Jumaat, 2 Ogos 2013

Jumaat akhir bulan ramadhan


Sedih rasanya sebab jumaat hari ni adalah jumaat akhir pada bulan ramadhan buat tahun ini. Memang cepat masa berlalu dan aku harapkan ramadhan kali ini membawa seribu hikmah buat diriku serta semua hambaNya di dunia ini.

Aku sentiasa berdoa dan akan terus berdoa supaya Allah sampaikan umurku dan semua hambanya yang selalu mengharapkan keredhaanNya untuk sampai dan bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang. Ya Allah, sesungguhnya masih banyak lagi dosa yang kami lakukan. Terimalah taubat kami ya Allah ...

Jom semua, sama-sama kita membuat amal kebajikan selagi masih ada sisa umur di dunia ini. Serta moga semua amalan ibadah yang telah kita semua lakukan diterima dan diberi ganjaran pahala yang setimpal oleh Allah.

Firman Allah SWT :

(Orang-orang kafir itu) Allah telah tutup hati mereka (dari hidayat)dan pada penglihatan dan pendengaran mereka juga ada penutup (dari kebenaran).

Surah Baqarah:7

Sabda Rasulullah SAW :

Wahai manusia bertaubatlah dan pohonlah ampun kepada Allah dan sesungguhnya aku(nabi SAW) bertaubat 100 kali dalam sehari.
Hadis riwayat Bukhari

6 ulasan:

puteri airyn berkata...

Nice sharing adik.. :-)sayangnya Ramadhan bakal meninggalkan kita.. bulan yang penuh barakah..

siti ZAHARA berkata...

Hmm..adakah kita akak berjumpa lgi dgn ramadhan nanti..semoga kita akn truskn kebaikan pada hri2 yg akan dtg..

Nik Muhammad Jameel berkata...

sekejap jer rasa.. sedih rasanyer..

Tetamu Istimewa berkata...

Alhamdulillah, moga kita bertemu lagi di Jumaat akan datang. Doakan umur kita panjang ya.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

terasa cepatnya masa berlalu.. sedar je dah hampir sampai ke penghujung ramadhan..

S.K.A berkata...

dah nk raya pn..hrap diberi kesempatan utk merasai ramadhan akan datang..