Sabtu, 31 Ogos 2013

Smartphone VS Tablet


ASSALAMUALAIKUM


  Aku mulakan entry ni dengan lafaz Bismillah. Haritu, dalam ruangan komen entry mengenai Power Bank kak Aiza (Dunia Kecil) ada request pasal kelebihan dan kekurangan smartphone dan tablet. Ok, entry harini pasal tu lah. Dengan sikit pengetahuan yang aku ada, insyaAllah aku cuba hurai di entry ni. 

Smartphone, sudah pasti ramai yang mengetahui apa kegunaan dan spesifikasi yang ada padanya kan? begitu juga tablet. Ciri adalah seakan sama tetapi hanya saiz yang membezakannya. Di bawah ini aku akan cuba masukkan seberapa input yang boleh mengenai kedua-dua benda yang menjadi kegilaan ramai sekarang ni. Kalau terkurang sesiapa yang tahu tolong tambahkan dalam ruangan komen nanti ya..


Kelebihan SmartPhone :

  1. Kecil, ringan, nipis, serta mudah dibawa ke mana sahaja. Ada juga sesetengah smartphone yang besar, tetapi masih lagi tidak menyukarkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja.
  2. Boleh didapati dari harga yang rendah hinggalah yang paling tinggi. Begitu juga dengan spesifikasi/ciri yang ada padanya. Semakin tinggi harga, semakin banyak spesifikasi yang di tawarkan.
  3. Mempunyai Operating System (OS) yang berlainan. Contoh; Android, Windows Phone, Symbian, dan OS yang dibangunkan sendiri oleh pengeluar. Setiap OS mempunyai keunikan dan fungsi tersendiri.
  4. Kebanyakan smartphone mempunyai ketahanan bateri yang mengagumkan. Ini bergantung kepada si pemakai smartphone itu sendiri. Kebiasaannya menawarkan sehingga 9 jam masa berbual. 
  5. Ada sesetengah smartphone yang menawarkan slot sim sehingga 2 slot. Ini lebih memudahkan pengguna yang memerlukan penjimatan data untuk telefon pintar.
  6. Semua smartphone mempunyai kemudahan Bluetooth, WIFI, dan GPS (Sambungan tanpa wayar).
  7. Perlu diakui bahawa pengguna di serata dunia lebih gemar menggunakan/membeli smartphone kerana faktor dan aspek yang lebih memudahkan dari segala segi berbanding tablet walaupun ianya mempunyai ciri yang hampir sama.
  8. Banyak aksesori yang ditawarkan untuk smartphone seperti casing yang cantik dan pelbagai warna, rantai kunci yang dapat mengesan Wi-fi serta lain-lain. Suka tengok diorang yang pakai ganggang telefon yang tersambung pada smartphone bila nak angkat call..
Kekurangan SmartPhone :

  1. Untuk menggunakan skrin yang jelas serta mempunyai saiz yang besar, perlulah tambahkan lagi duit/bajet anda untuk membeli smartphone ini. Smartphone yang mempunyai saiz skrin yang besar serta jelas biasanya ditawarkan dengan harga dari RM 600 hingga ke RM 2000. Huh, kalau yang tak berkemampuan, pakai je la smartphone yang saiz skrin dia tu kecil. Janji boleh guna kann ~~
  2. Perlu sentiasa update OS. Kebanyakan smartphone masih lagi menawarkan OS yang belum diupgrade, sebagai contoh, jika android kebiasaannya mereka menawarkan android Gingerbread versi 2.3 ke atas. Kalau tak update jadi macam aku punya smartphone la.. tak boleh nak guna Wi-fi. Kalau nak guna, kena update versi android dulu. Fuh, .. ~_~
  3. Untuk menggunakan android yang terkini, pastikan korang periksa dahulu di bahagian aturan telefon-mengenai telefon. Di situ ada maklumat mengenai versi android korang tu. Dan pastikan RAM serta cip pemproses pada smartphone tu tinggi jika mahu prestasi yang ok dan boleh di upgrade ke versi android yang terkini iaitu android Jelly Bean (JB) 4.2. Pemproses ni dalam 1Ghz pun dah kira ok dah ..
  4. Tidak semua smartphone yang didatangkan bersama fungsi kamera kedua/ video call. Kalau nak juga korang servey je kat semua kedai telefon. Sekarang ni smartphone china brand pun banyak jugak yang ada kamera depan. Tapi kalau korang ada bajet dalam 700 ringgit camtu baik cari yang beekualiti punya.
  5. Setiap OS smartphone tidak sama, jadi pilihlah yang boleh menyenangkan korang bila nak buat kerja menggunakan smartphone tu bukan yang memeningkan kepala. Kalau aku, memang aku pilih OS android pasal memang senang dan cantik interface dia. Tapi kalau korang tak tau la.. ikut citarasa sendiri.

Kelebihan Tablet :

  1. Mempunyai saiz yang besar dan harganya pun murah. Saiz skrin yang kebiasaannya ditawarkan untuk sebuah tablet biasa, selalunya berukuran 7.0 inci.
  2. Ditawarkan dari harga serendah 150 ringgit untuk tablet biasa.
  3. Kebanyakan tablet di pasaran sekarang mempunyai kamera hadapan yang membolehkan pengguna membuat video call/ video conference. Dan kamera belakang pun tidak kurang fungsi. Ada yang sampai 8 MegaPixels (MP).
  4. Kebanyakan tablet mempunyai OS android yang mana boleh memudahkan semua pengguna tak kira sama ada masih baru ataupun tidak. OS yang dimasukkan juga kebiasaannya telah di update ke versi yang terkini.
  5. Dengan menggunakan tablet tak kira lah tablet murah ataupun mahal, secara tidak langsung korang akan kelihatan sungguh bergaya. Hehe, ni pendapat aku la.. 
  6. Tablet juga sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak. Iyalah, dari korang belikan smartphone atau handphone untuk budak-budak tu, baik korang belikan tablet. Kerana harga tablet yang murah, jadi kalau rosak tak la rasa ralat sangat kan. hee
  7. Tablet berjenama seperti HTC, Samsung, Blackberry, LG, dan lain-lain menawarkan spesifikasi yang menakjubkan. Dan harganya pun amat "menakjubkan".
  8. Tablet juga sangat sesuai bagi anda yang menggemari game dan menonton movie. Dengan saiz skrin yang besar, pengalaman menonton movie pada tablet amatlah mengujakan. Jangan risau jika kehabisan bateri, Power Bank kan adoo.
Kekurangan Tablet :

  1. Memang harga tablet ni murah, tapi ciri yang ada pada tablet ni pun ala kadar je. Contoh, ada kamera depan tiada kamera belakang pula.
  2. Walaupun saiz skrin sebesar 7.0 inci, tetapi ada sesetengah tablet yang tidak berapa jelas jika di mainkan video.
  3. Kebanyakan tablet di pasaran tiada slot untuk kad sim. Jadi kalau yang nak ber "video call" mestilah install aplikasi seperti skype.
  4. Kebanyakan tablet juga tidak menawarkan fungsi Bluetooth. Jadi untuk memindahkan atau menerima fail, perlulah sambungkan kepada komputer terlebih dahulu melalui sambungan USB. 
  5. Jangka hayat bateri dalam tablet juga tidak bertahan lama seperti smartphone. Tetapi, jika pandai gunakan, jangka hayat bateri tablet juga dapat bertahan lama tapi tetap tidak boleh menandingi ketahanan bateri smartphone.

- Jadi nasihat aku di entry ni, pilihlah gajet yang bersesuaian mengikut cita rasa dan keperluan. Banyakkan mencari maklumat mengenai gajet sebelum korang membeli. Tanya pada rakan-rakan yang lebih mengetahui dan rujuk pendapat rakan di alam maya (internet). Boleh juga membeli majalah seperti  majalah eRing, majalah PC dan lain-lain. Diharapkan dengan pendapat mengenai kelebihan dan kekurangan smartphone dan tablet ini sedikit sebanyak boleh membantu korang semua.

#rasa macam nak beli galaxy tab la pulak

10 ulasan:

Teena Tna berkata...

Dah lama berangan nk beli tab, utk education (kononnya), tp tggu poket penuh sikit.

Marou Apple Hijau berkata...

beli phablet senang.. haha


Entri Baru Update : “Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahim“

nor azman berkata...

tq for info..hehehe

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

terima kasih di atas huraian yang jelas dan lengkap dalam entri ni zaki.. akak sangat2 hargainya..
p.s: akak bercadang nak gunakan rebat RM200 tu untuk beli smartphone.. hehe..

puteri airyn berkata...

Kak Erin dah ada satu smartphone.. Tapi rasa nak beli lagi satu sebab masih tak guna rebet RM200 tu.. Penah dengar jenama NINE tak?? Jenama tu buatan Malaysia kot.. Bagus tak jenama tu??Lagipun harga NINE ni dengar orang kata murah skit..

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil): Sama2x kak :) bgus kak. gna je rebat tu. boleh jimat

zakirasli .. berkata...

@puteri airyn : Ninethology ke kak? kalau jenama tu bagus kak. Abg saya dah beli jenama tu gna rebat. Saya pun dah tengok jenama tu. mmg berbaloi kalau nak beli..mcm abg saya bli tu ada kamera dpan dgn belakang 8 MP.. kalau ada kwn2x saya tnya smartphone murah yg pling ok utk dbeli, saya akan ckp jenama Ninethology ni kak :D

S.K.A berkata...

menarik =) nice sharing..tp ambe lebih mnat smartphone..kecil dan padat je..nk2 smsung yg baru..cuma bajet je xmasyuk2 lg..

Erna Eer berkata...

nak tanye, kalau nak tablet yang buleh buat keja windows... ade tak? he

zakirasli .. berkata...

@Erna Eer: tak pasti la yg tu.. mngkin tblet yg mnjalankan OS windows phone blh rasanya.