Jumaat, 30 Ogos 2013

Info Teknologi Maklumat # 6 : PowerBank



ASSALAMUALAIKUM



       Apa itu Power Bank? Rasanya umum sudah mengetahui alat ini dengan lebih maklum. Tapi, jika ada yang belum mengetahui, ni nak habaq mai. Power Bank adalah peranti khas yang direka khas untuk menolong meningkatkan jangka hayat atau ketahanan kuasa bateri peranti mudah alih terutamanya untuk telefon pintar dan juga tablet PC. Senang cerita, kita cas dulu power bank ni bagi penuh, lepas tu kalau peranti mudah alih kita tu dah kekurangan bateri, cas pulak guna power bank tadi tu. Dengan power bank ini kita tidak perlu tergesa-gesa untuk mencari plag atau port pengecas bila dalam keadaan terdesak untuk menggunakan handphone tu. Senang bukan? 

Tips pilih Power Bank
  1. Pilih jenama Power Bank yang sudah dikenali di seluruh dunia. Sebetulnya, pilihlah jenama yang memiliki pensijilan UL (Underwriters Laboratories) untuk lebih kepastian dan keselamatan.
  2. Kenalpasti terlebih dahulu maklumat berkaitan syarikat pengeluar ataupun kilang yang menghasilkan Power Bank. Ini dapat mengelakkan dari terbeli Power Bank yang tidak sahih kewujudannya.
  3. Ambil tahu juga mengenai ciri khas yang terdapat pada Power Bank tersebut. Contohnya, port tambahan dan lain-lain.
  4. Pilih juga Power Bank yang menawarkan tempoh jaminan (Warranty) paling kurang setahun. Jika terdapat apa-apa masalah bolehlah anda hantar semula untuk pemeriksaan semula secara percuma. Tempoh jaminan yang lama boleh memastikan pengguna tidak rugi dan tidak ditipu oleh peniaga.
  5. Selain itu, anda juga boleh memilih jenis model Power Bank yang dikehendaki. Pilihlah mengikut citarasa anda dari segi warna, saiz, bentuk, dan sebagainya.
  6. Lihat harga Power Bank di setiap premis terlebih dahulu sebelum mula membeli. Pastikan power bank yang anda mahu beli itu terjamin dari semua aspek di atas dan ditawarkan dalam harga berpatutan.
  7. Teliti terlebih dahulu bateri yang digunakan pada power bank tersebut. Pastikan bateri tersebut adalah tulen/original. (Kalau bateri yang digunakan tidak original, mungkin power bank boleh meletup semasa pengecasan).
  8. Pilih juga power bank yang memiliki ciri-ciri keselamatan khusus yang mampu melindungi peranti mudah alih dan anda sendiri. Jangan malu bertanya kepada penjual adakah power bank ini memiliki ciri keselamatan seperti perlindungan litar pintas, pengecasan berlebihan, atau kawalan suhu.
Sampai sini dulu entry kali ini. Jumpa Lagi. ~Choww!

#Dengar cerita power bank jenis YOOBAO ok..
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-56

Sumber: Majalah PC 0gos

14 ulasan:

Cik Mun berkata...

xpernah gune lagi powerbank ni,,

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

bagus tips ini.. akak nak request untuk zaki buat entri mengenai kelebihan dan kekurangan smartphone dan tablet boleh tak? akak baru nak membeli..

puteri airyn berkata...

Nice sharing.. Kak Erin pun baru bercadang nak beli power bank..TQ for this information.. :-)

Nur Kamsinah berkata...

tanx bagi info... :)

Bin Muhammad berkata...

Ada tak utk Labtop?

akashah berkata...

baru berjinak2 nak guna power bank ni.. hehe..2600amh je.. tp sgt comel dan senang di bawa

Kesuma Angsana berkata...

tq share this tips yer, sgt2 membantu !

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil): InsyaAllah boleh kak.. nnti saya usahakan buat entry tu :)

zakirasli .. berkata...

@Bin Muhammad: Yg ni utk smartphone atau tblet PC je.. klau laptop mmg tkde bnda ni .. tp klau utk lptop pngecas dlm kete adala

Marou Apple Hijau berkata...

pernah beli powerbank tapi seminggu je pakai. lepas tu dah tak pakai sebab rosak. buang duit je..


Entri Baru Update : Terima Kasih Untuk 100K

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

terima kasih zaki.. maaf menyusahkan zaki pula..

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil): Sama2x kak.. takpe. klau sapa2x mntk entry pn saya akn cba buatkn... lgpun tgh tkdk idea nk buat entry nih hee

S.K.A berkata...

teringin nak beli..tp bnda2 cmni beranak2 bnyak sgt kt kedai..mmg xthu nk plih mn mn elok..tahu x p.bank jenama n jenis mcm mn yg terbaik?? selain hrga yg berpatutan..

zakirasli .. berkata...

@S.K.A: saya ingt jenis Yoobao. sbb rmai yg ckp jnis tu ok.. hrga pn dlm 100 lbih je.