Selasa, 20 Ogos 2013

Dilema PTPTN


ASSALAMUALAIKUM



  Tadi buka fb tengok ramai yang post pasal PTPTN ni. Ramai yang risau pasal sistem baru yang dijalankan ni. Nasib aku tak ambik pinjaman PTPTN ni, kalau tak.. tapi aku faham perasaan korang yang ambil pinjaman ni kalau gaji kecil tu, memang sesak sikit la nak bayar. Tapi, dah jadi adat berhutang nak tak nak memang kena bayar pun. Kat bawah ni ada cerita lanjut pasal sistem baru PTPTN yang dijalankan sekarang ni

PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS


KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengenakan tindakan lebih tegas dengan menyenaraikan seramai 420,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS) mulai bulan ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, PTPTN telah mewujudkan sistem berkenaan dengan kerjasama Bank Negara bagi membolehkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman selepas tempoh tiga setengah tahun tamat pengajian.
"Penyenaraian kepada sistem CCRIS ini bukanlah sesuatu yang bakal menyusahkan peminjam tetapi untuk memberi kesedaran kepada para peminjam yang langsung tidak pernah membayar balik pinjaman atau berunding dengan pihak PTPTN.
"Selain itu, kita juga akan fokus kepada mereka yang masih ingkar selepas diberi beberapa notis awal serta amaran akhir," katanya selepas Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTPTN di sini semalam.

Sumber : Kosmo! Online

Jadi, pendapat korang ??




3 ulasan:

Norhasniza Khalid berkata...

erm.. sebab ramai tak bayar lagi kot, sebab tu dorang buat tindakan cam ni...

S.K.A berkata...

hu3..yg pnjm kenalh byar..rakyat pndai memilih =)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

nak tak nak kena bayar juga 'hutang'+'bunga2 cinta'..