Jumaat, 19 Julai 2013

Lagi cerita guru ditembak

Guru mati ditembak


   Pagi tadi tak sempat aku nak buat apa-apa entry di blog ini pasal kena kerja luar kawasan pulak.. Tapi sekarang ni bukan pasal tu yang aku nak cerita. Cuba tengok gambar di atas tu. Beliau adalah seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah menengah di pulau pinang. Dan berumur 45 tahun. Masuk ni kalau tak silap aku la dah 3 orang guru yang menjadi mangsa tembakan. Apa salah mereka? Berikut adalah petikan dari artikel di sinar harian.

KULIM - Seorang guru lelaki berusia 45 tahun maut ditembak ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat simpang empat Keladi yang menjadi laluannya untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Brapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari semalam. Mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Wish dan tinggal di Taman Bidara keluar rumah seperti biasa untuk ke sekolah. 
“Apabila sampai di lampu isyarat simpang empat Keladi, mangsa menghentikan kenderaan dipandunya sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali dari arah belakang kereta dengan menunggang motosikal. Sebaik sahaja berada di sebelah mangsa, seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan dipercayai menggunakan pistol dan mengenai mangsa. Guru yang tidak dapat melarikan diri ditemui maut dalam keadaan terperosok di kerusi penumpang.

"Sehingga kini polis sedang mencari motif pembunuhan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 

Sebanyak 11 kelongsong peluru ditemui bertaburan di tempat kejadian dan beliau mempercayai suspek menggunakan senjata jenis pistol dan bukan revolver. Menurutnya, ini merupakan kejadian kedua selepas seorang pengusaha premis menjual besi lusuh di ditembak di lampu isyarat Taman Kuchai, di sini kira-kira jam 8.30 malam Mei lalu.

Menurut Ghuzlan, cara pembunuhan seperti ini lazimnya digunakan oleh penembak upahan kerana apabila mangsa berada di dalam kereta dan menghampiri lampu isyarat, tembakan yang dilepaskan pasti mengena sasaran kerana ketika itu kenderaan mangsa tidak bergerak. 

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Asisten Superintendan Tharmalinggam di talian 04-4916999.

~Makin kejam penjenayah sekarang ni... insaflah wahai penjenayah sekalian. Ingat yang maha melihat tu.


Sumber dari : Sinar Harian Online harini punya

10 ulasan:

Nik Muhammad Jameel berkata...

mudahnya dia bunuh orang..teruk2

Budak Kampung berkata...

ingt x kes ni sama mcm kat kelantan ai 2.takut kes along je

Amin A. R berkata...

kesian sangat cikgu tu..... 11 kelongsong peluru? maknanya 11 kali la ditembak????? ishhhh...

Cik S :) berkata...

astaghfirullah. semoga pembunuh tu mendapat hidayah utk sedar kesalahan yg dia buat. hanya Allah je mampu balas kejahatan dia.

siti ZAHARA berkata...

YA Allah..11 peluru..cian kt cikgu tu..

lucd007 berkata...

Ya allah kesiannya. Semoga pembunuh mendapat hukuman setimpal ;).

S.K.A berkata...

murahnya nyawa skrg ni..main bunuh2 cm2 je..motif msti dndam ni..kalau x, xkn nk mean tembak2

QasehnyaRania berkata...

mana2 pon dah tak selamat sekrang.takut je.

agak2 siapa ye?

roza berkata...

manusia sudah hilang pertimbangan.

Mizz Aiza berkata...

memang maut kita rahsia Allah, mati akibat ditembak itu hanyalah alasannya sahaja.. tapi persoalannya, kenapa ada manusia yang sanggup membunuh?