Sabtu, 26 Oktober 2013

Transmisi automatik atau manual ?


ASSALAMUALAIKUM




   Tadi ada terbaca artikel mengenai transmisi automatik atau manual dalam Utusan Malaysia. Rasa tertarik pulak dengan artikel ni, terus aku taip laju-laju dalam entry kali ni. Muehehe

PERNAHKAH anda terfikir sama ada memandu kereta transmisi automatik atau manual, yang manakah lebih mudah dan selesa? Sesetengah pemilik kereta gemarkan kereta transmisi manual, malah ada juga dalam kalangan mereka yang lebih selesa memandu kereta transmisi automatik. Contohnya, memandu kereta transmisi manual memberikan kesukaran kepada pemandu di sekitar bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain yang jalan rayanya sering mengalami kesesakan. Ketika ini, tentu ramai yang akan beralih kepada kereta transmisi automatik kerana ia lebih mudah dikendalikan dan kurang memenatkan kaki.

Memandu kereta transmisi automatik sememangnya berbeza berbanding memandu kereta transmisi manual kerana pemandu tidak perlu mempelajari teknik mengawal klac dan menukar gear. Bagi mereka yang telah belajar memandu kereta transmisi manual dan mendapati agak susah untuk menguasai teknik pertukaran gear dan mengawal klac, kereta transmisi automatik adalah pilihannya. 

Bagaimanapun, operasi transmisi automatik dan fungsinya berbeza berbanding transmisi manual. Anda seharusnya tahu cara pengendaliannya sebelum bertukar daripada transmisi manual kepada pemanduan transmisi automatik.

Bagaimana mempelajari teknik pemanduan kereta transmisi automatik :

  1. Cari pemandu berpengalaman, seelok-eloknya guru sekolah memandu untuk mengajar anda.
  2. Sekiranya anda telah belajar cara memandu kereta transmisi manual, maklumkan pada guru yang ingin mengajar.
  3. Beritahu masalah yang anda hadapi. Seperti tidak tahu cara menukar gear dan lain-lain lagi.
  4. Duduk di sebelah guru memandu dan dengar penerangannya dengan jelas.
  5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di dalam kereta transmisi automatik iaitu pedal brek dan pedal minyak.
  6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan pedal, kaki kiri rehatkan di lantai.
  7. Perhatikan kedudukan gear. Berbeza daripada manual yang mempunyai lima gear dan gear 'R'. Transmisi automatik mempunyai beberapa pilihan iaitu 'P' untuk parkir, 'R' untuk gear undur, 'D' untuk memandu dan 'N' untuk neutral (digunakan sekiranya kereta perlu ditolak atau ditarik).
  8. Periksa kedudukan gear berada pada 'P'.
  9. Hidupkan enjin.
  10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan.
  11. Gerakkan gear daripada kedudukan 'P' ke kedudukan 'D'.
  12. Untuk keselamatan, lihat sekeliling, termasuk titik buta (blind spots) dalam keadaan brek tangan belum diturunkan.
  13. Sekiranya keadaan selamat, lepaskan brek tangan.
  14. Gunakan isyarat sekiranya ada kenderaan lain.
  15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan kereta akan mula bergerak ke hadapan.
  16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan kelajuan. Gerakkan gear daripada 'D' ke '3', '2', atau 'L' untuk mengawal kelajuan (tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, memotong, kesesakan lalu lintas atau hujan. Kereta akan bergerak kehadapan sebaik sahaja anda memilih ke 'D'. Pastikan kaki anda menekan brek sehingga anda benar-benar bersedia untuk bergerak.
 
Anda tidak perlu meletakkan kedudukan gear pada kedudukan neutral 'N' sekiranya berhenti di lampu isyarat. Tetapi sekiranya anda berhenti terlalu lama, bolehlah meletakkan gear pada kedudukan neutral. Memandu kereta transmisi automatik memberikan banyak masa untuk anda memerhatikan keadaan sekeliling jalan dan sebarang bahaya yang mungkin berlaku.


Teknik-teknik pemanduan kereta transmisi manual :

  1. Terdapat tiga pedal pada kereta transmisi manual. Pedalnya ialah (dari kiri) klac, brek dan minyak.
  2. Perhatikan pada tombol gear, kebanyakan kereta yang baru mempunyai tiga 'H', gear satu, tiga dan lima berada di atas. Manakala gear dua, empat dan gear undur berada di bawah. Di tengah garis 'H' ialah neutral.
  3. Pastikan brek tangan dalam keadaan tidak diturunkan dan kereta berada di atas jalan yang rata.
  4. Tekan pedal klac ke bawah dan gerak gear ke posisi neutral.
  5. Hidupkan enjin.
  6. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.
  7. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek tangan.
  8. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.
  9. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila anda mendengar bunyi enjin menjadi semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula bergerak ke hadapan.
  10. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 3,000 rpm, lepaskan pedal minyak sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan kemas.
  11. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan sambil menekan pedal minyak.
  12. Ulang proses pertukaran gear ini pada 3,000 rpm sehingga anda memandu pada kelajuan yang diinginkan dan selamat.
  13. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan. Tekan pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear rendah, lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan brek.
  14. Berhentikan kereta anda dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja kereta ingin berhenti.
  15. Gunakan langkah yang sama seperti di atas untuk mengundurkan kereta.

  Sama ada menggunakan transmisi manual atau automatik, anda masih perlu mempelajari teknik-teknik pemanduan yang berhemah, berwaspada dengan sebarang mungkin halangan di sekeliling dan peka terhadap papan tanda jalan dan isyarat-isyarat.


Sekian

# Sumber penuh dari akhbar Utusan Malaysia ruangan iklan.


18 ulasan:

Kin Naz berkata...

nice, saya lebih suka dengan auto daripada manual hehhe

Farah Waheda Wahid berkata...

dah bertahun drive auto, jadi pilihan hati tetap pada auto...

Norhasniza Khalid berkata...

mama lebih pada manual, haha.. auto rasa simple sangat, .. memang mama suka manual lah kalau diberi pilihan, hihi

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

akak memandu manual masa belajar dulu saja.. bermula dapat kereta hingga sekarang (dah 4 tahun) akak guna auto saja sebab jalan di KL ni selalu jam.. dapat manual boleh menangis la kot.. hehe.. terima kasih bagi panduan ini.. singgah isi 3-3 tabung lagi.. :D

Shiqin Sunshine berkata...

wahh perkongsian yang menarik...tak tahu pon sbnrnye bila nak guna gear auto 2,3,L tu...huhu... dah baca ni baru tau... ;) biasa bawak manual tapi tak pick up pon sbb jarang bawak...huhu...saya rempit je g mana2 hehe

Teena Tna berkata...

Baru jer dapat lesen P. time belajar memang bwk kereta manual, tp di rumah ada kereta auto. Bagi saya, manual ni best sbb baru lah adventure sikit. Auto rileks jer, Tapi ok sebab senang nak control.

Fais-SKA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fais-SKA berkata...

sy vote manual lagi =) tp utk sntai best automatik la, cuma thap maksimum kuasa xbleh pergi utk auto, he3 orang giler kuasa mmg pilih manual..kalau bleh 5 gear ckup..xplu bnyak2..jnji ratio betul

DiriKu berkata...

saya suka manual! sbb dari belajar sampai betul2 boleh drive manual je. then baru dapat rasa auto. senang sikit tpi manual tetap dihati XD

Cik Kechik berkata...

mase klas amek lesen, memang manual la..rase nak nangis gak la bile jmpe bukit..ni dah beli kereta amek yang auto..mmg x sentuh manual lgsg..tmbh dgn jem maha dahsyat kt sini..huu relax..

toko penjual ace maxs berkata...

wah keren banget , canggih

ikhwan yusuff berkata...

nice sharing..salam jumaat..

Kesuma Angsana berkata...

dah biasa bermanual sedikit kekok juga bila drive auto car hehehe

puteri kasih berkata...

kalau dibandingkan auto memang lebih mudah..tapi kalau dah biasa dengan manual agak kekok juga kalau nak bawa auto

Affy Afiqah berkata...

setakat ni pandai bawa auto je, manual tak reti haha
tapi tengah belajar2 bawa manual sebab nak ambil lesen nanti :)
lagipun mudah kalau kita tahu bawa dua2 transmission...in case kalau ada emergency n kat rumah ada kereta manual je, nak tak nak kena bawa juga kan...

Super Girl berkata...

deeya takde lesen lagi . tapi ada member tuu suka auto sebab cuma kena tekan minyak and handle stereng . tapi kalau member lelaki dorang prefer manual . katanya , macam pondan guna auto :3

Aefa Aerisya berkata...

aefa suke manual. auto bosan.. hehe

cikpuanhady berkata...

saya mesti pilih auto..hahaha