Selasa, 8 Oktober 2013

Tutorial menukar saiz gambar secara offline


ASSALAMUALAIKUM

Saya pasti sudah tentu ada antara blogger-blogger di luar sana yang bila mana mahu kongsikan gambar-gambar melancong dan sebagainya ke blog melalui smartphone, tidak tahu cara mengecilkan gambar tersebut bukan.. Kecilkan gambar sebelum memuat naik ke ruangan entry amat penting sebab jikalau tidak berbuat sedemikian, pasti masa yang diambil untuk memuatkan sesebuah blog mengambil masa yang agak lama. 

So, harini saya akan kongsi cara mengecilkan gambar tanpa menggunakan apa-apa perisian. Kalau korang ada cara lain dan rasa cara tu lebih baik, teruskanlah. Entry ini buat sesiapa yang masih belum tahu dan masih mencari cara yang mudah dan pantas untuk mengubah saiz gambar supaya gambar yang bakal diletakkan di blog tidak mempengaruhi kadar kelajuan masuk ke blog engkorang.




Okay, pertama sekali, sudah pasti korang mesti pilih gambar yang korang nak kecilkan untuk di masukkan ke dalam blog. Teruskan ke langkah 2.



Pada langkah kedua ini, klik kanan pada tetikus anda dan pilih Open With - Microsoft Office Picture Manager. Terus ke langkah 3.



Dan di langkah ketiga ini, klik File, serta pilih Export. Satu ruangan akan muncul di sebelah kanan paparan komputer anda. Terus ke langkah 4.



Langkah terakhir, buangkan tanda pada Original file names dan namakan dengan nama yang lain. Kalau tak nak ubah nama gambar pun ok jugak. Lepastu, klik pada Export using this size dan pilih Document - Large (1024 x 768 px) , tekan Ok. Dah siap. tak percaya? Cuba korang tengok balik saiz gambar asal dengan gambar yang sebelum. Ada perbezaan tak. 


Harap tutorial ini membantu semua. Sekian, Terima Kasih.  :)










6 ulasan:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

ilmu baru untuk akak.. terima aksih zaki.. selalunya akak buat secara manual guna photoscape je..

Ida Syuhada berkata...

Ida pun sama gak ngan Kak Aiza, selalu guna photoscape, ataupun kalau di tablet ida crop guna easy photo.

Fais-SKA berkata...

tak pernah guna =) biasa kecilkn guna photoshop je..nway nice sharing bro

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

baru perasan..
*typo=kasih

Affy Afiqah berkata...

thanks for sharing, tak pernah pun tahu tips ni. Biasa ika tunggu jela berapa lama pun nak upload gambar kat blog hukhuk

Sekarang dah tahu, boleh guna.
Thanks again, perkongsian yang bermanfaat :)

anajingga berkata...

tq mr ZakiRasli..berkongsi ilmu disini..moga diberkatiNya usaha saudara..