Isnin, 30 September 2013

Ke Cameron Highlands .


ASSALAMUALAIKUM


Hari ahad yang lepas, aku dan keluarga sempat pergi ke cameron highland. Sebenaqnya, kami semua pergi ke pahang sebelum tu untuk urusan perkahwinan sepupu aku. Hari ahad tu balik dah alang-alang lalu ikut jalan cameron tu, singgah terus je lah..


Untuk kali ni, merupakan kali ke-3 aku datang ke cameron highland ni. Seronok tau tempat ni. Bak kata iklan astro yang lama tu; macam-macam ada. Aku sampai waktu tu dah petang dah. Dalam pukul 4.30 petang. Waktu tu, rasa sejuk tempat ni tak berapa nak rasa, mungkin pasal dah lewat petang. Tapi, waktu aku bermalam kat sini, dalam waktu jam 1-2 pagi macam tu, memang sejuk giler.


Cameron highland ni walaupun nampak kecil, tapi luas sebenarnya kawasan dia. Waktu aku datang tu pun masih nampak lagi banyak jalan-jalan baru yang dibina. Siap ada terowong lagi.. Dan, ramai yang kata jalan ke cameron ni bahaya, bagi aku ada betul jugak la pasal jalan di situ berliku-liku macam ular yang dipalu hehehe.



Dari awal sampai di cameron ni memang banyak gerai jualan, tapi kalau boleh jangan berhenti dulu pasal lagi korang ke atas, lagi banyak gerai yang ada. Keluarga aku pilih untuk berhenti membeli-belah di brinchang. Di situ lagi banyak barang yang dijual baik cenderahati mahupun makanan. Boleh tahan murah-murah jugalah harga barang jualan di situ.




Siap boleh tawar-menawar lagi tau. Kalau nak lagi best, pergilah waktu ada pasar malam atau pasar sehari di brinchang ni. Di pasar ni, baju-baju memang murah betul. Dalam RM 20 dah boleh dapat. Pasar ni selalunya dibuka hari sabtu sampai pagi ahad. Datang ke cameron ni kalau tak membeli memang tak sah kan...


Buah strawberi memang sinonim dengan cameron highlands

Dan bila dah selesai dan puas membeli-belah kat sini, tiba masa untuk pulang. Haishh, memang rasa tak puas dan nak singgah lagi kat cameron ni kalau boleh. InsyaAllah, kalau ada peluang juga rezeki sampailah ke sini lagi. 

To Mannapsida, cameron highlands!!




# Semua gambar di atas diambil menggunakan peranti Samsung Galaxy Mini 2.



13 ulasan:

Wan Ahmad Izudean berkata...

pernah ke sana awal tahun ni, pertama kali ke sana.. kalau ke cameron kena beli sweet corn kat sana, makan mentah pun dah rasa manis..

Amin A. R berkata...

saya suka pergi cameron...tapi tak suka dengan jalan ke cameron.. hehehe

NURSHAKIRA ABDUL HALIM berkata...

shakira tak pernah :(

noly anna berkata...

nice info.
suka travel?teringin tak travel ke gold coast australia for free?nnt bole singgah ke blog noly ye
www.nolyanna.blogspot.com

Cik Mun berkata...

bestnye..pernah sekali je gi sana..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

best nya zaki.. akak tak pernah lagi sampai sana.. hari tu nak juga bawa mak dan adik akak, tapi asyik tertunda je..

S.K.A berkata...

bru skali pergi sana =) tu pn dgn dak2 kelab motor..mmg best..tp kalau hjung mggu pergi dgn kreta mmg jem la..cameron skrg ni dah xsjuk mcm dlu orang2 kt sna bgthu..tp tmpat kt sana ttp mnarik

Ayu Zan berkata...

last time pergi masa umur 15. skrg dah umur 24.

Tetamu Istimewa berkata...

Saya belum pernah sampai lagi di Cameron. Cadang nak pergi, tak jadi-jadi pun.

❤Kamsiah❤ berkata...

dah kerap sgt kesana..maklum lah 2 jam lbh ja dari kulim ni...anak2 semua dah tak mau pi sana kalau diajak..boring depa kata...

kacang buncis berkata...

salam...famili baru je pas g cameron..salam kena ye en zaki

Marou Apple Hijau berkata...

sedapnya dapat makan strawberi fresh dri ladang. nak key chain!


recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 8

Teena Tna berkata...

Saya pun pergi sini beberapa bulan lepas. Tempat yg paling suka ladang Teh. Makanan yg paling suka strawberry chocolate. Kalau nak honey moon kat sini pun best jugak :)