Selasa, 10 September 2013

Tips menambah berat badan a.k.a Gemok !


ASSALAMUALAIKUM


"Hello bro, tolong masak boleh?"

Hah, tudia.. bersama saya lagi dalam segmen menambah berat badan secara ideal. Entry yang ditulis selama beberapa jam ini tidak ditaja oleh mana2 pihak mahupun orang perseorangan. Eh, tetiba ayat jadik mcam ni apasal dgn aku nih.. Ok, entry kali ni aku nak bagi tips cara menambah berat badan bagi korang yang merasakan perlu berbadan besar atau perlu menambahkan sikit lagi berat yang ada tuh!! Ok, 1,2,3.. Mula

1. Sebelum Makan Baca Doa Atau Bismillah.

Yang ni untuk yang beragama islam. Kalau untuk agama lain, ikut lah adat masing-masing. Ramai orang kita yang bila nak makan tak baca doa, tau-tau terus suap. Bukan apa, bila makan tanpa baca doa nih, selalunya syaitan akan turut sama kongsi apa yang kita makan. Nak ke kongsi rezeki kita dengan "mereka" nih, ha, kalau taknak baik baca doa dulu sebelum makan atau minum.

2. Makan Makanan Berzat.

Makanan yang berzat ni penting untuk semua. Tak kira golongan kanak-kanak, remaja, dewasa mahupn warga emas. Cari makanan yang mengandungi protein, zat besi, karbohidrat, dan lain-lain yang menghasilkan zat buat tubuh. Kalau nak naikkan berat badan dengan cepat, saya sarankan makan makanan berminyak dan berlemak banyak sikit. Tapi jangan terlalu banyak, kang jadi penyakit pulak.

3. Makan Sikit-Sikit.

Kalau nak berat badan bertambah, ambil pemakanan secara berterusan. Maksudnya, makan lah sikit-sikit. Jangan ambik sekaligus, nnti cepat pulak kenyang. Biar perut sentiasa rasa lapar.

4. Makan Depan Televisyen.

Sapa pernah buat macam ni?? baik ngaku. Saya rasa semua orang pun pernah makan depan T.V. Cara ni berkesan untuk mereka yang nak menaikkan berat badan dengan cepat. Mengikut fakta bukan auta, mereka yang banyak menghabiskan masa depan T.V atau makan di depannya, selera makan akan bertambah kerana faktor T.V itu sendiri. Mana taknya, cuba kalau korang tengok program Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di TV3 tu mesti rasa nak makan kan.. Lain kali tengok berita pasal kemalangan ngeri sambil makan.

5. Lepas Makan, Tidur.

Cara ni paling best. Orang yang selalu cakap makan tido, makan tido tu mcam ni lah. Kalau korang buat cara ni, confirm dalam setengah bulan berat korang dah meningkat.

6. Makan Malam Waktu Tengah Malam.

Tudiaa, sampai 2 kali ulang waktu malam tu.. Kalau tak nak berat badan meningkat, selalunya doktor akan bilang "Jangan makan nasi selepas waktu isyak(malam) ye makcik, makan sebelum maghrib(senja)". Tapi, buat mereka yang nak tambah berat badan, makan lah nasi lepas waktu malam dalam pukul 12 tgahmalam gitu. Dah makan tu, pergi tido.

7. Jangan Memilih Makan.

Hok ni penting deh.... Jangan korang sesekali pilih makanan mana yang korang suka dan tak. Yang lagi teruk tu, dah la tak suka kat makanan tu, pergi kutuk pulak makanan tu. Ishh, jangan. Makan je la. Rasulullah pun kalau tak suka sesuatu makanan tu, baginda akan tinggalkan tanpa sesekali mencemuh makanan tersebut.

8. Selalu Baca Buku/Blog Resepi.

Cara ni pun kalau nak try boleh jugak, pasal secara tak langsung dengan melihat kepada makanan dalam buku/blog tersebut boleh meningkatkan selera makan korang. Jangan baca buku/blog resipi yang takdak gambar. Mana nak datang selera makan kalau gitu.

9. Ambil Makanan Yang Sedap.

Kalau makanan tu sedap dah pasti korang akan tambah 2-3 kali kan. Kalau nak berat badan naik, selalulah makan yang sedap-sedap. Contoh; ayam goreng KFC, Murtabak, Satey Kajang, Sambal petai

10. Dah Habis Makan Ucap Alhamdulillah.

Kalau dah selesai makan tu, ucaplah alhamdulillah sekurang-kurangnya. Kalau lagi bagus baca doa selepas makan macam kat bawah ni:-



Sekian, untuk 10 tips berkenaan cara menambah berat badan. Harap boleh dijadikan panduan untuk korang yang nak tambah lagi berat tu. Kalau dah cuba tapi tak bertambah jugak berat tu, maknanya ada saka la tu hehehe guwau jek.. jgn marah

#Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat adik-adik darjah 6. Buat betul-betul bagi buleh 5/6A


9 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

nice tips dan semoga mereka2 yang memerlukan tips ni berjaya untuk jadi gemuk... tapi ada juga orang yang metabolisme tinggi, makan menggunung badan tak naik2 .... he he he...

ikhwan yusuff berkata...

tip yang bagus ni..khas buat yang xcukup berat...hahahahahah

Bin Muhammad berkata...

Bagus tips ini...bukan semua orang ada masalah gemuk, ada juga yang nak menambahkan berat basan...Good sharing!

Cik Mun berkata...

berat mun dah cukup..hehehe..taknak tambah dah~

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

bagusnya ada tips untuk menambah berat badan.. akak nak kurus.. hehe.. tapi orang kurus pun ada yang kolestrol tinggi.. apa-apa pun kena makan secara sihat juga la kan.. akak isi 3 tabung zaki.. :D

puteri airyn berkata...

Yang no. 8 tu, kak Erin suka.. hehe.. jelajah ke blog makanan..

Amin A. R berkata...

heheheh tamo tambah dah berat nie..... kasi chance kat yang berbadan kurus.. :D

Shark Kay berkata...

nom 1,4 dan 9 mmg slalu amalkan..
heheh..
jrang org bagi tips cmni.

S.K.A berkata...

ha3..terbaik la =) jgn nnti terlebih berat dah la..tp ada 1tips ni mmg mnjdi..kena mkan kntang bnyak2..confirm naik berat badan..