Selasa, 2 Julai 2013

Blog ini matlamat aku.

Assalamualaikum W.B.T..



   Masih aku ingat lagi aku bina blog ni bulan 12 tahun lepas sebenarnya. Bulan satu baru aku betul-betul aktif dengan menulis entri di blog ni. Mula-mula tu, aku ingat nak buat satu blog ilmiah mengenai dunia pengkomputeran, tapi lama-kelamaan aku rasa makin kekurangan idea untuk menulis post-post berkenaan dunia komputer ni sebab makin lama makin banyak blog-blog yang memaparkan mengenai tips/trick berkenaan dunia komputer nih.

Jadi, aku pun terus bercadang utk membuat blog peribadi yang menceritakan sedikit sebanyak kisah dalam hidup aku ni dan sambil tu jika ada maklumat berkenaan dunia komputer akan aku tulis dalam blog ni juga. Aku tulis entri dalam blog ni berdasarkan pengalaman aku dan apa yang aku rasa menarik dan bermanfaat untuk dikongsikan pada semua.

Untuk tahun 2011, aku dah membuat satu blog yang menceritakan mengenai islam dan banyak entri dalamnya yang menceritakan sirah-sirah nabi serta peristiwa yg menginsafkan manusia. Kalau korang nak tengok blog lama aku tu korang boleh ke sini :- Kejayaan Itu Terdapat Dalam Islam

Kenapa aku dah tak menulis di blog tu?? entahlah, aku pun tak ada jawapan untuk soalan tu. Biarlah blog tu menjadi panduan buat aku waktu aku "kesesatan". Dan mungkin aku rasa aku belum cukup layak untuk membahaskan bab agama sedangkan diri aku sendiri belum cukup baik lagi.

Ok, berbalik pada tajuk. Pada awal tahun 2013, aku mula membuat keputusan untuk menulis kembali di blog dan tujuan aku hanya satu; aku nak kongsi semua perkara-perkara yang baik dan berfaedah dengan korang semua. Dan telah menjadi matlamat aku untuk maju dalam dunia penulisan, bidang yang baru aku ceburi ni. Harapan aku agar aku terus istiqamah dlm membuat kebaikan sekaligus dapat meneruskan penulisan di blog ini walau beribu rintangan yang datang.

Rasa seronok untuk menulis dalam blog timbul apabila aku mula membaca post-post di blog otai, Ben Ashaari dan blog yang aku dapati beliau adalah orang pertama datang dan komen di blog aku ni, Blog Dunia Kecil (Mizz Aiza). Tidak aku lupakan juga blog-blog lain yang telah banyak memberikan inspirasi dan idea penulisan kepada aku. Terima Kasih semua kawan-kawan. Walaupun aku tak pernah bersua muka dengan korang, tapi aku amat menghargai semua komen dan yg lebih penting persahabatan di dalam alam maya ini.

~ Sekian dari aku, maaf entry kali ni panjang sikit. Saja nak meluahkan rasa.~

Aku Menulis Bukan Kerna Nama


10 ulasan:

zakirasli .. berkata...

Penggunaan kata nama "aku" dalam blog ni, sengaja aku gunakan agar kita semua lebih mesra dn lebih dekat.. mnta maaf yer pd yg lebih berusia.

Amin A. R berkata...

Teruskanlah menulis...tulislah apa saja dengan keikhlasan gitew. Jangan terhadkan blog kita dengan 1 isu sahaja, yg mana sampai 1 masa, takda topik untuk ditulis kerana tiada bahan/idea. Kan rugi? :D

Normi Nieza berkata...

tahniah...saya tak pernah komen cni erk?hehe

siti ZAHARA berkata...

tahniah..truskan berblog ye..=)

Mizz Aiza berkata...

akak ke orang pertama yang komen di blog zaki? hehe.. semoga zaki terus bersemangat untuk menulis dan berkongsi sesuatu yang berfaedah.. habis tu blog lama tu terbiar aje la ya? sayang juga kalau dibiarkan..

Kesuma Angsana berkata...

moga terus maju jaya yer .. happy blogging !

S.K.A berkata...

blog kak Aiza mmg best :) pasal dunia komputer 2..jgnlah tggl terus..kdg2 ada org bca..mcm ambe suka jgak bca, blog zaki ni ambe sllu jgak bt rjukan..nk2 bab kmputer..psal cut mp3 tu..mmg suka la..byk bnda ambe dwnld dr blog ni :) ape pn happy blogging bro..share je slgi bermanfaat..

malu nak letak nama berkata...

"kipedap" tuk Tuan Blog, bak kate omputih :) Teruskan menulis, panjang pun takpe akceli koz tu yg buat lg menarik dan layan membaca :)

NURSHAKIRA ABDUL HALIM berkata...

Blogger, jom ramai2 meriahkan! Segmen : Sebulan Berblog By Shakira

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

zakirasli .. berkata...

Terima kasih atas sokongan semua ye !!!