Jumaat, 4 Oktober 2013

Habis Orientasi.


ASSALAMUALAIKUM





Alhamdulillah, habis sudah minggu orientasi yang berlangsung selama 4 hari bermula hari selasa yang lepas. Aku bukan habis orientasi untuk belajar, tapi untuk kerja. Tudiaa.. untuk kerja pun kena orientasi jugak la ni. Syukur sebab aku terpilih untuk berkerja di Toyo Tires Malaysia (TTM) yang berlokasi di kamunting, perak ni. Kerja baru la pulak...

Bukan sesaja aku nak main tukar-tukar kerja ni, tapi dah dapat peluang kerja di syarikat antarabangsa ni takkan nak lepaskan pulak kan. No way, at least i must try it first.. Banyak pengalaman dan ilmu yang boleh "ditimba" dalam syarikat Toyo Tires nih. Aku takkan lepaskan peluang ni macam tu je....

Kebiasaan, orientasi ni dibuat selama 5 hari dari isnin hingga jumaat, tapi disebabkan isnin lalu masih dalam bulan sembilan, so mula hari selasa lah. Dan untuk pengetahuan, untuk berkerja di Toyo Tires ni; mereka memerlukan pekerja yang mempunyai pendidikan dari sijil kemahiran malaysia hinggalah ke ijazah dan ke atas. Makna, syarikat ni perlukan tenaga kerja mahir. Maklum lah syarikat ni syarikat dari usahawan jepun.

Dalam 4 hari orientasi, macam-macam jugak yang aku peroleh. Antaranya, pengetahuan mengenai kepentingan safety, mengenai amalan 5S dan pelbagai lagi. Yang paling penting, setiap kelas yang diadakan penuh isi kandungan yang mantap dan paling penting tak membosankan.

Yang best jugak tapi mencabar antaranya adalah kami semua perlu buat senaman yang dinamakan senaman taisho yang diasaskan oleh warga jepun. Susah juga lah nak hafal senaman ni. Habis sakit-sakit sendi hilang tau kalau buat senaman ni.. Hahaa   kalau nak tengok boleh ke sini :- Taisho Exercise 
Nak tau maklumat lanjut lihat sini pula :- MORNING RADIO WORKOUT



Lepas ni bermula lah cabaran baru bagi kerjaya yang baru bagi aku. Harapan, seperti biasa agar ditabahkan hati dan dikuatkan diri serta minda untuk terus bertahan dalam syarikat Toyo Tires Malaysia yang penuh dengan cabaran dan dugaan kerja yang mungkin sangat mencabar,  cewwwahhh...

Ok, sampai sini coret kali ini, sampai jumpa lagi lain waktu. Adios.!

The Friends

#Masalah tidak penting, yang penting cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

7 ulasan:

Amin A. R berkata...

Kita muda lagi. Jangan setia dengan 1 tempat kerja. Kalau ada peluang yg lebih baik, tak salah melompat. Dari situ, kita ada pengalaman, walau tak banyak, sikit pun jadi. So gudluck dengan kerja baru :)

Affy Afiqah berkata...

Semoga berjaya di tempat baru :)

Tunang ika pun bekerja dibawah syarikat Jepun, tapi untuk Honda Malaysia, alhamdulillah rezeki murah walaupun hanya junior engineer sahaja.

Katanya kena mula belajar bahasa jepun sebab boss dari jepun majority tak speaking, marah pun dalam bahasa jepun, haha. Peluang untuk naik pangkat pun besar, dihantar kursus ke India atau Jepun etc etc.

Banyak juga kelebihan, jadi semoga tabah ya :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

tahniah dapat kerja lebih baik.. semoga success selalu.. kalau ada masalah tayar boleh akak bertanya pada zaki lepas ni.. akak singgah isi 2 tabung.. 1 lagi tidur..

Sukma Haron berkata...

salam perkenalan....
teringat masa keje kilang matsushita dulu setiap pagi ada senaman...best boleh longgarkan urat dan hilangkan mengantuk.....

Marou Apple Hijau berkata...

selamat bekerja.. harap2 kekal lama kat tempat kerja lama. BBL isi sekali tabung nuff zaki.

recent post : Semangat Header & Logo Baru

S.K.A berkata...

menarik =) bab cri pgalaman tu stuju sgt..ambe pn dah bnyak tmpat bekerja..tp xleh la acik nk tmpat bru jekn ho3..nti suggest kt pihak toyo tires bt tayar utk f1 plak

casablander berkata...

semoga sentiasa sukses.. he he