Sabtu, 19 Oktober 2013

Menghafal..


ASSALAMUALAIKUM


Baru-baru ni depatrment tempat aku kerja ni ada buat exam, pasal nak keja dalam bahagian ni mesti kena lalui exam ni dulu. Dan masalahnya, exam ni merupakan peperiksaan pengetahuan atau senang cerita yang memerlukan aku menghafal. Bab menghafal ni memang aku tak berapa berkenan tapi terpaksalah juga kan..

Hehe, memang jelas menunjukkan aku ni jenis tak suka nak menghafal. Ish,ish.. pasal tu lah kot aku tak pilih kerjaya jadi pelakon. Kalau lah aku jadi pelakon, mesti banyak scene kena bikin balik hahaha. Dari kecik lagi aku memang gini, aku ingat lagi waktu nak exam biasa-biasa, macam exam pertengahan tahun waktu sekolah dulu, bukan main susah lagi nak ingat perkara-perkara dalam buku teks tu. 

Kalau macam matematik tu kira ok lagi pasal tak perlu nak hafal apa-apa, tapi tak pernah nak dapat 100 peratus pun. Gagal pun banyak kali jugak. Habis, apa nak buat waktu sekolah dulu aku rasa pelajaran matematik ni macam tak boleh blah la, seronok tengok kawan-kawan aku yang asyik dapat A je dalam mata pelajaran ni. Tapi aku, cukup makan je la.

Balik pada bab menghafal tadi, pernah jugak la waktu aku tengah dok syok menghafal tu, tetiba fikiran melayang terigat cerita power rangers pulak dah. Tudia, pengaruh cerita tu punya la kuat sampai terngiang-ngiang dalam otak Wkwkwkwk. Tu waktu aku budak-budak dulu lah, waktu la, takdak dah haih nak tengok cerita power rangers ni. La ni dok melayan cerita ombak rindu ja. Tetiba tulis bahasa utara..

Sebab tu jugak lah aku suka melukis dengan menulis. Pasal kedua-duanya tidak memerlukan proses penghafalan. Dan kedua-dua benda ni perlukan kreativiti pula. Mungkin juga sebab aku ni kidal; yang mana menulis guna tangan kiri. Orang kata manusia yang "kidal" ni suka bab-bab kreatif. Entah la...









Tapi dalam tak suka menghafal ni, sebenarnya ada kebaikan juga. Antaranya, kita dapat memahami sekaligus dapat menajamkan akal fikiran dengan membaca perkataan yang perlu dihafal berulang kali. Selain itu, dengan menghafal kita dapat tahu setakat mana kebolehan kita dalam mengingati sesuatu perkara.

Bawah ni, aku senaraikan sedikit tips atau cara menghafal yang berkesan. (Mungkin laa)


  1. Kalau nak menghafal sesuatu, jangan baca dalam keadaan baring, duduk dan teruskan pembacaan dan penghafalan sehingga habis. Kalau dalam keadaan baring, confirm dalam masa 3 minit korang dah lena.
  2. Baca petikan yang perlu dihafal sebanyak kali yang korang boleh. Baca lah dalam 4 kali macam tu, dan korang akan dapati petikan yang perlu dihafal tu, dah boleh melekat dalam minda.
  3. Sebelum memulakan proses menghafal, baik pergi mandi dan pakai minyak wangi. Dengan cara ni, secara tak langsung semangat dan aura luar biasa untuk menghafal akan datang hehe.
  4. Jangan hafal benda sambil tengok t.v atau sambil tengok f.b. Nanti benda lain pulak yang korang hafal. Tapi, setahu aku ada juga orang yang boleh menghafal bahan bacaan sambil mendengar muzik. Tak mustahil tu, ikut keselesaan masing-masing lah.
  5. Makan makanan yang boleh menajamkan minda. Contoh; kismis, madu, kacang cerdik, dan sebagainya.
  6. Mulakan hafalan dengan doa dan lafaz BISMILLAH.
  7. Jangan paksa diri kalau dah tk boleh nak menghafal. Kalau dah sampai pukul 2,3 pagi korang masih lagi membaca, tapi mata dah mengantuk sangat tu tidur la dulu. Sambung balik kalau sempat.
  8. Ikut mood. Eh, menghafal ni pun kena ikut mood juga tau. Kalau tengah stress pun korang cuba menghafal, aku confirm memang tak masuk pun benda yang korang baca tu.
  9. Cari keadaan sekeliling yang tenang dan selesa untuk memulakan pembacaan. Kalau tengah shopping kompleks tu nak baca sambil menghafal, lupakan je lah. Update blog boleh la.
  10. Kalau nak menghafal tu, tak payah la fikirkan benda lain. Contohnya, sambil nak membaca korang teringat pasal drama kampung girl ke, filem kl gangster ke, memang tak jadi la proses menghafal kalau gituw~~

Oklah, Sekian.

#Selamat menghafal



17 ulasan:

ikhwan yusuff berkata...

bab menghafal okk tapi kalau nak menghafal biology tu mmg ssh sangat nk ing..:)

Norhasniza Khalid berkata...

teknik yang bagus ni dalam menhafal ni, boleh mama ubah suai sikit dan praktikkannya pada anak dara mama nih..

nana kamarul berkata...

Kalau I bab nak menghafal benda tak penting tu laju je. Tapi cuba bagi buku sejarah. Satu habuk tak ingat. Heheeee. ANyw, penah jugak dengar orang kidal ni kreatif. Padanlah kite tak kreatif -.- Heheee

Cik Mun berkata...

cantiknye lukisan..mun pun xsuka menghafal..mun jenis kena paham menda tu betul2..automatik menda tu mun ingat..

Mazni Munawar berkata...

thanks. berguna tips ni. boleh guna utk hafal fakta sejarah minggu depan :D #lawa lukisan

Teena Tna berkata...

Course yang saya ambil ni memang memerlukan penghafalan, nak/tak nak memang kena hafal. Serius nak termuntah kena ingat sume benda2 pasal ubat.
Btw, lawa pulak lukisan tu

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

setuju dengan semua tips ni adik.. akak dulu pun malas nak menghafal.. hihi.. tapi yang best orang lelaki ni diberikan kelebihan akal berbanding wanita.. wanita kena usaha lebih jika nak berjaya..
p.s: boleh pula ingat power rangers ya.. hihi..

Ayu Zan berkata...

zaki lukis ke tu? cantik woo. tp biasa org kata kidal ni memang kreatif..

Kesuma Angsana berkata...

tq for the tips yer, very gd one !& maaf lambat terjah balik, kebusyan dgn kerja & kesihatan Adik x mengizinkan lately !

Fais-SKA berkata...

ha3..ok =) nice tips..mghafal ni mmg mncabar..tp dalam stiap pmbelajaran pasti kena hafal..dah xboleh lari..cuma bila kita amalkn..ianya dh jd sng bt kita kn

Cik Kechik berkata...

good tips..tapi dulu time skolah kalau nak hapal pape mesti ade coklat 1 bar..cepat jek sume masuk dlm kpale..

ZakiRasli Blogz berkata...

@Ayu Zan: Ye kak.. hehe, cantik ke? biasa je tu. tgk mcm lukisan bdk2x je. wakaka

Shiqin Sunshine berkata...

yang penting kefahamn tu kan...hehe barulah senang nak hafal dan boleh aplikasi dlm hidup...kalau hafal membuta tuli tanpa tau makna disebalik ayat pon rugi jugak...

ilmu yang dimanfaatkan dalam kehidupn tu yg akan stay dgn kita sampai mati... =)

obat herbal penyakit berkata...

semangat yah

cara mengobati kelenjar tiroid berkata...

moga berhasil

obat diabetes kering berkata...

nice share

Affy Afiqah berkata...

perkongsian yang menarik daripada zaki :)
menghafal ni kadang-kadang memang susah, ambil masa, lagipun lain orang lain kelebihannya, bukan semua orang kelebihannya pada menghafal je, otak kita terbahagi kepada dua, kanan dan kiri, dan banyak sangat kelebihan lain yang kita boleh explore dalam diri :)
melukis pun salah satu kelebihan otak juga ;)