mesti cakap aku nak jadi ahli bomba.


  Well, biasalah kan waktu kecik-kecik.. ramai jgak budak-budak dulu kalau tanya nak jadi apa bila besar nanti, mesti kebanyakannya cakap nak jadi tentera hehe. Sekarang ni mungkin banyak nak jadi artis kot. Bila aku kian meningkat dewasa ni, dan habis belajar semua baru aku nampak apa kemampuan, minat dan kelayakan untuk kerjaya yang bakal aku sertai.

Dalam zaman sekarang ni, ada minat dan kemampuan saja tak cukup. Mesti ada kelayakan juga. Balik pada tajuk entri aku kali ni, kenapa kita mesti bekerja? Banyak jawapan yang boleh dilemparkan dalam ni, antaranya bagi aku lah kan; bekerja ni adalah satu tuntutan yang wajib dilakukan bagi mereka yang ''mampu''.

Maksud mampu di sini, adalah mampu dari segi mental dan fizikal. Ada kemampuan fizikal tapi tiada kemampuan mental tak jadi juga, begitu la sebaliknya. Bayangkan ada tak nampak orang yang ada masalah mental bekerja.. Takde kan, kalau ada mesti lain yang jadi.

Dalam kerja tak boleh nak memilih sangat dah zaman la ni. Ada peluang mesti rebut. Tak kira lah kerja dari golongan bawahan atau atasan, yang penting mesti halal. Kalau yang haram tu, susah lah pasal nak jadi darah daging jugak rezeki tu nanti.

Selain tu, dengan bekerja seseorang tu boleh mengeratkan sekaligus dapat berkawan dengan ramai orang. Dengan bekerja lah kita nak bermasyarakat pun. Kalau di rumah tu tak keluar sosial langsung, waktu kerja ni lah nak kenal dengan orang pun haha. Bagi aku lagi, dengan bekerja juga kita semua dapat rasa bertapa susahnya nak dapat wang.

Mana ada orang yang duduk goyang kaki tapi duit masuk. Kalau dah pencen tu lain lah, keperitan untuk mendapatkan wang lagi akan dirasai bila kita terpaksa membuat dua hinggan tiga kerja dalam satu hari. Allahhuakbar, bersyukur aku dapat hidup dalam negara Malaysia yang penuh dengan sumber ini. Dalam Malaysia ni tak susah nak cari rezeki. Yang rajin akan dapat dan yang malas mesti terlepas.

Kita juga perlukan kerja untuk menampung kehidupan sehari-hari. Kat Malaysia ni kalau rajin lebih mesti tak jadi macam pepatah, kais pagi makan pagi tu. Cuba bayangkan steve jobs dan lain-lain yang telah berjaya dalam bidang mereka juga bekerja sehingga dapat mencipta sesuatu yang memudahkan manusia. Cuba kalau mereka tidak bekerja dulu, pasti sekarang kita masih pakai telefon bimbit 3310.

Kalau difikir dari segi logik, pasti semua orang tidak akan merungut dengan pekerjaan yang mereka lakukan sekarang, kerana dengan bekerja akan dapat meningkatkan lagi ingatan, menguatkan otak, dan menyihatkan badan. Cuma bila hendak bekerja, mulakan lah dengan bismillah dan pastikan cukup rehat dari segi mental dan fizikal. Jangan jadi hamba kerja sudah..


Dan bagi aku lagi, apabila sudah mempunyai pekerjaan bersyukurlah selalu dan jangan tinggalkan solat. Kerana dalam solat ada ketenangan. Lebih-lebih lagi pada zaman ni, semua benda bukan macam dulu dia punya harga. Kena ingat, kerja setakat yang mampu jangan sampai jatuh sakit.

Aku rasa cukup sampai sini aku punya karangan heee. Lain kali aku tulis lagi. Pesan aku untuk diri sendiri dan yang membaca, bersyukur dengan pekerjaan yang anda lakukan tidak kira sama ada kerajaan, swasta, atau sendiri. Ingat, kerja untuk hidup bukan sebaliknya.



# Blogging pun kerja juga ye! 


Ahad, 3 November 2013

Cara aku hilangkan bosan.


ASSALAMUALAIKUM


Korang pernah rasa bosan? Mestilah pernah kan.. aku kalau rasa bosan, macam-macam benda yang aku buat nak bagi hilang kebosanan tu. Pasal yang aku tau, rasa bosan ni boleh dihilangkan dan dielakkan, tak macam masalah yang mesti kita selesaikan.

Nak tau cara aku hilangkan bosan? haa... silakan baca



Yang Pertama

-  Selalu bila aku rasa bosan, aku mesti dengar lagu. Tak kira lah lagu apa pun, tapi yang paling aku gemar sudah semestinya lagu nasyid lah. Pasal bagi aku lagu nasyid ni boleh bagi motivasi kat diri aku nih. Selain dengar lagu nasyid, kalau rasa boring lagi aku akan dengar zikir. Hehe, kan dengan berzikir hati akan tenang.

Yang Kedua

- Bila aku bosan, aku akan tonton televisyen. Dan selalunya, aku mesti tengok cerita yang ringan-ringan la macam cerita kartun, lawak, aksi dan lain-lain lagi. Kalau tengok drama rasanya mesti dari bosan tukar ke tension.

Yang ketiga

- Kalau aku bosan, aku akan main game. Semua game pun boleh, nak lagi best game macam angry bird ke, need for speed ke.. Selalunya, game yang ada dalam handpone lah. Pasal malas nak on laptop haha.

Yang Keempat

- Dan... kalau bosan juga, pergi cari laptop, on lepastu log in ke facebook. Kan dalam fb ada ruangan chat, bolehlah aku mesej kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ni. Selain dapat mesej secara percuma, aku jugak dapat baca segala perkembangan yang berlaku dalam negara Malaysia ni.

Yang Kelima

- Bosan lagi, aku pergi cari majalah dan surat khabar. Baca semua jenis maklumat dari muka depan sampai lah habis. Macam dalam surat khabar kat bahagian tengah tu ada silang kata. So, boleh jugak isi masa boring kat situ.

Yang Keenam

- Rasa bosan lagi, aku pergi baca blog. Tak kira lah blog siapa pun, aku akan baca. Pasal ada sesetengah cerita dalam blog ni takde dalam fb. Jadi, boleh lagi tambah pengetahuan. Lepastu follow blog orang yang aku baca tu..

Yang Ketujuh

- Bosan jugak, aku tengok haiwan peliharaan aku. Dalam rumah aku ni aku ada pelihara ikan dengan kucing. Kalau bosan tengok dua ekor ni jelah. Best tau tengok gelagat haiwan-haiwan ni. Lagi best bila makan time huhhu

Yang Kelapan

- Selain benda di atas yang aku buat, kalau bosan aku akan buat aktiviti. Tak kiralah dengan kawan-kawan ataupun sendiri. Kalau sendiri, aku ambik penyapu sapu sampah. Eeeceh, macam rajin pulak kan
(kadang2x la)

Yang Kesembilan

- Bosan ni datang tak kira waktu, kalau bosan waktu petang macam tu senang je. Aku ambik masa tu untuk tidur. Haha, tapi takde lah tidur sampai lewat petang. Memadai dalam 1 jam camtu je. Pasal aku ada dengar kalau tidur sampai lewat petang tak bagus untuk otak.

Yang Kesepuluh

- Bosan lagi?? Aku pergi cari kertas, aku melukis. Pasal melukis ni pun sebahagian dari hobi aku. Apapun gambar yang aku rasakan cantik aku lukis. Baru puas hati heee.


# Semua diatas merupakan cara aku hilangkan rasa bosan. Takde pun sampai nak ambik benda yang bukan-bukan. Yang penting sekali banyakkan ingat pada Allah, automatik hati akan tenang. Yupss