Sabtu, 31 Ogos 2013

Smartphone VS Tablet


ASSALAMUALAIKUM


  Aku mulakan entry ni dengan lafaz Bismillah. Haritu, dalam ruangan komen entry mengenai Power Bank kak Aiza (Dunia Kecil) ada request pasal kelebihan dan kekurangan smartphone dan tablet. Ok, entry harini pasal tu lah. Dengan sikit pengetahuan yang aku ada, insyaAllah aku cuba hurai di entry ni. 

Smartphone, sudah pasti ramai yang mengetahui apa kegunaan dan spesifikasi yang ada padanya kan? begitu juga tablet. Ciri adalah seakan sama tetapi hanya saiz yang membezakannya. Di bawah ini aku akan cuba masukkan seberapa input yang boleh mengenai kedua-dua benda yang menjadi kegilaan ramai sekarang ni. Kalau terkurang sesiapa yang tahu tolong tambahkan dalam ruangan komen nanti ya..


Kelebihan SmartPhone :

  1. Kecil, ringan, nipis, serta mudah dibawa ke mana sahaja. Ada juga sesetengah smartphone yang besar, tetapi masih lagi tidak menyukarkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja.
  2. Boleh didapati dari harga yang rendah hinggalah yang paling tinggi. Begitu juga dengan spesifikasi/ciri yang ada padanya. Semakin tinggi harga, semakin banyak spesifikasi yang di tawarkan.
  3. Mempunyai Operating System (OS) yang berlainan. Contoh; Android, Windows Phone, Symbian, dan OS yang dibangunkan sendiri oleh pengeluar. Setiap OS mempunyai keunikan dan fungsi tersendiri.
  4. Kebanyakan smartphone mempunyai ketahanan bateri yang mengagumkan. Ini bergantung kepada si pemakai smartphone itu sendiri. Kebiasaannya menawarkan sehingga 9 jam masa berbual. 
  5. Ada sesetengah smartphone yang menawarkan slot sim sehingga 2 slot. Ini lebih memudahkan pengguna yang memerlukan penjimatan data untuk telefon pintar.
  6. Semua smartphone mempunyai kemudahan Bluetooth, WIFI, dan GPS (Sambungan tanpa wayar).
  7. Perlu diakui bahawa pengguna di serata dunia lebih gemar menggunakan/membeli smartphone kerana faktor dan aspek yang lebih memudahkan dari segala segi berbanding tablet walaupun ianya mempunyai ciri yang hampir sama.
  8. Banyak aksesori yang ditawarkan untuk smartphone seperti casing yang cantik dan pelbagai warna, rantai kunci yang dapat mengesan Wi-fi serta lain-lain. Suka tengok diorang yang pakai ganggang telefon yang tersambung pada smartphone bila nak angkat call..
Kekurangan SmartPhone :

  1. Untuk menggunakan skrin yang jelas serta mempunyai saiz yang besar, perlulah tambahkan lagi duit/bajet anda untuk membeli smartphone ini. Smartphone yang mempunyai saiz skrin yang besar serta jelas biasanya ditawarkan dengan harga dari RM 600 hingga ke RM 2000. Huh, kalau yang tak berkemampuan, pakai je la smartphone yang saiz skrin dia tu kecil. Janji boleh guna kann ~~
  2. Perlu sentiasa update OS. Kebanyakan smartphone masih lagi menawarkan OS yang belum diupgrade, sebagai contoh, jika android kebiasaannya mereka menawarkan android Gingerbread versi 2.3 ke atas. Kalau tak update jadi macam aku punya smartphone la.. tak boleh nak guna Wi-fi. Kalau nak guna, kena update versi android dulu. Fuh, .. ~_~
  3. Untuk menggunakan android yang terkini, pastikan korang periksa dahulu di bahagian aturan telefon-mengenai telefon. Di situ ada maklumat mengenai versi android korang tu. Dan pastikan RAM serta cip pemproses pada smartphone tu tinggi jika mahu prestasi yang ok dan boleh di upgrade ke versi android yang terkini iaitu android Jelly Bean (JB) 4.2. Pemproses ni dalam 1Ghz pun dah kira ok dah ..
  4. Tidak semua smartphone yang didatangkan bersama fungsi kamera kedua/ video call. Kalau nak juga korang servey je kat semua kedai telefon. Sekarang ni smartphone china brand pun banyak jugak yang ada kamera depan. Tapi kalau korang ada bajet dalam 700 ringgit camtu baik cari yang beekualiti punya.
  5. Setiap OS smartphone tidak sama, jadi pilihlah yang boleh menyenangkan korang bila nak buat kerja menggunakan smartphone tu bukan yang memeningkan kepala. Kalau aku, memang aku pilih OS android pasal memang senang dan cantik interface dia. Tapi kalau korang tak tau la.. ikut citarasa sendiri.

Kelebihan Tablet :

  1. Mempunyai saiz yang besar dan harganya pun murah. Saiz skrin yang kebiasaannya ditawarkan untuk sebuah tablet biasa, selalunya berukuran 7.0 inci.
  2. Ditawarkan dari harga serendah 150 ringgit untuk tablet biasa.
  3. Kebanyakan tablet di pasaran sekarang mempunyai kamera hadapan yang membolehkan pengguna membuat video call/ video conference. Dan kamera belakang pun tidak kurang fungsi. Ada yang sampai 8 MegaPixels (MP).
  4. Kebanyakan tablet mempunyai OS android yang mana boleh memudahkan semua pengguna tak kira sama ada masih baru ataupun tidak. OS yang dimasukkan juga kebiasaannya telah di update ke versi yang terkini.
  5. Dengan menggunakan tablet tak kira lah tablet murah ataupun mahal, secara tidak langsung korang akan kelihatan sungguh bergaya. Hehe, ni pendapat aku la.. 
  6. Tablet juga sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak. Iyalah, dari korang belikan smartphone atau handphone untuk budak-budak tu, baik korang belikan tablet. Kerana harga tablet yang murah, jadi kalau rosak tak la rasa ralat sangat kan. hee
  7. Tablet berjenama seperti HTC, Samsung, Blackberry, LG, dan lain-lain menawarkan spesifikasi yang menakjubkan. Dan harganya pun amat "menakjubkan".
  8. Tablet juga sangat sesuai bagi anda yang menggemari game dan menonton movie. Dengan saiz skrin yang besar, pengalaman menonton movie pada tablet amatlah mengujakan. Jangan risau jika kehabisan bateri, Power Bank kan adoo.
Kekurangan Tablet :

  1. Memang harga tablet ni murah, tapi ciri yang ada pada tablet ni pun ala kadar je. Contoh, ada kamera depan tiada kamera belakang pula.
  2. Walaupun saiz skrin sebesar 7.0 inci, tetapi ada sesetengah tablet yang tidak berapa jelas jika di mainkan video.
  3. Kebanyakan tablet di pasaran tiada slot untuk kad sim. Jadi kalau yang nak ber "video call" mestilah install aplikasi seperti skype.
  4. Kebanyakan tablet juga tidak menawarkan fungsi Bluetooth. Jadi untuk memindahkan atau menerima fail, perlulah sambungkan kepada komputer terlebih dahulu melalui sambungan USB. 
  5. Jangka hayat bateri dalam tablet juga tidak bertahan lama seperti smartphone. Tetapi, jika pandai gunakan, jangka hayat bateri tablet juga dapat bertahan lama tapi tetap tidak boleh menandingi ketahanan bateri smartphone.

- Jadi nasihat aku di entry ni, pilihlah gajet yang bersesuaian mengikut cita rasa dan keperluan. Banyakkan mencari maklumat mengenai gajet sebelum korang membeli. Tanya pada rakan-rakan yang lebih mengetahui dan rujuk pendapat rakan di alam maya (internet). Boleh juga membeli majalah seperti  majalah eRing, majalah PC dan lain-lain. Diharapkan dengan pendapat mengenai kelebihan dan kekurangan smartphone dan tablet ini sedikit sebanyak boleh membantu korang semua.

#rasa macam nak beli galaxy tab la pulak

Jumaat, 30 Ogos 2013

Info Teknologi Maklumat # 6 : PowerBank



ASSALAMUALAIKUM



       Apa itu Power Bank? Rasanya umum sudah mengetahui alat ini dengan lebih maklum. Tapi, jika ada yang belum mengetahui, ni nak habaq mai. Power Bank adalah peranti khas yang direka khas untuk menolong meningkatkan jangka hayat atau ketahanan kuasa bateri peranti mudah alih terutamanya untuk telefon pintar dan juga tablet PC. Senang cerita, kita cas dulu power bank ni bagi penuh, lepas tu kalau peranti mudah alih kita tu dah kekurangan bateri, cas pulak guna power bank tadi tu. Dengan power bank ini kita tidak perlu tergesa-gesa untuk mencari plag atau port pengecas bila dalam keadaan terdesak untuk menggunakan handphone tu. Senang bukan? 

Tips pilih Power Bank
  1. Pilih jenama Power Bank yang sudah dikenali di seluruh dunia. Sebetulnya, pilihlah jenama yang memiliki pensijilan UL (Underwriters Laboratories) untuk lebih kepastian dan keselamatan.
  2. Kenalpasti terlebih dahulu maklumat berkaitan syarikat pengeluar ataupun kilang yang menghasilkan Power Bank. Ini dapat mengelakkan dari terbeli Power Bank yang tidak sahih kewujudannya.
  3. Ambil tahu juga mengenai ciri khas yang terdapat pada Power Bank tersebut. Contohnya, port tambahan dan lain-lain.
  4. Pilih juga Power Bank yang menawarkan tempoh jaminan (Warranty) paling kurang setahun. Jika terdapat apa-apa masalah bolehlah anda hantar semula untuk pemeriksaan semula secara percuma. Tempoh jaminan yang lama boleh memastikan pengguna tidak rugi dan tidak ditipu oleh peniaga.
  5. Selain itu, anda juga boleh memilih jenis model Power Bank yang dikehendaki. Pilihlah mengikut citarasa anda dari segi warna, saiz, bentuk, dan sebagainya.
  6. Lihat harga Power Bank di setiap premis terlebih dahulu sebelum mula membeli. Pastikan power bank yang anda mahu beli itu terjamin dari semua aspek di atas dan ditawarkan dalam harga berpatutan.
  7. Teliti terlebih dahulu bateri yang digunakan pada power bank tersebut. Pastikan bateri tersebut adalah tulen/original. (Kalau bateri yang digunakan tidak original, mungkin power bank boleh meletup semasa pengecasan).
  8. Pilih juga power bank yang memiliki ciri-ciri keselamatan khusus yang mampu melindungi peranti mudah alih dan anda sendiri. Jangan malu bertanya kepada penjual adakah power bank ini memiliki ciri keselamatan seperti perlindungan litar pintas, pengecasan berlebihan, atau kawalan suhu.
Sampai sini dulu entry kali ini. Jumpa Lagi. ~Choww!

#Dengar cerita power bank jenis YOOBAO ok..
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-56

Sumber: Majalah PC 0gos

Rabu, 28 Ogos 2013

Tips kempiskan perut yg sudah maju ke depan (BOROI)


ASSALAMUALAIKUM


   Nampak tajuk tak boleh blah langsung. Dalam kata lain, dah nak habis bulan syawal dah ni, korang semua amacam? sihat ke tak.. Untuk update entry kali ni saya nak dedahkan tips ataupun taktik mengempiskan perut tak kira golongan muda, tua, lelaki, atau wanita. Senang cerita untuk semua lah tips ni. Kalau nak tahu, sila baca sampai habis...

1. Elakkan makan makanan yang tinggi gula dan karbohidrat.
- Yang ni khas untuk pesakit darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, dan untuk orang sihat gak. Kalau tak kawal pengambilan gula dan karbohidrat ni, boleh mendatangkan penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes dan lain-lain lagi la. Bak kata pepatah melayu, kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman :D

2. Elakkan makanan yang berlemak, berminyak dan makanan/minuman ringan.
- Makanan/minumkan ringan contohnya; snek, kerepek ubi, twisties, air birkabonat (gas) dan lain-lain. Macam dalam kerepek tu pulak ada kandungan bahan perisa dan garam yang tinggi, jadi bahaya untuk orang yang mengidap penyakit darah tinggi. Dan untuk pesakit jantung, kalau teringin juga nak rasa makan biskut raya bolehlah makan biskut yang ada campuran oat dan bijirin. Kan ok camtu~

3. Minum banyak air kosong/masak.
- Tapi, memang tak ramai pun yang suka dengan air kosong ni. Tak sedap katanya. Untuk pengetahuan korang, air kosong jika diminum dengan banyak dapat mengimbangi kembali segala jenis air manis yang banyak kita minum sepanjang hari. Sekali lagi, elakkan minum air gas. Saya pun suka air gas ni.. sedap ~_~

4. Minum jus buah.
- Jus buah pun sedap juga kalau pandai buat. Jus buah sesuai untuk yang memerlukan rasa manis yang tidak keterlaluan dalam air. Manis buah tak sama macam manis gula, kalau tak dah lama kena penyakit pasal makan buah tembikai.. ye dak +_+

5. Gunakan pinggan yang kecil apabila makan.
- Dengan menggunakan pinggan yang bersaiz kecil bila mengambil makanan, confirm korang akan ambil sikit je kan. Kalau banyak tertumpah pulak nanti. Jadi, gunakan pinggan kecil bila nak makan. Tapi, kalau tetamu datang rumah, jangan pulak korang hidang nasi dan lauk-pauk yang banyak, last-last piring je yang korang bagi. Tak pasal-pasal berdendam pulak tetamu tu dengan korang. =_=

6. Lakukan senaman ringkas.
- Tak kira lah macam mana bentuk senaman yang korang nak buat, janji jangan sampai cedera sudah. Buat je sekurang-kurangnya 15 minit gerakan mudah yang dapat mengeluarkan peluh. Kalau nak tau macam mana, pergi tengok laman youtube

7. Puasa sunat.
- Ha, yang ni bagus. Selain dapat kuruskan badan, pahala pun bertambah. Macam sekarang ni, masih lagi dalam bulan syawal. So, boleh buat puasa enam.

8. Makan buah yang berkhasiat.
- Kalau nak kata khasiat, semua buah ada khasiat tersendiri. Untuk entry ni, saya gunakan contoh epal hijau. Buah epal mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, vitamin C, vitamin A, dan vitamin B serta sumber serat yang mudah larut. Nak lagi ok, makan epal ni setiap pagi dan kalau boleh buat jus.

Ok, sampai 8 tips je lah yang saya dapat taip di entry kali ini. Sehingga jumpa lagi. ~Bye~
Sumber: Olah dari web myMetro

#Moga bermanfaat

Isnin, 26 Ogos 2013

Anti-virus Smadav: Satu lagi anti-virus terbaik !



ASSALAMUALAIKUM


      Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui anti-virus smadav ni. Aku pun baru tahu dalam sebulan yang lepas. Padahal dari tahun 2009 lagi anti-virus ni dah wujud. Ok, anti-virus smadav dicipta oleh salah seorang rakyat dari indonesia merangkumi programer; zainuddin nafarin.

Pada permulaan, aku ingatkan anti-virus ni tak berapa nak ok, tapi bila dapat ketahui dengan lebih lanjut mengenai manfaat serta kelebihan smadav ni, terus aku gunakan. Anti-virus ini tidak memerlukan pengguna untuk update setiap hari seperti anti-virus yang lain. Selain itu, anti-virus ini juga akan melakukan proses scan secara automatik apabila pendrive anda dicucuk pada komputer. Dengan itu, kita tak akan risau lagi jika terdapat virus dalam pendrive tersebut. Anti-virus ini juga merupakan salah satu anti-virus yang tidak mengambil banyak ruang apabila di install ke dalam komputer.

Untuk mengetahui dan mencuba sendiri dengan lebih lanjut mengenai perisian anti-virus ini, bolehlah pergi ke laman smadav :- SMADAV.NET HOME

Sekian, selamat mencuba...


Jumaat, 23 Ogos 2013

Pertama Dalam Islam








YANG PERTAMA DALAM ISLAM...

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.


2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.


3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.


4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.


5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.


6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).


7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW.


8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA.


9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA.


10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA.


11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA.


12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.


13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA.


14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.


15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.


16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA.


17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.


18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.


19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al- Awwam RA.


20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA.


21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA.


22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH.


23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA.


24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA.


25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH.


26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA.


27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA.


28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.


29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.


30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhamamad SAW.



Sumber: FB Cinta Selepas Nikah

Rabu, 21 Ogos 2013

Tips- tips menjaga bateri laptop


ASSALAMUALAIKUM


1) Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila pertama kali anda menggunakannya.

2) Kemudian, TANPA ‘on’ laptop, cas bateri itu selama lapan(8) jam. Jika ‘indicator’ di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan cas sehingga lapan(8) jam. Ingat! Jangan sekali sekali ‘on’ laptop!

3) Selepas lapan(8) jam, cabut charger/adapter dari laptop. Dan dengan HANYA menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri itu

.4) Selepas ini, anda boleh mengecasnya seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh

~Tabiat yang perlu dielakkan~

1) Elakkan dari selalu mengecas bateri- Satu bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas.
Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan. Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari kuasa yang ada.
Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan), dari menggunakan bateri 10 minit dan cas balik
5 minit (ini dikira satu pusingan)

2) Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan.Kemudian cas semula. Ini akan membantu menetapkan kadar kuasa bateri

3) Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu.
Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa
Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung, dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.

4) Elakkan kepanasan- Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain.
Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.

5) Elakkan terlebih cas (overcharging) – Overcharging akan menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger bila ‘indicator’ sudah menunjukkan bateri sudah penuh


Sumber: MSN gadjet store

Selasa, 20 Ogos 2013

Dilema PTPTN


ASSALAMUALAIKUM



  Tadi buka fb tengok ramai yang post pasal PTPTN ni. Ramai yang risau pasal sistem baru yang dijalankan ni. Nasib aku tak ambik pinjaman PTPTN ni, kalau tak.. tapi aku faham perasaan korang yang ambil pinjaman ni kalau gaji kecil tu, memang sesak sikit la nak bayar. Tapi, dah jadi adat berhutang nak tak nak memang kena bayar pun. Kat bawah ni ada cerita lanjut pasal sistem baru PTPTN yang dijalankan sekarang ni

PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS


KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengenakan tindakan lebih tegas dengan menyenaraikan seramai 420,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS) mulai bulan ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, PTPTN telah mewujudkan sistem berkenaan dengan kerjasama Bank Negara bagi membolehkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman selepas tempoh tiga setengah tahun tamat pengajian.
"Penyenaraian kepada sistem CCRIS ini bukanlah sesuatu yang bakal menyusahkan peminjam tetapi untuk memberi kesedaran kepada para peminjam yang langsung tidak pernah membayar balik pinjaman atau berunding dengan pihak PTPTN.
"Selain itu, kita juga akan fokus kepada mereka yang masih ingkar selepas diberi beberapa notis awal serta amaran akhir," katanya selepas Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTPTN di sini semalam.

Sumber : Kosmo! Online

Jadi, pendapat korang ??




Jumaat, 16 Ogos 2013

KISAH LELAKI ALIM DAN PENIAGA



Assalamualaikum

  Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Urusan yang banyak sepanjang hari membuatkan aku kurang masa untuk update entry di blog ni. Untuk update kali ni, aku kongsi satu kisah yang aku ambil dari fanpage Tok Adi. Sila hayati...

Ada seorang lelaki tua yang sangat alim. Dia tinggal bersendirian di sebuah pondok. Setiap hari dia menghabiskan masanya hanya dengan beribadah, berpuasa dan berzikir. Boleh dikatakan aktiviti hariannya hanyalah mengabdikan diri kepada Allah.

Pada suatu malam, lelaki itu bermimpi. Dia melihat seorang peniaga sedang sibuk menguruskan perniagaan di sebuah pekan. Apa yang menariknya, peniaga itu memiliki keimanan yang jauh lebih hebat daripadanya walaupun sibuk menguruskan hal duniawi. Berbeza pula dengan lelaki tua itu yang hanya beribadah kepada Allah.

Pada keesokan harinya, lelaki tua itu pun pergilah ke pekan untuk mencari peniaga yang muncul dalam mimpinya. Ketika dia sampai di hadapan kedai, dia mendapati peniaga itu sedang sibuk melayan pelanggan. Lelaki tua itu mengambil keputusan untuk duduk memerhatikannya dari luar kedai.

Sepanjang pemerhatiannya, dia tidak nampak pun peniaga itu seolah-olah sedang beribadah sepertinya. Kemudian, lelaki tua itu melihat peniaga itu menuju ke masjid berhampiran. Beberapa minit kemudian, peniaga itu kembali ke kedainya menyambung rutinnya seperti tadi.

Curiga dengan tindakan lelaki tua itu, peniaga lalu menyapanya.
"Assalamualaikum. Ada apa-apa yang saya boleh tolong pak cik? "Tanya peniaga itu.

"Waalaikummussalam. Eh! Tidak ada apa-apa. Pak cik tak mahu membeli tapi pak cik nak tanya sesuatu." Balas lelaki tua itu lalu menceritakan mimpinya.

"Begini pak cik, sebelum saya menjawab soalan, boleh tak pak cik lakukan sesuati untuk saya?" Tanya peniaga itu.

"Pak cik boleh lakukan apa saja" balas lelaki tua itu.

"Baiklah, pak cik ambil piring yang berisi air ini. Dengan piring ini, pak cik pergi ke hujung bangunan dan patah balik ke sini tanpa menumpahkan air dalam masa lima minit." Arah peniaga itu.

Lalu lelaki tua itu memulakan perjalanannya. Lelaki itu jalan dengan sangat berhati-hati agar air dari piring tidak tertumpah sehingga tiba semula di kedai itu.

"Nah, ini piring tadi. Selamat. Sekarang apa maksud mimpi pak cik?"

Lalu peniaga itu mengambil piring tersebut.
"Sepanjang pak cik ke hujung bangunan, berapa kali pak cik ingat Allah?"

"Ingat Allah?" Tanya lelaki tua itu terkejut.
"Pak cik tidak ingat langsung kepada Allah tadi. Pak cik cuma pastikan air supaya tidak tertumpah dan tiba masanya. Terang lelaki tua itu seraya menyesal dengan tindakannya itu.

"Tapi saya sentiasa mengingati Allah sepanjang masa. Ketika saya berniaga , saya juga membawa 'air dalam piring'. Saya jujur, amanah, dan adil dalam perniagaan. Saya tidak pernah lupa bahawa Allah sentiasa memerhatikan saya' terang peniaga itu.

Rabu, 7 Ogos 2013

Adab-adab Aidilfitri



Gambar Hiasan

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang Maha Esa. Tadi tengok pengumuman raya mengatakan bahawa tarikh Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada 8/8/13 iaitu pada esok hari. Yeay, esok hari raya!! Seronok-seronok juga, tapi ada adab-adab yang perlu diikuti bagi mendapatkan sambutan Aidilfitri yang lebih diberkati. Berikut adalah cara Nabi SAW berhari raya:-

1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".

3. Mandi sunat hari raya.

4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6. Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7. Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.

8. Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

12. Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”

Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.


SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Sumber: Fb Diana Amir

Ahad, 4 Ogos 2013

Kenangan ramadhan dulu-kini



Assalamualaikum
Gambar Hiasan

Bila aku teringat kembali kenangan puasa waktu budak-budak dulu best je rasa. Iyala, satu keluarga penuh berkumpul dalam rumah. Ada adik, abang, kakak, mak, abah, atok.. lepas solat maghrib saja terus ke luar rumah main mercun dan bunga api. Hurm, tapi bukanlah mercun yang membahayakan macam meriam buluh dan lain-lain tu. Cukup sekadar mercun papan dan mercun bawang hehe. Bila aku ingat balik kenangan dulu-dulu memang bermakna saat-saat ramadhan yang dilalui.

 Tapi, sekarang ni semua dah lain. Macam keluarga aku, atok aku dah meninggal tahun lepas dalam bulan ramadhan juga. Kakak aku dah kahwin dan tinggal bersama suami dia di pahang tu. Memang terasa sikit perbezaan la berbanding dulu. Sekarang ni pun meriah juga, tapi tetap tak sama meriah dia pasal "geng-geng" dulu semua dah dewasa kan. Takkan nak main mercun lagi kot kang tak pasal-pasal satu kampung kejar dengan batang penyapu pulak kan..

Macam kenangan puasa di asrama pulak, memang seronok bila aku imbas kembali. Walaupun tak bersama keluarga tapi kawan-kawan pun dah cukup. Buat mereka macam keluarga sendiri dan perasaan bekeluarga akan datang. Walaupun aku cuma tinggal di asrama hanya sekitar 2 tahun memang terbaiklah puasa kat situ. Macam-macam gelagat sahabat yang boleh aku tengok. Ada yang curi-curi buka puasa dalam almari la, ada yang terang-terangan pun. Kata tak nasihat dah banyak kali cakap. Ish-ish, dah besar sendiri mau ingat. Mungkin sekarang diorang dah insaf kot, harap macam tu la.

Dan macam tahun lepas, kenangan puasa sambil bekerja di kilang pun tak kurang seronok. Dalam hati aku, aku rasa best jugak kerja kilang ni. Iye, walaupun waktu sekolah dulu tak pernah pun nak terfikir masuk kerja kilang ni. Tapi, baru habis belajar kan nak cari kerja takda pengalaman lagi, so rembat saja lah kerja yang ada. Dan gaji pun boleh tahan juga kerja kilang ni. Walaupun letih bekerja di kilang tu dalam bulan puasa, tapi seronok. Memang kurus sekejap juga la aku sepanjang bulan puasa tu. Sekarang dah setahun aku tinggalkan kilang tu. Tapi kenangan bekerja di samping mat-mat nepal masih segar dalam ingatan ~lolololo ...

Aku rasa yang tu je la kenangan bulan ramadhan aku sepanjang 21 tahun ni. Walau apa pun, yang terpenting ibadah puasa yang kita semua jalankan mestilah ikhlas keranaNya. Barulah itu yang dinamakan erti puasa sebenar. Memang rugi lah bagi orang-orang yang setiap kali datangnya bulan ramadhan dia persiakan begitu saja. Ingat ! bukan senang nak jumpa bulan rahmat ni, pasal kita sendiri pun tak tahu sampai bila usia kita. Moga bertemu lagi ramadhan yang akan datang.

~ Buat yang nak balik kampung tu, berhati-hati ye sebab jalan pun dah mula sesak sekarang ni. Pandu tu ingat orang yang tersayang sedang menanti anda di destinasi. Macam kata pepatah dulu-dulu, pandu cermat jiwa selamat, biar lambat asal selamat.



SALAM AIDILFITRI TULUS DARI HATI, 
AMPUN DAN MAAF SAYA POHONKAN SEPULUH JARI,
MOGA UKHWAH/IKATAN PERSAHABATAN KITA SEMUA TERJALIN RAPI.

P/s: Maaf zahir dan batin

Jumaat, 2 Ogos 2013

Jumaat akhir bulan ramadhan


Sedih rasanya sebab jumaat hari ni adalah jumaat akhir pada bulan ramadhan buat tahun ini. Memang cepat masa berlalu dan aku harapkan ramadhan kali ini membawa seribu hikmah buat diriku serta semua hambaNya di dunia ini.

Aku sentiasa berdoa dan akan terus berdoa supaya Allah sampaikan umurku dan semua hambanya yang selalu mengharapkan keredhaanNya untuk sampai dan bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang. Ya Allah, sesungguhnya masih banyak lagi dosa yang kami lakukan. Terimalah taubat kami ya Allah ...

Jom semua, sama-sama kita membuat amal kebajikan selagi masih ada sisa umur di dunia ini. Serta moga semua amalan ibadah yang telah kita semua lakukan diterima dan diberi ganjaran pahala yang setimpal oleh Allah.

Firman Allah SWT :

(Orang-orang kafir itu) Allah telah tutup hati mereka (dari hidayat)dan pada penglihatan dan pendengaran mereka juga ada penutup (dari kebenaran).

Surah Baqarah:7

Sabda Rasulullah SAW :

Wahai manusia bertaubatlah dan pohonlah ampun kepada Allah dan sesungguhnya aku(nabi SAW) bertaubat 100 kali dalam sehari.
Hadis riwayat Bukhari

Khamis, 1 Ogos 2013

Tiga doa mustajab




Sabda Rasulullah SAW : ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ (Riwayat Al Baihaqi)


-Semoga doa kita semua diterima Allah. Amin2x