Isnin, 30 September 2013

Ke Cameron Highlands .


ASSALAMUALAIKUM


Hari ahad yang lepas, aku dan keluarga sempat pergi ke cameron highland. Sebenaqnya, kami semua pergi ke pahang sebelum tu untuk urusan perkahwinan sepupu aku. Hari ahad tu balik dah alang-alang lalu ikut jalan cameron tu, singgah terus je lah..


Untuk kali ni, merupakan kali ke-3 aku datang ke cameron highland ni. Seronok tau tempat ni. Bak kata iklan astro yang lama tu; macam-macam ada. Aku sampai waktu tu dah petang dah. Dalam pukul 4.30 petang. Waktu tu, rasa sejuk tempat ni tak berapa nak rasa, mungkin pasal dah lewat petang. Tapi, waktu aku bermalam kat sini, dalam waktu jam 1-2 pagi macam tu, memang sejuk giler.


Cameron highland ni walaupun nampak kecil, tapi luas sebenarnya kawasan dia. Waktu aku datang tu pun masih nampak lagi banyak jalan-jalan baru yang dibina. Siap ada terowong lagi.. Dan, ramai yang kata jalan ke cameron ni bahaya, bagi aku ada betul jugak la pasal jalan di situ berliku-liku macam ular yang dipalu hehehe.



Dari awal sampai di cameron ni memang banyak gerai jualan, tapi kalau boleh jangan berhenti dulu pasal lagi korang ke atas, lagi banyak gerai yang ada. Keluarga aku pilih untuk berhenti membeli-belah di brinchang. Di situ lagi banyak barang yang dijual baik cenderahati mahupun makanan. Boleh tahan murah-murah jugalah harga barang jualan di situ.




Siap boleh tawar-menawar lagi tau. Kalau nak lagi best, pergilah waktu ada pasar malam atau pasar sehari di brinchang ni. Di pasar ni, baju-baju memang murah betul. Dalam RM 20 dah boleh dapat. Pasar ni selalunya dibuka hari sabtu sampai pagi ahad. Datang ke cameron ni kalau tak membeli memang tak sah kan...


Buah strawberi memang sinonim dengan cameron highlands

Dan bila dah selesai dan puas membeli-belah kat sini, tiba masa untuk pulang. Haishh, memang rasa tak puas dan nak singgah lagi kat cameron ni kalau boleh. InsyaAllah, kalau ada peluang juga rezeki sampailah ke sini lagi. 

To Mannapsida, cameron highlands!!




# Semua gambar di atas diambil menggunakan peranti Samsung Galaxy Mini 2.



Jumaat, 27 September 2013

Ice Blended ..


ASSALAMUALAIKUM


Ice blended atau dalam bahasa melayu yang diterjemah google dipanggil; ais dicampur. Ye, aku mengaku memang aku suka atau lebih tepat, gilakan ice blended nih. Aku mula kenal dengan minuman ni pun waktu tahun 2010 camtu padahal dah lama dah ice blended ni ada di malaysia.

Aku suka minum ice blended ni bukan pasal kemanisan mahupun rasa yg sedap, tapi pasal bila "pekena" ice blended ni, aku dapat 2 benda. Pertama, aku dapat makan ice blended dan kedua aku dapat minum ice blended. Sebab tu sampai sekarang ni aku masih lagi mushkil apa ye orang panggil untuk menikmati ice blended ni?/ minum or makan..

Sedar atau tidak, ice blended sebenarnya dah ada dari zaman nenek moyang lagi. Waktu tu, dipanggil ais kepal. Ais kepal ni mak aku kata, diorang akan letak dalam daun keladi dan dicampur dengan sirap. Waktu sekolah rendah dulu pernah gak rasa ais kepal ni, cuma letak dalam plastik bukan dalam daun lagi. Selepas evolusi ais kepal berlalu, muncul pulak ais kacang.


Ais kacang ni boleh dikatakan famous dari dulu sampaila sekarang ni. Masih wujud. Dan diharap takkan hilang sampai bila-bila. Cuma, orang sekarang lebih kreatif, dengan campuran bahan-bahan seperti kacang merah, susu pekat, jagung, apalagi yg boleh dicampur semuanya akan dicampur asal boleh dimakan. Yang terbaru ni ada campuran bersama appolo lagi tu. Bukan appolo roket tu, ni appolo panjang tu. Siap ada buah tembikai lagi dalam tu. Kalau korang nak rasa boleh la datang ke taiping di gerai sebelah bomba tuh. Aku dah 3 kali pergi makan kat situ. Memang sedap.

Sewaktu ais kacang semakin mendapat tempat, timbul pula ais cendol atau panggilan pendek cendol. Cendol ni pun boleh tahan jugak rasa dia. Waktu aku budak-budak dulu tak berapa nak suka sangat dengan cendol ni pasal kalau makan banyak kali boleh jadi loya atau nak muntah. Pasai apa? pasai kan cendol ni kebanyakan dicampur dengan santan, tu pasal lah. Lagi satu, benda hijau yang diletakkan sekali dalam cendol tu membuatkan tekak aku tak berapa nak boleh terima la. Hahaa.. Tapi, sekarang ni pantang jumpa todiaa.. pulun 


Cendol pulut belum pernah cuba lagi. Ada sesiapa nak belanja?? Lagi satu, kalau pergi je ke pasaraya tesco di taiping tu, mesti aku berenti kejap kat gerai COOL BLOG. Haa,, yang ni memang sedap giler. Sambil telan air liur aku tulis entry ni tau. 


Pelbagai rasa yang ditawarkan oleh pihak cool blog ni. Harga pun ok bagi aku. Takla mahal mana kalau sekali-sekala nak rasa. Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke facebook diorang ni :- FB COOL BLOG MALAYSIA

Semua minuman di atas ni merupakan minuman kegemaran aku dikala stress dengan dunia ni. Hehee, ayat.. Tapi, ingat!! sedap-sedap jugak, kesihatan harus diutama. Jangan minum atau makan benda manis banyak sangat, nanti dapat penyakit kencing manis. Penyakit ni sukar nak kawal tau.

-Terima kasih lah sudi baca entry aku kali ni-

#Sampai jumpa lagi :) Bye2x

  

Isnin, 23 September 2013

Susah memilih kata laluan?? Ini penyelesaiannya..


ASSALAMUALAIKUM


Lama rasa tak menulis dalam blog ni. Dah 3 hari aku biar blog ni tak berentry. Bukan saja-saja, aku pergi ke pahang hari jumaat lepas sampai hari ahad semalam. Pergi kenduri kahwin sedara, sekali-sekala terus cuti-cuti malaysia apa salah kan..

Ingat nak tulis gak la pasal percutian ke pahang tu dalam ni. Tapi, takpe pasal harini, malam ni nak cerita pasal kata laluan. Rata-rata mesti dah maklum apa tu password kan. Jadi,, tak payah cerita panjang aku cuma nak bagitau dalam entry ni yang ada 1 laman web khas dibina dari cybersafe untuk mereka yang tak tahu password yang sedang digunakan selamat atau tidak.

Mudah je nak tahu, dalam masa tak sampai 1 minit dah boleh tahu password yang korang guna sekarang ni selamat atau sebaliknya.


Jom pakat mai sini :- PASSWORD METER

Rabu, 18 September 2013

Belajar bahasa arab kejap.


ASSALAMUALAIKUM


Boring-boring ni, cuba belajar bahasa arab sekejap lah. Dulu masa sekolah fardhu ain, rasa macam tak best, tapi sekarang ni belajar balik best rupanya bahasa arab nih. Di bawah ni contoh-contoh pertuturan harian dalam bahasa arab :-


1. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Assalamualaikum (Sejahtera ke atas anda)


2. اَهْلاً وَسَهْلاً

Ahlan Wa Sahlan (Selamat datang)


3. أهْلاًً بِيْك

Ahlan Bik (Selamat datang buat kamu/anda)


4. بِكُلِّ سُّرُور

Bikullis Surur (Dengan suka cita)


5. أنْتَ كَيْفَ حَالُك؟

Anta, Khaifahaluk? (Awak apa khabar?)


6. طَيْب، شُكْراً

Toyyib, Syukran (Baik, Terima kasih)



7. صَبَاحُ الْخَيْر

Sobahul Khair (Selamat pagi)


8. كَيْفَ اصْبَحْتُمْ؟

Kaifa Asbahtum? (Bagaimana keadaan awak pagi ini?)


9. مَسَاءُ الْخَيْر

Masa Ul Khair (Selamat petang)


10. كَيْفَ أمْسَيْتُم؟

Khaifa Amsaitum? (Bagaimana keadaan awak pada petang ini?)


11. تُصْبِحُ الخَيْر

Tusbihu 'Alal Khair (Selamat malam)


12. تَفَضَّل

Tafaddalu (Silakan semua)


13. من أين جئت؟

Min Aina Jik Ta? (Dari mana awak datang?)


14. مِنْ اَيْنَ اَنْتَ

Min Aina Anta? (Awak dari mana?)


15. اُدْخُلْ يَا أَخِيْ 


Ya Akhi, Ud Khul (Silakan masuk, saudara) -kalau perempuan, tukar jadi ukhti


16. كَمْ عُمْرُكَ

Kam Umruk? (Berapa umur awak?)


17. أشْكُرُكَ

Syukran (Terima kasih)


18. نَعَمْ ، صَحِيْحًٌ

Na'am, sohih (Ya, benar)


19. حَسَنًا

Hasanan (Baiklah)


20. خذ هذا

Khuz Haza (Ambil ini)


- Sekian untuk 20 perkataan dalam bahasa arab yang dapat aku tulis dalam ni. Untuk ketahui lebih lanjut sila ke sini :- BELAJAR BAHASA ARAB





      Wada' an, fi amanillah, Assalamualaikum




Ahad, 15 September 2013

Info Teknologi Maklumat #7 : Fakta Unik Mengenai Telefon Bimbit.


ASSALAMUALAIKUM



81 Peratus.

- Sebanyak 81% pemilik telefon pintar mengakses internet menggunakan telefon pintar mereka.


87 Peratus.

- Seramai 87% penduduk dunia memiliki telefon bimbit (6 Bilion).


47 Peratus.

- 47% orang dewasa memiliki telefon pintar (1.8 bilion).


1.5 Juta.

- Sebanyak 1.5 juta telefon pintar aktif setiap hari.

Menjelang tahun 2014, pengguna internet dari telefon pintar dijangkakan akan mengatasi penggunaan internet di komputer meja dan komputer riba.


30 Bilion.

- Aplikasi telefon pintar telah dimuat turun (download) sejak telefon pintar diperkenalkan.


41 Aplikasi.

- Adalah purata aplikasi yang berada di telefon pintar setiap penggunanya.


81 Peratus.

-Pengguna telefon pintar menghabiskan lebih banyak masa pada aplikasi berbanding di internet.


Fakta Tambahan Android :-


  1. Android 1.5 (Cupcake)
  2. Android 1.6 (Donut)
  3. Android 2.0 (Eclair)
  4. Android 2.1 (Eclair)
  5. Android 2.2 (Froyo)
  6. Android 2.3 (Gingerbread)
  7. Android 3.0 (Honeycomb)
  8. Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
  9. Andorid 4.3 (Jelly Bean)
  10. Android 4.4 (Kit kat) - *Terbaru
Nama android adalah berdasarkan turutan abjad yg bermula dari abjad C hingga ke Z. Selepas ni abjad L, mungkin Android Lemang kot??

Ok, Sekian

Kredit# Majalah PC & Wikipedia







Jumaat, 13 September 2013

Tanda-tanda gangguan makhluk halus.



ASSALAMUALAIKUM


a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:-


  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.


  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.


  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.


  • Mimpi buruk yang menakutkan.


  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.

  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.


  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.


  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.


  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.

  • Mimpi melihat salib atau gereja.

  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.

  • Mimpi melihat budak kecil. 

  • Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.

  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketika Berjaga:-

  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Hilang ingatan (Gila).

  • Hilang semangat apabila sampai ke tempat kerja.

  • Lesu dan malas.

  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.

  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.

  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.

  • Lenguh sendi-sendi.

  • Melihat sesuatu yang pelik.

  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).

  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.

  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.

  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.

  • Selalu mengantuk.

  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut.

  • Mudah marah dan panas baran.

  • Hilang darah.

  • Agresif dan bertindak liar.

- Ustaz Sharhan Shafie





Selasa, 10 September 2013

Tips menambah berat badan a.k.a Gemok !


ASSALAMUALAIKUM


"Hello bro, tolong masak boleh?"

Hah, tudia.. bersama saya lagi dalam segmen menambah berat badan secara ideal. Entry yang ditulis selama beberapa jam ini tidak ditaja oleh mana2 pihak mahupun orang perseorangan. Eh, tetiba ayat jadik mcam ni apasal dgn aku nih.. Ok, entry kali ni aku nak bagi tips cara menambah berat badan bagi korang yang merasakan perlu berbadan besar atau perlu menambahkan sikit lagi berat yang ada tuh!! Ok, 1,2,3.. Mula

1. Sebelum Makan Baca Doa Atau Bismillah.

Yang ni untuk yang beragama islam. Kalau untuk agama lain, ikut lah adat masing-masing. Ramai orang kita yang bila nak makan tak baca doa, tau-tau terus suap. Bukan apa, bila makan tanpa baca doa nih, selalunya syaitan akan turut sama kongsi apa yang kita makan. Nak ke kongsi rezeki kita dengan "mereka" nih, ha, kalau taknak baik baca doa dulu sebelum makan atau minum.

2. Makan Makanan Berzat.

Makanan yang berzat ni penting untuk semua. Tak kira golongan kanak-kanak, remaja, dewasa mahupn warga emas. Cari makanan yang mengandungi protein, zat besi, karbohidrat, dan lain-lain yang menghasilkan zat buat tubuh. Kalau nak naikkan berat badan dengan cepat, saya sarankan makan makanan berminyak dan berlemak banyak sikit. Tapi jangan terlalu banyak, kang jadi penyakit pulak.

3. Makan Sikit-Sikit.

Kalau nak berat badan bertambah, ambil pemakanan secara berterusan. Maksudnya, makan lah sikit-sikit. Jangan ambik sekaligus, nnti cepat pulak kenyang. Biar perut sentiasa rasa lapar.

4. Makan Depan Televisyen.

Sapa pernah buat macam ni?? baik ngaku. Saya rasa semua orang pun pernah makan depan T.V. Cara ni berkesan untuk mereka yang nak menaikkan berat badan dengan cepat. Mengikut fakta bukan auta, mereka yang banyak menghabiskan masa depan T.V atau makan di depannya, selera makan akan bertambah kerana faktor T.V itu sendiri. Mana taknya, cuba kalau korang tengok program Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di TV3 tu mesti rasa nak makan kan.. Lain kali tengok berita pasal kemalangan ngeri sambil makan.

5. Lepas Makan, Tidur.

Cara ni paling best. Orang yang selalu cakap makan tido, makan tido tu mcam ni lah. Kalau korang buat cara ni, confirm dalam setengah bulan berat korang dah meningkat.

6. Makan Malam Waktu Tengah Malam.

Tudiaa, sampai 2 kali ulang waktu malam tu.. Kalau tak nak berat badan meningkat, selalunya doktor akan bilang "Jangan makan nasi selepas waktu isyak(malam) ye makcik, makan sebelum maghrib(senja)". Tapi, buat mereka yang nak tambah berat badan, makan lah nasi lepas waktu malam dalam pukul 12 tgahmalam gitu. Dah makan tu, pergi tido.

7. Jangan Memilih Makan.

Hok ni penting deh.... Jangan korang sesekali pilih makanan mana yang korang suka dan tak. Yang lagi teruk tu, dah la tak suka kat makanan tu, pergi kutuk pulak makanan tu. Ishh, jangan. Makan je la. Rasulullah pun kalau tak suka sesuatu makanan tu, baginda akan tinggalkan tanpa sesekali mencemuh makanan tersebut.

8. Selalu Baca Buku/Blog Resepi.

Cara ni pun kalau nak try boleh jugak, pasal secara tak langsung dengan melihat kepada makanan dalam buku/blog tersebut boleh meningkatkan selera makan korang. Jangan baca buku/blog resipi yang takdak gambar. Mana nak datang selera makan kalau gitu.

9. Ambil Makanan Yang Sedap.

Kalau makanan tu sedap dah pasti korang akan tambah 2-3 kali kan. Kalau nak berat badan naik, selalulah makan yang sedap-sedap. Contoh; ayam goreng KFC, Murtabak, Satey Kajang, Sambal petai

10. Dah Habis Makan Ucap Alhamdulillah.

Kalau dah selesai makan tu, ucaplah alhamdulillah sekurang-kurangnya. Kalau lagi bagus baca doa selepas makan macam kat bawah ni:-



Sekian, untuk 10 tips berkenaan cara menambah berat badan. Harap boleh dijadikan panduan untuk korang yang nak tambah lagi berat tu. Kalau dah cuba tapi tak bertambah jugak berat tu, maknanya ada saka la tu hehehe guwau jek.. jgn marah

#Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat adik-adik darjah 6. Buat betul-betul bagi buleh 5/6A


Ahad, 8 September 2013

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com



Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

Sabtu, 7 September 2013

Melajukan Blog.


ASSALAMUALAIKUM



  Aku tercari-cari cara mcam mana nak lajukan loading blog aku yang semakin lama semakin teruk loading nya. Malam ni aku cuba google cara lajukan loading blog dan terkeluar beribu-ribu cara untuk lajukan loading nih. Dan satu post di blog indon ni menarik minat aku.

Tanpa melengah, aku terus cuba walau permulaannya aku rasa macam tak percaya tapi takpa, tak salah pun kalau mencuba. Dah cuba dan aku dapat lihat sendiri hasilnya memang laju jugakla loading blog aku ni. Gembira tak?? Of course rasa gembira meluap-luap dalam diri (cehh, ayat..)

Tapi, masih ada keraguan.. adakah aku je yg rasa perubahan kelajuan loading di blog aku ni? nak mintak korang tolong komen di bawah ni.. Boleh?


Aku dapat tips lajukan loading blog dari sini :- CeritaMedan.Com

Rabu, 4 September 2013

CPUV Nuffnang kali ke-3


ASSALAMUALAIKUM



  Kali pertama aku post entry mengenai CPUV dari nuffnang ni. Baru ada 3 je pon. Saja nak post, pasai dah kurang idea tak tau nak post apa. CPUV pertama dapatla 5 sen, kedua dapat pulak 50 sen, ketiga ni ?? harap dapat la 5 ringgit. Tapi, tak kira berapa banyak jumlah duit dalam akaun ni, aku dah tak kisah dah. Yang penting dapat menulis dalam blog ni pun dah cukup puas.


Nuffnang pun dah tambah satu lagi aplikasi yang dinamakan Poll 2.0. Poll yang pertama dulu aku pernah guna sekejap, last-last tak guna dah. Yang kedua ni macam menarik juga. Tapi, nak cuba ke tak tak tau lah. Tengok keadaan. Berbalik pada CPUV tadi, harapnya lepas ni banyak lagi lah CPUV yang Nuffnang bagi untuk blog aku ni.

~ Sekian entry untuk hari ini, jumpa lagi ya ..

#Terima kasih buat pembaca yang mungkin tersalah masuk ke blog aku yang biasa ni dan buat kawan2x blog ni, anda semua memang Terbaik !!

Selasa, 3 September 2013

Isu minyak naik


ASSALAMUALAIKUM


 Rasa-rasa patut tak dengan kenaikan minyak sekarang ni? bagi aku sendiri walaupun tinggal di kampung ni memang terasa jugak beban. Ada juga yang kata "ala, 20 sen je" memang 20 sen je, tapi kalau dikira :

1. Dahulu : RM1.90 / Liter
RM1.90 x 10 liter sehari = Rm19
30 hari x Rm19 = Rm570 sebulan 
Setahun : RM570 x 12 = RM6840 setahun

2. Hariini: RM2.10 / Liter

RM2.10 x 10 liter sehari = Rm21
30 hari x Rm21 = Rm630 sebulan 
Setahun : RM630 x 12 = RM7580 setahun

Takpe, sikit je kan.. cuba pula tengok kesan kepada kereta dalam rajah di bawah :-



Hmmph..

#Kan bagus kalau BR1M tu dapat setiap bulan