Sabtu, 26 Oktober 2013

Transmisi automatik atau manual ?


ASSALAMUALAIKUM




   Tadi ada terbaca artikel mengenai transmisi automatik atau manual dalam Utusan Malaysia. Rasa tertarik pulak dengan artikel ni, terus aku taip laju-laju dalam entry kali ni. Muehehe

PERNAHKAH anda terfikir sama ada memandu kereta transmisi automatik atau manual, yang manakah lebih mudah dan selesa? Sesetengah pemilik kereta gemarkan kereta transmisi manual, malah ada juga dalam kalangan mereka yang lebih selesa memandu kereta transmisi automatik. Contohnya, memandu kereta transmisi manual memberikan kesukaran kepada pemandu di sekitar bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain yang jalan rayanya sering mengalami kesesakan. Ketika ini, tentu ramai yang akan beralih kepada kereta transmisi automatik kerana ia lebih mudah dikendalikan dan kurang memenatkan kaki.

Memandu kereta transmisi automatik sememangnya berbeza berbanding memandu kereta transmisi manual kerana pemandu tidak perlu mempelajari teknik mengawal klac dan menukar gear. Bagi mereka yang telah belajar memandu kereta transmisi manual dan mendapati agak susah untuk menguasai teknik pertukaran gear dan mengawal klac, kereta transmisi automatik adalah pilihannya. 

Bagaimanapun, operasi transmisi automatik dan fungsinya berbeza berbanding transmisi manual. Anda seharusnya tahu cara pengendaliannya sebelum bertukar daripada transmisi manual kepada pemanduan transmisi automatik.

Bagaimana mempelajari teknik pemanduan kereta transmisi automatik :

  1. Cari pemandu berpengalaman, seelok-eloknya guru sekolah memandu untuk mengajar anda.
  2. Sekiranya anda telah belajar cara memandu kereta transmisi manual, maklumkan pada guru yang ingin mengajar.
  3. Beritahu masalah yang anda hadapi. Seperti tidak tahu cara menukar gear dan lain-lain lagi.
  4. Duduk di sebelah guru memandu dan dengar penerangannya dengan jelas.
  5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di dalam kereta transmisi automatik iaitu pedal brek dan pedal minyak.
  6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan pedal, kaki kiri rehatkan di lantai.
  7. Perhatikan kedudukan gear. Berbeza daripada manual yang mempunyai lima gear dan gear 'R'. Transmisi automatik mempunyai beberapa pilihan iaitu 'P' untuk parkir, 'R' untuk gear undur, 'D' untuk memandu dan 'N' untuk neutral (digunakan sekiranya kereta perlu ditolak atau ditarik).
  8. Periksa kedudukan gear berada pada 'P'.
  9. Hidupkan enjin.
  10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan.
  11. Gerakkan gear daripada kedudukan 'P' ke kedudukan 'D'.
  12. Untuk keselamatan, lihat sekeliling, termasuk titik buta (blind spots) dalam keadaan brek tangan belum diturunkan.
  13. Sekiranya keadaan selamat, lepaskan brek tangan.
  14. Gunakan isyarat sekiranya ada kenderaan lain.
  15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan kereta akan mula bergerak ke hadapan.
  16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan kelajuan. Gerakkan gear daripada 'D' ke '3', '2', atau 'L' untuk mengawal kelajuan (tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, memotong, kesesakan lalu lintas atau hujan. Kereta akan bergerak kehadapan sebaik sahaja anda memilih ke 'D'. Pastikan kaki anda menekan brek sehingga anda benar-benar bersedia untuk bergerak.
 
Anda tidak perlu meletakkan kedudukan gear pada kedudukan neutral 'N' sekiranya berhenti di lampu isyarat. Tetapi sekiranya anda berhenti terlalu lama, bolehlah meletakkan gear pada kedudukan neutral. Memandu kereta transmisi automatik memberikan banyak masa untuk anda memerhatikan keadaan sekeliling jalan dan sebarang bahaya yang mungkin berlaku.


Teknik-teknik pemanduan kereta transmisi manual :

  1. Terdapat tiga pedal pada kereta transmisi manual. Pedalnya ialah (dari kiri) klac, brek dan minyak.
  2. Perhatikan pada tombol gear, kebanyakan kereta yang baru mempunyai tiga 'H', gear satu, tiga dan lima berada di atas. Manakala gear dua, empat dan gear undur berada di bawah. Di tengah garis 'H' ialah neutral.
  3. Pastikan brek tangan dalam keadaan tidak diturunkan dan kereta berada di atas jalan yang rata.
  4. Tekan pedal klac ke bawah dan gerak gear ke posisi neutral.
  5. Hidupkan enjin.
  6. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.
  7. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek tangan.
  8. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.
  9. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila anda mendengar bunyi enjin menjadi semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula bergerak ke hadapan.
  10. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 3,000 rpm, lepaskan pedal minyak sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan kemas.
  11. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan sambil menekan pedal minyak.
  12. Ulang proses pertukaran gear ini pada 3,000 rpm sehingga anda memandu pada kelajuan yang diinginkan dan selamat.
  13. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan. Tekan pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear rendah, lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan brek.
  14. Berhentikan kereta anda dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja kereta ingin berhenti.
  15. Gunakan langkah yang sama seperti di atas untuk mengundurkan kereta.

  Sama ada menggunakan transmisi manual atau automatik, anda masih perlu mempelajari teknik-teknik pemanduan yang berhemah, berwaspada dengan sebarang mungkin halangan di sekeliling dan peka terhadap papan tanda jalan dan isyarat-isyarat.


Sekian

# Sumber penuh dari akhbar Utusan Malaysia ruangan iklan.


Sabtu, 19 Oktober 2013

Menghafal..


ASSALAMUALAIKUM


Baru-baru ni depatrment tempat aku kerja ni ada buat exam, pasal nak keja dalam bahagian ni mesti kena lalui exam ni dulu. Dan masalahnya, exam ni merupakan peperiksaan pengetahuan atau senang cerita yang memerlukan aku menghafal. Bab menghafal ni memang aku tak berapa berkenan tapi terpaksalah juga kan..

Hehe, memang jelas menunjukkan aku ni jenis tak suka nak menghafal. Ish,ish.. pasal tu lah kot aku tak pilih kerjaya jadi pelakon. Kalau lah aku jadi pelakon, mesti banyak scene kena bikin balik hahaha. Dari kecik lagi aku memang gini, aku ingat lagi waktu nak exam biasa-biasa, macam exam pertengahan tahun waktu sekolah dulu, bukan main susah lagi nak ingat perkara-perkara dalam buku teks tu. 

Kalau macam matematik tu kira ok lagi pasal tak perlu nak hafal apa-apa, tapi tak pernah nak dapat 100 peratus pun. Gagal pun banyak kali jugak. Habis, apa nak buat waktu sekolah dulu aku rasa pelajaran matematik ni macam tak boleh blah la, seronok tengok kawan-kawan aku yang asyik dapat A je dalam mata pelajaran ni. Tapi aku, cukup makan je la.

Balik pada bab menghafal tadi, pernah jugak la waktu aku tengah dok syok menghafal tu, tetiba fikiran melayang terigat cerita power rangers pulak dah. Tudia, pengaruh cerita tu punya la kuat sampai terngiang-ngiang dalam otak Wkwkwkwk. Tu waktu aku budak-budak dulu lah, waktu la, takdak dah haih nak tengok cerita power rangers ni. La ni dok melayan cerita ombak rindu ja. Tetiba tulis bahasa utara..

Sebab tu jugak lah aku suka melukis dengan menulis. Pasal kedua-duanya tidak memerlukan proses penghafalan. Dan kedua-dua benda ni perlukan kreativiti pula. Mungkin juga sebab aku ni kidal; yang mana menulis guna tangan kiri. Orang kata manusia yang "kidal" ni suka bab-bab kreatif. Entah la...









Tapi dalam tak suka menghafal ni, sebenarnya ada kebaikan juga. Antaranya, kita dapat memahami sekaligus dapat menajamkan akal fikiran dengan membaca perkataan yang perlu dihafal berulang kali. Selain itu, dengan menghafal kita dapat tahu setakat mana kebolehan kita dalam mengingati sesuatu perkara.

Bawah ni, aku senaraikan sedikit tips atau cara menghafal yang berkesan. (Mungkin laa)


  1. Kalau nak menghafal sesuatu, jangan baca dalam keadaan baring, duduk dan teruskan pembacaan dan penghafalan sehingga habis. Kalau dalam keadaan baring, confirm dalam masa 3 minit korang dah lena.
  2. Baca petikan yang perlu dihafal sebanyak kali yang korang boleh. Baca lah dalam 4 kali macam tu, dan korang akan dapati petikan yang perlu dihafal tu, dah boleh melekat dalam minda.
  3. Sebelum memulakan proses menghafal, baik pergi mandi dan pakai minyak wangi. Dengan cara ni, secara tak langsung semangat dan aura luar biasa untuk menghafal akan datang hehe.
  4. Jangan hafal benda sambil tengok t.v atau sambil tengok f.b. Nanti benda lain pulak yang korang hafal. Tapi, setahu aku ada juga orang yang boleh menghafal bahan bacaan sambil mendengar muzik. Tak mustahil tu, ikut keselesaan masing-masing lah.
  5. Makan makanan yang boleh menajamkan minda. Contoh; kismis, madu, kacang cerdik, dan sebagainya.
  6. Mulakan hafalan dengan doa dan lafaz BISMILLAH.
  7. Jangan paksa diri kalau dah tk boleh nak menghafal. Kalau dah sampai pukul 2,3 pagi korang masih lagi membaca, tapi mata dah mengantuk sangat tu tidur la dulu. Sambung balik kalau sempat.
  8. Ikut mood. Eh, menghafal ni pun kena ikut mood juga tau. Kalau tengah stress pun korang cuba menghafal, aku confirm memang tak masuk pun benda yang korang baca tu.
  9. Cari keadaan sekeliling yang tenang dan selesa untuk memulakan pembacaan. Kalau tengah shopping kompleks tu nak baca sambil menghafal, lupakan je lah. Update blog boleh la.
  10. Kalau nak menghafal tu, tak payah la fikirkan benda lain. Contohnya, sambil nak membaca korang teringat pasal drama kampung girl ke, filem kl gangster ke, memang tak jadi la proses menghafal kalau gituw~~

Oklah, Sekian.

#Selamat menghafal



Ahad, 13 Oktober 2013

Info Teknologi Maklumat #8 : Tips kesejahteraan komputer


ASSALAMUALAIKUM


Pejam celik, pejam celik sekejap je kan masa berlalu. Lusa dah nak menyambut raya aidiladha/haji. Jadi kepada yang mula bertolak pulang ke kampung tu, pandu elok-elok dan banyakkan bersabar sepanjang perjalanan. Kalau boleh cegah kemalangan dari berlaku.

Untuk entry hari ni pula, aku nak tulis dan kongsi mengenai cara yang disarankan agar komputer yang kita gunakan boleh bertahan lama. Tak lah sekejap je guna dah rosak, bukan murah nak dapat benda ni.. jadi, hargailah ia tak kira la, orang hadiah atau beli sendiri. Nilainya tetap sama ok.


Nombor Satu

Gunakan komputer anda secara berkala atau berjadual.

- Yang ni untuk korang yang rajin nak buat jadual la. Untuk yang malas, tak payah ikut hoho.. Gunakan komputer secara berjadual dapat menjimatkan bil elektrik yang semakin meningkat dewasa ini heee. Selain tu, takde lah korang nak menghadap je benda alah ni 24 jam, tak penat ke?? Contoh jadual yang boleh dibuat, gunakan komputer hanya selama setengah jam, rehat dalam 5 jam macam tu, lepastu sambung balik atau gunakan hanya pada hari tertentu sahaja.

Nombor Dua

Caj bateri laptop anda hanya pabila ianya sudah kehabisan bateri.

- Jangan bateri masih tinggal 40 peratus, korang dah cas balik. Boleh rosak tau bateri kalau buat macam ini. Dan bila dah habis bateri tu dan nak cas semula, tunggulah hingga penuh bateri laptop anda baru gunakan. Jangan gunakan laptop waktu sedang dicas, kalau buat macam tu, dalam 2-3 kali dah boleh rosak bateri korang. Nak ganti pun mahal gak bateri laptop ni. Bukan macam harga bateri telefon bimbit.

Nombor Tiga

Jarakkan kedudukan anda dari komputer atau laptop.

- Perkara ni penting. Sama lah macam tengok televisyen pun. Korang disaran menjarakkan pandangan dari komputer dalam jarak 40-70 cm. Selalu aku tengok kalau budak-budak yang main game kat komputer Cyber Cafe tu, macam dah nak masuk dalam komputer tu dah jarak dia.. Dah kenapa kan. Tengok gambar bawah ni, macam ni lah cara jarakkan diri dengan komputer.


Nombor Empat

Jangan gunakan komputer/laptop semasa cuaca tidak baik.

- Maksud di sini, kalau kat luar tu cuaca hujan punyalah lebat sambil guruh berdentum, janganlah dok main lagi dengan laptop tu. Tutup sekejap la sampai cuaca beransur baik. Banyak dah kes yang berlaku yang menyebabkan komputer/laptop rosak. Dan bila ditanya, kata kena kilat. Karlau dah rosak kena kilat tu, pergi beli laptop lain lah.. Kalau nak repair pun, mahal juga.

Nombor Lima

Gunakan komputer di tempat yang terbuka.

- Kenapa aku tulis macam ni? Pasal kalau korang gunakan komputer di tempat sempit atau gelap, habuk mudah masuk ke dalam bahagian komputer. Habuk pun boleh sebabkan kerosakan komputer/laptop jugak. Lagi satu, jangan gunakan laptop atas katil atau atas riba korang. Tau lah nama yang disebut komputer riba, tapi, kalau korang buat macam tu haba akan terperangkap dalam laptop korang dan akan sebabkan kepanasan pada laptop korang.

Nombor Enam

Layari laman web yang berfaedah atau berguna.

- Dah ada komputer dan ada internet, baru syok kan. Suka, suka juga, tapi jangan lah bila ada internet tu tengok benda yang mengarut. Contoh laman web mengarut, tak payah cakap la, korang pun tentu dah sedia maklum kan. Susah sangat, tengok je blog aku ni. 24 jam pun tak pe, aku tak marah punya. Hehe.

Nombor Tujuh

Gunakan kipas tambahan pada laptop.

- Kipas tambahan yang aku maksudkan adalah kipas yang berada di bawah laptop tu. Bukan stand fan tu ye. Hahaha.Tak mahal pun cooler fan ni, dalam RM 30 macam tu dah boleh dapat. Dengan gunakan kipas ni, laptop korang pun sejuk, dalam kata lain dapat mengeluarkan haba dengan lebih cepat dan berkesan.

Nombor Lapan

Shutdown (tutup) komputer/laptop dengan cara betul.

- Jangan main tekan je butang off tu lama-lama kalau lambat proses shutdown tu. Kalau sekali korang buat macam ni, takpe kalau berkali-kali,jawapnya memang rosak terus la komputer korang tuh. Kalau lambat proses shutdown tu mesti ada yang tidak kena dengan komputer korang tu. So, aku sarankan korang bawak je pergi kedai komputer. Suruh juruteknik kat situ tolong tengokkan.

Nombor Sembilan

Jauhkan makanan dan minuman dari persekitaran laptop.

- Begitu juga dengan komputer korang. Nak minum atau makan kat dapur, kalau nak berhadapan dengan komputer jangan makan atau minum. Nanti tak pasal-pasal penuh semut masuk dalam laptop korang tu. Kalau tengok T.V tu sambil nak makan tak pe la.

Nombor Sepuluh

Scan pendrive sebelum digunakan pada komputer.

- Dengan cara ini, akan dapat mengelakkan komputer korang dari dimasuki virus jahat dan seangkatan dengannya. Bahaya tu kalau virus dah membiak dalam komputer ni. Kalau bolehlah, scan la terlebih dulu pendrive tu sebelum diguna. Selalu tak ambil masa yang lama pun, kecuali kalau dalam pendrive tu ada macam-macam fail dengan saiz yang besar. Tu aku tak boleh kata apa la kan...


Sekian untuk 10 tips ni.. harap dapat jadikan panduan buat semua :)


#Salam Aidiladha, semoga semua pengorbanan yang dibuat berbaloi dan mendapat ganjaran yang diberkati.


Sabtu, 12 Oktober 2013

Key Chain Giveaway by Ikhwan Yusuff


ASSALAMUALAIKUM

KLIK BANNER


RULES & REGULATIONS

1)Pastikan korang buat aku post bertajuk "Key Chain Giveaway by Ikhwan Yusuff"
2)Copy gambar kat atas dan backlink pada post ini.Pastikan backlink okay.
3)Follow blog IKHWAN YUSUFF FATIN WAWA.Compulsory to all of you.
4)Add google+ IKHWAN YUSUFF & FATIN WAWA
5)Giveaway akan terbatal sekiranya penyertaan kurang daripada 25 orang.

Seramai 10 orang pemenang dicari.Pemenang akan ditentukan sendiri oleh penganjur.
Key chain datang dari Terengganu,Perak dan Melaka.
Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Selasa, 8 Oktober 2013

Tutorial menukar saiz gambar secara offline


ASSALAMUALAIKUM

Saya pasti sudah tentu ada antara blogger-blogger di luar sana yang bila mana mahu kongsikan gambar-gambar melancong dan sebagainya ke blog melalui smartphone, tidak tahu cara mengecilkan gambar tersebut bukan.. Kecilkan gambar sebelum memuat naik ke ruangan entry amat penting sebab jikalau tidak berbuat sedemikian, pasti masa yang diambil untuk memuatkan sesebuah blog mengambil masa yang agak lama. 

So, harini saya akan kongsi cara mengecilkan gambar tanpa menggunakan apa-apa perisian. Kalau korang ada cara lain dan rasa cara tu lebih baik, teruskanlah. Entry ini buat sesiapa yang masih belum tahu dan masih mencari cara yang mudah dan pantas untuk mengubah saiz gambar supaya gambar yang bakal diletakkan di blog tidak mempengaruhi kadar kelajuan masuk ke blog engkorang.




Okay, pertama sekali, sudah pasti korang mesti pilih gambar yang korang nak kecilkan untuk di masukkan ke dalam blog. Teruskan ke langkah 2.



Pada langkah kedua ini, klik kanan pada tetikus anda dan pilih Open With - Microsoft Office Picture Manager. Terus ke langkah 3.



Dan di langkah ketiga ini, klik File, serta pilih Export. Satu ruangan akan muncul di sebelah kanan paparan komputer anda. Terus ke langkah 4.



Langkah terakhir, buangkan tanda pada Original file names dan namakan dengan nama yang lain. Kalau tak nak ubah nama gambar pun ok jugak. Lepastu, klik pada Export using this size dan pilih Document - Large (1024 x 768 px) , tekan Ok. Dah siap. tak percaya? Cuba korang tengok balik saiz gambar asal dengan gambar yang sebelum. Ada perbezaan tak. 


Harap tutorial ini membantu semua. Sekian, Terima Kasih.  :)










Jumaat, 4 Oktober 2013

Habis Orientasi.


ASSALAMUALAIKUM





Alhamdulillah, habis sudah minggu orientasi yang berlangsung selama 4 hari bermula hari selasa yang lepas. Aku bukan habis orientasi untuk belajar, tapi untuk kerja. Tudiaa.. untuk kerja pun kena orientasi jugak la ni. Syukur sebab aku terpilih untuk berkerja di Toyo Tires Malaysia (TTM) yang berlokasi di kamunting, perak ni. Kerja baru la pulak...

Bukan sesaja aku nak main tukar-tukar kerja ni, tapi dah dapat peluang kerja di syarikat antarabangsa ni takkan nak lepaskan pulak kan. No way, at least i must try it first.. Banyak pengalaman dan ilmu yang boleh "ditimba" dalam syarikat Toyo Tires nih. Aku takkan lepaskan peluang ni macam tu je....

Kebiasaan, orientasi ni dibuat selama 5 hari dari isnin hingga jumaat, tapi disebabkan isnin lalu masih dalam bulan sembilan, so mula hari selasa lah. Dan untuk pengetahuan, untuk berkerja di Toyo Tires ni; mereka memerlukan pekerja yang mempunyai pendidikan dari sijil kemahiran malaysia hinggalah ke ijazah dan ke atas. Makna, syarikat ni perlukan tenaga kerja mahir. Maklum lah syarikat ni syarikat dari usahawan jepun.

Dalam 4 hari orientasi, macam-macam jugak yang aku peroleh. Antaranya, pengetahuan mengenai kepentingan safety, mengenai amalan 5S dan pelbagai lagi. Yang paling penting, setiap kelas yang diadakan penuh isi kandungan yang mantap dan paling penting tak membosankan.

Yang best jugak tapi mencabar antaranya adalah kami semua perlu buat senaman yang dinamakan senaman taisho yang diasaskan oleh warga jepun. Susah juga lah nak hafal senaman ni. Habis sakit-sakit sendi hilang tau kalau buat senaman ni.. Hahaa   kalau nak tengok boleh ke sini :- Taisho Exercise 
Nak tau maklumat lanjut lihat sini pula :- MORNING RADIO WORKOUT



Lepas ni bermula lah cabaran baru bagi kerjaya yang baru bagi aku. Harapan, seperti biasa agar ditabahkan hati dan dikuatkan diri serta minda untuk terus bertahan dalam syarikat Toyo Tires Malaysia yang penuh dengan cabaran dan dugaan kerja yang mungkin sangat mencabar,  cewwwahhh...

Ok, sampai sini coret kali ini, sampai jumpa lagi lain waktu. Adios.!

The Friends

#Masalah tidak penting, yang penting cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.