Jumaat, 27 September 2013

Ice Blended ..


ASSALAMUALAIKUM


Ice blended atau dalam bahasa melayu yang diterjemah google dipanggil; ais dicampur. Ye, aku mengaku memang aku suka atau lebih tepat, gilakan ice blended nih. Aku mula kenal dengan minuman ni pun waktu tahun 2010 camtu padahal dah lama dah ice blended ni ada di malaysia.

Aku suka minum ice blended ni bukan pasal kemanisan mahupun rasa yg sedap, tapi pasal bila "pekena" ice blended ni, aku dapat 2 benda. Pertama, aku dapat makan ice blended dan kedua aku dapat minum ice blended. Sebab tu sampai sekarang ni aku masih lagi mushkil apa ye orang panggil untuk menikmati ice blended ni?/ minum or makan..

Sedar atau tidak, ice blended sebenarnya dah ada dari zaman nenek moyang lagi. Waktu tu, dipanggil ais kepal. Ais kepal ni mak aku kata, diorang akan letak dalam daun keladi dan dicampur dengan sirap. Waktu sekolah rendah dulu pernah gak rasa ais kepal ni, cuma letak dalam plastik bukan dalam daun lagi. Selepas evolusi ais kepal berlalu, muncul pulak ais kacang.


Ais kacang ni boleh dikatakan famous dari dulu sampaila sekarang ni. Masih wujud. Dan diharap takkan hilang sampai bila-bila. Cuma, orang sekarang lebih kreatif, dengan campuran bahan-bahan seperti kacang merah, susu pekat, jagung, apalagi yg boleh dicampur semuanya akan dicampur asal boleh dimakan. Yang terbaru ni ada campuran bersama appolo lagi tu. Bukan appolo roket tu, ni appolo panjang tu. Siap ada buah tembikai lagi dalam tu. Kalau korang nak rasa boleh la datang ke taiping di gerai sebelah bomba tuh. Aku dah 3 kali pergi makan kat situ. Memang sedap.

Sewaktu ais kacang semakin mendapat tempat, timbul pula ais cendol atau panggilan pendek cendol. Cendol ni pun boleh tahan jugak rasa dia. Waktu aku budak-budak dulu tak berapa nak suka sangat dengan cendol ni pasal kalau makan banyak kali boleh jadi loya atau nak muntah. Pasai apa? pasai kan cendol ni kebanyakan dicampur dengan santan, tu pasal lah. Lagi satu, benda hijau yang diletakkan sekali dalam cendol tu membuatkan tekak aku tak berapa nak boleh terima la. Hahaa.. Tapi, sekarang ni pantang jumpa todiaa.. pulun 


Cendol pulut belum pernah cuba lagi. Ada sesiapa nak belanja?? Lagi satu, kalau pergi je ke pasaraya tesco di taiping tu, mesti aku berenti kejap kat gerai COOL BLOG. Haa,, yang ni memang sedap giler. Sambil telan air liur aku tulis entry ni tau. 


Pelbagai rasa yang ditawarkan oleh pihak cool blog ni. Harga pun ok bagi aku. Takla mahal mana kalau sekali-sekala nak rasa. Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke facebook diorang ni :- FB COOL BLOG MALAYSIA

Semua minuman di atas ni merupakan minuman kegemaran aku dikala stress dengan dunia ni. Hehee, ayat.. Tapi, ingat!! sedap-sedap jugak, kesihatan harus diutama. Jangan minum atau makan benda manis banyak sangat, nanti dapat penyakit kencing manis. Penyakit ni sukar nak kawal tau.

-Terima kasih lah sudi baca entry aku kali ni-

#Sampai jumpa lagi :) Bye2x

  

12 ulasan:

Nur Azwa Edora berkata...

PERGHHH tu kalau minum sejuk2 , dengan perasa dia lagi ,, sedapnya .. sambil kunyah2 ais yang kecik2 hancur tu . heee :D

Teena Tna berkata...

Tadi baru minum ABC ngn member (perempuan), ktorang share, konon romantic. Hehe

Tp sy tak suka sgt minum sejuk2@ais.

mazni berkata...

tengok gambar tu je dh boleh nampak kesedapan ais2 ni. lama dah tk makan cendol. rinduu U_U

puteri airyn berkata...

Aha.. jangan minum manis.. gula dah mahal.. hehe

Marou Apple Hijau berkata...

kalu g coolblog mesti beli hong kong milk tea. fav all time

My recent post : Ajaib Tiket Soalan Nuffnang

Cik Mun berkata...

mun pon suke minum coolblog..xkisah perisa ape..mun telan je..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

semua minuman tu kegemaran akak juga.. especially ais kacang.. akak singgah isi 3 tabung macam biasa.. :D

Wan Ahmad Izudean berkata...

sedapnya...nak2 waktu panas mcam sekarang...kecur air liur tengok..

nor azman berkata...

pehhh...sedapnya minum..hehhehe

Ayu Zan berkata...

coolblog! yaw..sdp.

Tetamu Istimewa berkata...

Cendol pulut dah pernah cuba. Sedap.

Chot berkata...

amboih aih..teringat cendol bakar tetiba..