Ahad, 14 Julai 2013

Awas sindiket kutip derma !


Kuantan: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan menahan individu yang menjalankan kegiatan mengutip derma di sekitar daerah ini tanpa kebenaran pihak berkuasa.
  Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata, kegiatan individu berkenaan yang didalangi sindiket dilihat semakin menjadi-jadi pada Ramadan, dengan menjadikan kawasan tumpuan ramai seperti masjid dan bazar Ramadan untuk menjalankan aktiviti itu. Katanya, ada antara mereka bertindak berani dengan mempamerkan logo Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) palsu bertujuan meyakinkan orang ramai untuk menderma.
“Hasil pemantauan kita selama seminggu mendapati ada beberapa individu aktif mengutip derma tanpa kebenaran MAIP dan mereka menggunakan kesempatan Ramadan untuk mempergiatkan aktiviti di tempat tumpuan umat Islam. “Kita akan menangkap individu berkenaan dalam masa terdekat jika masih meneruskan kegiatan yang jelas menyalahi undang-undang,” katanya.
Mohd Raffli berkata, individu berkenaan bijak mengaburi mata orang ramai dengan mengutip derma atas alasan mahu membina masjid dan pusat tahfiz yang sebenarnya tidak wujud.
“Ada antara mereka mengutip derma atas alasan mahu membina masjid namun apabila disiasat dengan lebih terperinci, ia sebenarnya tidak wujud,” katanya.
Sumber : Harian Metro

P/s: Nak derma tu boleh, tapi kena "tengok-tengok" gak la..

8 ulasan:

puteri airyn berkata...

Memang patut pun kena kutip..kadang2 diorang ni pakai sindiket..

siti ZAHARA berkata...

kadang2 cian plk kt mereka..tpi kita kena berhati2 jgk kn..=)

Asyik Izas berkata...

selalu kt kedai mkn mesti ada..kdg2 xsampai hati nk tolak tp sshlah nk percaya..xtahu betul ke x..

Amin A. R berkata...

Kalau kat bazar ramadan kat tempat sy skang ni, memang penuh dengan orang2 pengutip derma ni. Dan memang takkan sy derma sebab was was. Sy lebih yakin menderma di surau2..

Mizz Aiza berkata...

Elok menderma mengikut saluran yang betul..

Kesuma Angsana berkata...

kdg2 kita yg jd serba salah dgn benda2 mcm ni kan !

Suara Hati berkata...

kadang+ ada yang menipu ni...btw selamat berpuasa :)

D_08 berkata...

kalo yang datang tu bebudak....jatuh kesian kite pade bebudak ni.... kite pun tka tau yang mane betoi mintak derma utk badan kebajikan...yang mane bukan..... udha dasar oghang Malaysia ni baik hatiii...