Ahad, 21 Julai 2013

Ajal celah tingkap

Foto


Ipoh: Seorang lelaki berusia 27 tahun yang hanya memakai seluar dalam, ditemui mati tersepit di tingkap dapur sebuah rumah selepas dipercayai gagal memecah masuk kediaman jirannya di Taman Saz, Silibin, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam, suspek ditemui tersepit di tingkap belakang rumah jirannya.

Pemilik rumah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, 56, berkata, dia yang baru pulang membantu isterinya berniaga di Pasir Putih terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap belakang dapurnya. “Sebaik tiba di rumah, saya terdengar jeritan minta tolong dan segera menuju ke arah bunyi itu bagi mengenal pasti apa terjadi. “Sebaik tiba, saya terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap berhampiran dapur dan segera menghubungi polis,” katanya.

Menurut Chen, beberapa minit kemudian, polis tiba dan berjaya mengeluarkan lelaki itu, namun mangsa didapati meninggal dunia dipercayai berpunca daripada sesak nafas akibat tersepit. “Mangsa ketika itu hanya memakai seluar dalam manakala pakaian dan kasutnya diletakkan di tepi sinki rumah terbabit, dipercayai bagi memudahkannya memasuki rumah.

“Anggota polis terpaksa memotong besi tingkap terbabit bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi semalam. “Hasil bedah siasat oleh unit forensik HRPB mendapati mangsa maut akibat kesukaran bernafas, malah tiada tanda-tanda menunjukkan mangsa dipukul dengan objek keras,” katanya.

- Huhu, nak kesian ke tak nih??

Berita lanjut di:- myMetro


7 ulasan:

Bin Muhammad berkata...

Ajal maut ketentuan Allah, berdoalah semoga kita dijauhkan dari menerima ajal dalam keaiban.

Nik Muhammad Jameel berkata...

cubaan mencuri + berseluar dalam = makin besar keaiban.. ,minta jauh lar dari meninggal dalam keadaan melakukan dosa..

S.K.A berkata...

hu3..mati katak terus..nauzubillah..

Cik S :) berkata...

pengajaran : jangan mencuri !

Kesuma Angsana berkata...

mcm2lah cerita skang ni !

Mizz Aiza berkata...

padan muka dia (jahatnya statement akak).. hihi.. ajal maut rahsia Allah, semoga kita tak ditakdirkan mati dalam keadaan begitu..

siti ZAHARA berkata...

subhanaALLAH..