Sabtu, 13 Julai 2013

Tutorial download lagu di Youtube tanpa menggunakan software.

  Untuk kali ni aku nak buat satu ruangan mengenai tutorial dn trick komputer pulak lah. Selalu tengok banyak blogger lain yang buat tutorial tapi banyak mengenai blog. Dan insyaallah, aku akan update entry dalam ruangan tutorial komputer ni dengan kerap. Dan untuk tutorial pertama ni, aku nak ajar cara download lagu dari video di youtube tanpa menggunakan apa-apa perisian. Mungkin ada yang dah tau, tapi takpa aku kongsikan jugak cara-caranya.



Ok, langkah pertama korang pilih video mana yang korang suka. Lepastu, kalau nak ambil lagu korang taip dekat sebelah perkataan youtube tu "listento". Pastikan perkataan "listen" dan perkataan "to" dirapatkan. Seterusnya tekan kekunci enter.


Langkah kedua, korang terus je klik pada perkataan "GO". Jangan ubah link dalam kotak tu pasal link dalam kotak tu adalah link kepada video tadi.


Langkah ketiga, paparan seperti di atas akan muncul. Korang terus klik pada perkataan "Click here to get your Download Link"


Seterusnya, korang klik pada "Download MP3".


Ok, sekarang korang dapat lihat video dari youtube tadi telah dapat dijadikan sebagai MP3. Mudahkan? 



P/s: Kalau rasa gambar tu tak berapa jelas, korang klik je pada gambar untuk untuk besarkan saiz...








6 ulasan:

zakirasli .. berkata...

Kalau korang nak mintak apa2x tutorial pun blh jgak.. jnji ada kena-mengena dgan komputer/tricks komputer.. InsyaAllah, yg boleh saya tlong, saya akan tolong. Sekian :D

Nurul Faiz berkata...

memang berguna sangat tutorial ni :)

Bin Muhammad berkata...

Mungkin anda rasa ramai yang tahu...tapi saya baru je tahu ni, terima kasih dgn ilmu ini...

Mizz Aiza berkata...

akak pun baru saja tahu.. terima kasih dia ats tutorial ni zaki..

Asyik Izas berkata...

owh mcm gitu rupanya..lg mudah ler..thank you..;)

S.K.A berkata...

tutorial ni la yg ambe guna slalu :) sng je..nice tutorial