Rabu, 17 Julai 2013

Tutorial/cara mengetahui spesifikasi komputer secara keseluruhan.

 Assalamualaikum,

  Okey, untuk tutorial kali ini pula aku akan kongsi cara untuk mengetahui spesifikasi yang ada pada komputer/laptop. Dengan tutorial ini, aku harapkan akan lebih memudahkan korang untuk mengetahui samaada spesifikasi yang ada pada komputer korang adalah sama atau tidak dengan apa yang telah diberitahu oleh jurujual. Kan dapat mengelakkan korang semua dari ditipu, yer dak..



Langkah Pertama; Korang klik pada start dan klik pula pada kotak dialog Run. Selepas kotak dialog Run  muncul, korang taip "dxdiag". Tak kisah la huruf kecil atau besar, janji korang taip macamtu.



Langkah Kedua; akan muncul paparan DirectX Diagnostic Tool. Benda ini lah yang akan menunjukkan semua jenis nama spesifikasi komputer korang. Tapi, buat pengguna yang pertama kali menggunakan DirectX Diagnostic Tool ini, korang akan dapati satu kotak dialog akan keluar sebelum keluar paparan macam di atas ini. Untuk itu, korang tekan sahaja Yes. Berbalik pada kotak DirectX Diagnostic Tool di atas, spesifikasi yang dapat korang lihat adalah, maklumat berkaitan komputer, jenis kad grafik, jenis pemacu bunyi, jenis pemacu rangkaian dan lain-lain lagi. 

Ok, selesai tutorial untuk kali ini. Harap dapat membantu korang untuk mengetahui jenis-jenis perkakasan yang terdapat pada komputer korang selepas ini. 

P/s: Perisian ini juga dapat digunakan untuk mengetahui kerosakan perkakasan pada komputer korang. Sekian


10 ulasan:

S.K.A berkata...

nice sharing..nk tya skit..directX utk ape sbnrnya ye??

zakirasli .. berkata...

@S.K.A: directX ni utk cek spesifikasi komputer. cntoh mcm grafik card, sound card dn lain2x.. kt situ kita dpt tgk nama dn selain tu kita dpt tgk samaada driver komputer kita masih ok @ dah rosak.

mama_ka0ri berkata...

dulu pernah blajar tapi skang dh lupa..haha..tq for sharing!

zakirasli .. berkata...

@mama_ka0ri : Ok, welcome :D

Cik Mun berkata...

ok..sgt berguna..thanks ye..

Kesuma Angsana berkata...

gd sharing ni. tq yer

||aLeaSaRa|| berkata...

wah bolehlah try tutor ni..tqvm tau ..tau..he3..

Diera Tekikushika berkata...

bagos blog ni kalau nak dijadikan rujukan hal2 pasal komputer. nak2 org buta komputer tools mcm diri ini =_=

Mizz Aiza berkata...

terima kasih di atas perkongsian ni zaki.. sangat berguna..

Miela Muhamad Riza berkata...

Tq For Sharing..nk tanya skit..pc ni b4 maintainance repair sbb infected virus...lps format sound langsung x bole guna..bila ku try directX ni kt bhgn Audio kosong je..n kt note tulis "no audio device/card attached"..adakah bermaksud sound card tiada or sound card ada namun tidak diinstall setelah formatting? mohon pencerahan...