Ahad, 13 Oktober 2013

Info Teknologi Maklumat #8 : Tips kesejahteraan komputer


ASSALAMUALAIKUM


Pejam celik, pejam celik sekejap je kan masa berlalu. Lusa dah nak menyambut raya aidiladha/haji. Jadi kepada yang mula bertolak pulang ke kampung tu, pandu elok-elok dan banyakkan bersabar sepanjang perjalanan. Kalau boleh cegah kemalangan dari berlaku.

Untuk entry hari ni pula, aku nak tulis dan kongsi mengenai cara yang disarankan agar komputer yang kita gunakan boleh bertahan lama. Tak lah sekejap je guna dah rosak, bukan murah nak dapat benda ni.. jadi, hargailah ia tak kira la, orang hadiah atau beli sendiri. Nilainya tetap sama ok.


Nombor Satu

Gunakan komputer anda secara berkala atau berjadual.

- Yang ni untuk korang yang rajin nak buat jadual la. Untuk yang malas, tak payah ikut hoho.. Gunakan komputer secara berjadual dapat menjimatkan bil elektrik yang semakin meningkat dewasa ini heee. Selain tu, takde lah korang nak menghadap je benda alah ni 24 jam, tak penat ke?? Contoh jadual yang boleh dibuat, gunakan komputer hanya selama setengah jam, rehat dalam 5 jam macam tu, lepastu sambung balik atau gunakan hanya pada hari tertentu sahaja.

Nombor Dua

Caj bateri laptop anda hanya pabila ianya sudah kehabisan bateri.

- Jangan bateri masih tinggal 40 peratus, korang dah cas balik. Boleh rosak tau bateri kalau buat macam ini. Dan bila dah habis bateri tu dan nak cas semula, tunggulah hingga penuh bateri laptop anda baru gunakan. Jangan gunakan laptop waktu sedang dicas, kalau buat macam tu, dalam 2-3 kali dah boleh rosak bateri korang. Nak ganti pun mahal gak bateri laptop ni. Bukan macam harga bateri telefon bimbit.

Nombor Tiga

Jarakkan kedudukan anda dari komputer atau laptop.

- Perkara ni penting. Sama lah macam tengok televisyen pun. Korang disaran menjarakkan pandangan dari komputer dalam jarak 40-70 cm. Selalu aku tengok kalau budak-budak yang main game kat komputer Cyber Cafe tu, macam dah nak masuk dalam komputer tu dah jarak dia.. Dah kenapa kan. Tengok gambar bawah ni, macam ni lah cara jarakkan diri dengan komputer.


Nombor Empat

Jangan gunakan komputer/laptop semasa cuaca tidak baik.

- Maksud di sini, kalau kat luar tu cuaca hujan punyalah lebat sambil guruh berdentum, janganlah dok main lagi dengan laptop tu. Tutup sekejap la sampai cuaca beransur baik. Banyak dah kes yang berlaku yang menyebabkan komputer/laptop rosak. Dan bila ditanya, kata kena kilat. Karlau dah rosak kena kilat tu, pergi beli laptop lain lah.. Kalau nak repair pun, mahal juga.

Nombor Lima

Gunakan komputer di tempat yang terbuka.

- Kenapa aku tulis macam ni? Pasal kalau korang gunakan komputer di tempat sempit atau gelap, habuk mudah masuk ke dalam bahagian komputer. Habuk pun boleh sebabkan kerosakan komputer/laptop jugak. Lagi satu, jangan gunakan laptop atas katil atau atas riba korang. Tau lah nama yang disebut komputer riba, tapi, kalau korang buat macam tu haba akan terperangkap dalam laptop korang dan akan sebabkan kepanasan pada laptop korang.

Nombor Enam

Layari laman web yang berfaedah atau berguna.

- Dah ada komputer dan ada internet, baru syok kan. Suka, suka juga, tapi jangan lah bila ada internet tu tengok benda yang mengarut. Contoh laman web mengarut, tak payah cakap la, korang pun tentu dah sedia maklum kan. Susah sangat, tengok je blog aku ni. 24 jam pun tak pe, aku tak marah punya. Hehe.

Nombor Tujuh

Gunakan kipas tambahan pada laptop.

- Kipas tambahan yang aku maksudkan adalah kipas yang berada di bawah laptop tu. Bukan stand fan tu ye. Hahaha.Tak mahal pun cooler fan ni, dalam RM 30 macam tu dah boleh dapat. Dengan gunakan kipas ni, laptop korang pun sejuk, dalam kata lain dapat mengeluarkan haba dengan lebih cepat dan berkesan.

Nombor Lapan

Shutdown (tutup) komputer/laptop dengan cara betul.

- Jangan main tekan je butang off tu lama-lama kalau lambat proses shutdown tu. Kalau sekali korang buat macam ni, takpe kalau berkali-kali,jawapnya memang rosak terus la komputer korang tuh. Kalau lambat proses shutdown tu mesti ada yang tidak kena dengan komputer korang tu. So, aku sarankan korang bawak je pergi kedai komputer. Suruh juruteknik kat situ tolong tengokkan.

Nombor Sembilan

Jauhkan makanan dan minuman dari persekitaran laptop.

- Begitu juga dengan komputer korang. Nak minum atau makan kat dapur, kalau nak berhadapan dengan komputer jangan makan atau minum. Nanti tak pasal-pasal penuh semut masuk dalam laptop korang tu. Kalau tengok T.V tu sambil nak makan tak pe la.

Nombor Sepuluh

Scan pendrive sebelum digunakan pada komputer.

- Dengan cara ini, akan dapat mengelakkan komputer korang dari dimasuki virus jahat dan seangkatan dengannya. Bahaya tu kalau virus dah membiak dalam komputer ni. Kalau bolehlah, scan la terlebih dulu pendrive tu sebelum diguna. Selalu tak ambil masa yang lama pun, kecuali kalau dalam pendrive tu ada macam-macam fail dengan saiz yang besar. Tu aku tak boleh kata apa la kan...


Sekian untuk 10 tips ni.. harap dapat jadikan panduan buat semua :)


#Salam Aidiladha, semoga semua pengorbanan yang dibuat berbaloi dan mendapat ganjaran yang diberkati.


8 ulasan:

Affy Afiqah berkata...

tips 1 tak amalkan
tips 2 pun tak amalkan, kadang-kadang charger 24jam melekat kat lappy --'
tips 3 memang jarakkan tapi tak kira pulak berapa cm haha
tips 4 amalkan sangat-sangat, kalau guruh hujan lebat memang off lappy plug semua cabut
tips 5 amalkan
tips 6 memang tak berminat nak buka benda tak berfaedah
tips 7 guna kipas tambahan tapi sekarang tak sebab kipas tu baru sahaja menemui ajalnya (dah tak berfungsi) huhu
tips 8 kadang-kadang bila laptop jammed/hang, terus cabut batery hukhuk
tips 9 selalu makan minum time hadap laptop --'
tips 10 amalkan sebab taknak lappy kena virus

apa pun, perkongsian yang bagus ni

ikhwan yusuff berkata...

good sharing!

Teena Tna berkata...

Oh, kalau tengah charge kita guna jugak cepat Rosak ea. sy slalu guna time tengah charge.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

terima kasih atas perkongsian berguna.. jarang-jarang akak praktikkan tips tu zaki..

ZakiRasli Blogz berkata...

@Teena Tna: Yup, psal saya sndiri yg prnah alami. Caj laptop sambil guna, tak sampai stngah bln guna dh rosak bateri dia.. kui kui

Mawardi Yunus berkata...

Gud info bro. thanks for sharing. apapon Selamat hari raya haji buat tuan blog :)

anamizu berkata...

ms laptop 1st dulu mmg jns dok on charger manjang je jugak.. tp bile dah ade pengalaman bateri cpt rosak, pstu dah x buat dah hehe

Fais-SKA berkata...

nice tips =) ada yg ambe amalkn..ada yg x..bab melayan lptop tu..rsanya mta ni dah silau plak..hm bhya btol..kalau bleh xnk la pakai spek