Selasa, 9 Julai 2013

Nasihat Ramadhan.

  Semalam dalam t.v dah diumumkan esok dah mula puasa. Jadi, aku nak kongsi nasihat dalam bulan ramadhan melalui lagu nasyid dari kumpulan hijjaz ni pd korang semua.


Bulan Ramadhan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan lailatulqadar

Besarkan Ramadhan dengan puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al-Quran banyakkanlah sedekah
Terawikh kerjakanlah walaupun sunat

Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkanlah hatimu dengan Allah

Zikir selawat doa panjatkan
Pahala Ramadhan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali

Bulan Ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya

Allahu ya Allah
Kepada Mu kami beriman
Kerana Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat Mu ya Allah
Keampunan Mu wahai Tuhan

Banyakkan i’tikaf disepuluh hari terakhir
Lailatulqadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan

~Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga ibadah yang kita kerjakan ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T..


6 ulasan:

||aLeaSaRa|| berkata...

alhamdulillah salam ramadhan ye..semoga kesihatan dan usia kita diberkati di bulan mulia ini amin...

p/s-->kat area saya dari pagi hingga skrg ni hujan.hujan rahmat penghujung syaaban ^^

zakirasli .. berkata...

@||aLeaSaRa||: Terima kasih. Salam ramadhan juga utk alea :) bestlah hjan pepagi :D

S.K.A berkata...

Best lagu ni..Salam Ramadhan dn slmat berpuasa zaki =)

zakirasli .. berkata...

@S.K.A: Ok, selamat berpuasa juga & thank's :)

D_08 berkata...

Selamat berpose lagi sekali....ini mase peluang kite tambah amal...

D_08 berkata...

Selamat berpose lagi sekali....ini mase peluang kite tambah amal...