Ahad, 4 Ogos 2013

Kenangan ramadhan dulu-kini



Assalamualaikum
Gambar Hiasan

Bila aku teringat kembali kenangan puasa waktu budak-budak dulu best je rasa. Iyala, satu keluarga penuh berkumpul dalam rumah. Ada adik, abang, kakak, mak, abah, atok.. lepas solat maghrib saja terus ke luar rumah main mercun dan bunga api. Hurm, tapi bukanlah mercun yang membahayakan macam meriam buluh dan lain-lain tu. Cukup sekadar mercun papan dan mercun bawang hehe. Bila aku ingat balik kenangan dulu-dulu memang bermakna saat-saat ramadhan yang dilalui.

 Tapi, sekarang ni semua dah lain. Macam keluarga aku, atok aku dah meninggal tahun lepas dalam bulan ramadhan juga. Kakak aku dah kahwin dan tinggal bersama suami dia di pahang tu. Memang terasa sikit perbezaan la berbanding dulu. Sekarang ni pun meriah juga, tapi tetap tak sama meriah dia pasal "geng-geng" dulu semua dah dewasa kan. Takkan nak main mercun lagi kot kang tak pasal-pasal satu kampung kejar dengan batang penyapu pulak kan..

Macam kenangan puasa di asrama pulak, memang seronok bila aku imbas kembali. Walaupun tak bersama keluarga tapi kawan-kawan pun dah cukup. Buat mereka macam keluarga sendiri dan perasaan bekeluarga akan datang. Walaupun aku cuma tinggal di asrama hanya sekitar 2 tahun memang terbaiklah puasa kat situ. Macam-macam gelagat sahabat yang boleh aku tengok. Ada yang curi-curi buka puasa dalam almari la, ada yang terang-terangan pun. Kata tak nasihat dah banyak kali cakap. Ish-ish, dah besar sendiri mau ingat. Mungkin sekarang diorang dah insaf kot, harap macam tu la.

Dan macam tahun lepas, kenangan puasa sambil bekerja di kilang pun tak kurang seronok. Dalam hati aku, aku rasa best jugak kerja kilang ni. Iye, walaupun waktu sekolah dulu tak pernah pun nak terfikir masuk kerja kilang ni. Tapi, baru habis belajar kan nak cari kerja takda pengalaman lagi, so rembat saja lah kerja yang ada. Dan gaji pun boleh tahan juga kerja kilang ni. Walaupun letih bekerja di kilang tu dalam bulan puasa, tapi seronok. Memang kurus sekejap juga la aku sepanjang bulan puasa tu. Sekarang dah setahun aku tinggalkan kilang tu. Tapi kenangan bekerja di samping mat-mat nepal masih segar dalam ingatan ~lolololo ...

Aku rasa yang tu je la kenangan bulan ramadhan aku sepanjang 21 tahun ni. Walau apa pun, yang terpenting ibadah puasa yang kita semua jalankan mestilah ikhlas keranaNya. Barulah itu yang dinamakan erti puasa sebenar. Memang rugi lah bagi orang-orang yang setiap kali datangnya bulan ramadhan dia persiakan begitu saja. Ingat ! bukan senang nak jumpa bulan rahmat ni, pasal kita sendiri pun tak tahu sampai bila usia kita. Moga bertemu lagi ramadhan yang akan datang.

~ Buat yang nak balik kampung tu, berhati-hati ye sebab jalan pun dah mula sesak sekarang ni. Pandu tu ingat orang yang tersayang sedang menanti anda di destinasi. Macam kata pepatah dulu-dulu, pandu cermat jiwa selamat, biar lambat asal selamat.



SALAM AIDILFITRI TULUS DARI HATI, 
AMPUN DAN MAAF SAYA POHONKAN SEPULUH JARI,
MOGA UKHWAH/IKATAN PERSAHABATAN KITA SEMUA TERJALIN RAPI.

P/s: Maaf zahir dan batin

14 ulasan:

Teena Tna berkata...

Aah, raya zaman budak2 lebih best. Mcm sy dr form 1 smpai tahun lepas ad puasa di asrama. Tahun ni jer puasa penuh kt umah.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

zaki umur 21 tahun ya? sebaya dengan anak saudara akak la.. seronok kenangan beraya masa kecil dulu kan? salam aidilfitri juga akak ucapkan kepada zaki.. mohon maaf jika ada kekasaran bahasa atau terkomen yang menyentuh perasaan sepanjang perkenalan kita di alam maya.. insya-Allah akak beraya di perantauan tahun ni (first time raya aidilfitri tak balik kampung)..

Amin A. R berkata...

Bila kenang2 balik, rasa rugi jadi orang dewasa... Huhuhu... :)

Abe Kie berkata...

masa kanak2 gi umah jiran minta duit raya. dpt 20 sen je pd awal 80an tu. tp kira oklah..bila kumpul2 cuma dpt rm10. tp masa tu dah cukup besar tau!

Sop berkata...

kalau xdapat join tarawih tu yg kurang best.. rasa ralat sgt
dulu dan skrg mesti x sama kan

S.K.A berkata...

kenangan terindah =) selamat hari raya zaki

Ayu Zan berkata...

ayu pun duk asrama 5 years.. mmg fun. :)

mama_ka0ri berkata...

itu la..zaman dulu raya lain ngan zaman skang..dulu meriah sangat umah atuk..skang ni ramai yg melekat depan tv jer..tak meriah langsung..huhu..

Selamat hari raya..maaf zahir batin dari akak sekeluarga..

hati2 memandu di jalan raya..

tenku butang berkata...

kenangan lama memang xkan dapat dilupakan kan.. hu2.. wlu dh tua bertongkat pun kita still bercerita ttg kenangan kita2 pada anak2 cucu kita betul x.. huk2.. klu lea kenangan tu masih bole dilakukan wlu pun umo dh semakin tua.. heeee

Kesuma Angsana berkata...

slm singgah & ucap selamat hari raya maaf zahir & batin yer !

siti ZAHARA berkata...

mng seronok klu ingt kenangan dulu2kn..hee..selamt hariraya zaki..=D

lucd007 berkata...

Raya dulu seronok sangat jauh beza dengan sekarang. Mungkin factor umur juga.

sekarang seronok tengok anak2 happy dan tau erti raya :)

selamat hari raya & berhati-hati dijalan raya :)

Badrina Ibtisam berkata...

:)
Betul! Lakukan ibadah dgn ikhlas, gunakn bulan yg penuh rahmat ini sebaik mungkin.. barulah terasa nikmat puasa di bulan ramadhan. :)

Selamat menyambut hari raya aidilfitri juga buat tuan blog! Mohon maaf zahir & batin.
:)

Bin Muhammad berkata...

Assalamualaikum....
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira disamping keluarga tercinta. Maaf zahir & batin =)