Khamis, 11 Julai 2013

Mangsa pertama mercun buatan sendiri

2 pelajar mangsa pertama mercun buatan sendiri

ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam. Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka. Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling.

Kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Menurut bapa Mohd Aiman Amzar, Jamsari Ismail, 37, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Tarawih di surau Taman Bersatu, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. 
"Kami semua pergi ke surau. Mungkin pada masa itu anak saya dan beberapa rakannya main mercun yang dibuat sendiri," kata Jamsari kepada pemberita semasa ditemui di HSB hari ini.

Menurutnya dia mendapat tahu mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.40 malam setelah dimaklumkan oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun. "Saya terus balik ke rumah dan melihat muka dan tangan Mohd Aiman Amzar melecur tetapi tidak berdarah lalu bawa dia ke Hospital Baling kira-kira pukul 11 malam dan kemudiannya hantar ke HSB untuk dirawat di Unit Rawatan Kebakaran," kata Jamsari. - Bernama

~ Nak buat macam mana kan.. benda dah jadi. Jadi, untuk adik-adik di luar sana tu harapnya ambil lah kejadian yg telah berlaku kpd 2 pelajar ni sebagai iktibar. Nak main mercun tu boleh, tp pastikan ada pengawasan dari ibu-bapa atau orang dewasa...

15 ulasan:

Bin Muhammad berkata...

Kasihan...malang tidak berbau, kanak2, lagi di tegah, itulah yg seronok di buat...masa kecil dulupun mcm tu juga, cuma malang tidak pada kita. Pantaulah kanak2 ini bermain bunga api...

Mizz Aiza berkata...

betul tu zaki.. main bunga api yang biasa tu je pun dah ok kot..

zakirasli .. berkata...

@Bin Muhammad: BETUL. wktu kecik2x dulu pn selalu juga main mercun. Alhamdulillah tkde bnda buruk brlaku.

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Tu la kan kak. klau bunga api biasa pn dh ok kot..

puteri airyn berkata...

kreatifnya..buat mercun sendiri..

D_08 berkata...

ok...yang carik bala sendighi ni..payah awok nak kesian....tapi beringat la ye.... pelajaran tuuu...pade semue...

D_08 berkata...

ok...yang carik bala sendighi ni..payah awok nak kesian....tapi beringat la ye.... pelajaran tuuu...pade semue...

Tedi berkata...

Diorang ni masalahnya bukan main mercun, tapi buat mercun. Letak dalam besi la, dalam botol la, dalam paip pvc la... entah2 1000x ganda lebih kuat daripada mercun yg asal tu.

zakirasli .. berkata...

@puteri airyn: Tu la kan.. kreatiff sungguhh

zakirasli .. berkata...

@D_08 : Btul tu. saya setuju :D

zakirasli .. berkata...

@Tedi: Hurm, mercum tu tk salah, yg salah orgnya. sabor je lah..

Asyik Izas berkata...

awal2 puasa dh main mercun..itulah jdnya..kt umh Asyik pun ada dgr juga org main mercun..

Kesuma Angsana berkata...

aduhai baru je 2 ramadhan dah ada yg jadi mangsa !

siti ZAHARA berkata...

sikap terlampau kretif kut..apa2 pn ni adalah pengajaran jgk untk kita semua..jangan duk kretif2 sgt..hee

man berkata...

dah nasib diaorg..kita kn ambik pengajaran je