Selasa, 30 Julai 2013

Misi mencari baju raya 2013





   Dah nak raya kan.. Cepat je rasa masa ni berlalu. Hari ahad yang lepas aku dan keluarga sempat pergi ke T.S (Taiping Sentral) untuk membeli baju raya dan pelbagai kelengkapan lain tapi lebih kepada pakaian la. Kat situ aku tengok memang banyak betul baju raya, songkok, apa lagi ye, macam-macam lagi lah. Tapi, memang dah macam adat kat pasaraya ni, hari minggu je memang ramai betul orang kat situ. 

Ok, berbalik pada cerita misi aku ni, masuk je ke T.S ni dari bawah sampai ke tingkat atas memang penuh dengan pakaian untuk hari raya ni. Pelbagai corak dan warna yang memang menarik. Tinggal ada duit dengan takda je..

Macam gambar di atas tu, korang dapat tengok dari baju perempuan baik yang kanak-kanak maupun dewasa, semuanya ada. Pilih je mana nak. Pilih punya pilih, aku buat keputusan tak jadi beli kat T.S ni.. Pasal pilihan warna dia bagi aku bolehlah dan lagi satu harga dia pun boleh tahan gak.

Lepastu, buat keputusan pergi ke Pasaraya Giant di kamunting. Haa, kat sini pun boleh tahan jugakla pilihan baju yang ada.. Memang rambang mata betul lah. Dan, aku ternampak satu baju raya ni yang dijual oleh Gene Martino. Cantik pun cantik, murah pun murah. Diorang tengah buat sale  tu.. Harga RM 30 je. Murah kan. Kalau yang banyak duit, bolehla beli sampai 5 hingga 6 pasang hehe 0_o

Aku kalau tak, nak beli baju raya tahun ni warna merah gelap gitu, last-last dapat warna macam gambar kat bawah ni.. Ha, yang tu la baju raya aku untuk tahun ni, yellow colour. Ok la tu dari tak dapat langsung. Boleh la pakai sampai tahun depan. InsyaAllah





Sekian, Terima Kasih.

P/s: Besar kan baju aku, huhu.. silap ambik saiz kot


11 ulasan:

puteri airyn berkata...

Baju lelaki senang je nak cari kan.. baju perempuan susah skit.. huhu

Tetamu Istimewa berkata...

Wah, kuning baju tahun ni ya.

Amin A. R berkata...

Baju melayu? Rm30? Aiyohhhhh, kenapa lah kl begitu jauh dengan taiping kan... Huhu..

Mizz Aiza berkata...

akak ingat ke TS tu times squre.. hehe.. murahnya harga.. akak tak beli lagi pun baju raya tahun ni, senang2 recycle baju raya 2 tahun lepas.. ok tak?

Dhia Dirham berkata...

Aah la 30 hinggit je? Bole beli utk satu famili nih. Sib baik jauuuhh!

♥ Mrs. Secretary ♥ berkata...

color kuning yer tahun nie..murahnya sepasang ke 30hinggit tue..berbaloi la..mmg murah..kat sini paling murah pn 70 ke atas..;p

siti ZAHARA berkata...

Syoknya depa dah beli baju raya
zara blum lg bli apa2 pun..huhuhu..=D

S.K.A berkata...

ha3..xjem ke keluar hjung minggu?? ambe kalau bab baju raya ni, mmg xsuka cari, sbb dh byak yg dlu2 xpkai, lgpn xkisah..tp last2 fmily belikn juga..yellow 2..xpnh lg ada dlam collection..

mama_ka0ri berkata...

eh eh..kaler baju raya kita sama la..hihi..

Nur Kamsinah berkata...

perempuanla paling cerewet cari bju.yela tiap tahun berubah2 trend... baju laki biasa sama je :-)
SELAMAT HARI RAYA

Mila Ahmad berkata...

Saya pun aini baru cadang nak beli.