Rabu, 24 Julai 2013

1.4 juta kenderaan guna Lebuh Raya Utara-Selatan

GOOGLE

  Terlalu sekejap dirasakan masa yang berlalu. Harini dah 15 Ramadhan, bermakna kita dah pun sampai ke pertengahan ramadhan. Tadi terbaca di akhbar Kosmo! online yang menjangkakan bahawa 1.4 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utara-selatan pada hari raya yang akan datang. Banyak kan..

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1.4 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan setiap hari menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohammad Fuad Khusairi berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 20 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari biasa.
“Untuk itu, kita akan mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol.
“Kami menasihatkan orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan agar mematuhi cadangan waktu perjalanan itu kelak,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Jadi, berhati-hati la ye pada semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung tu nanti. Kena sentiasa ingat pepatah ni, Biar lambat asal selamat dan sentiasa ingat orang yang tengah menunggu anda di kampung. Jangan jadikan hari raya hari bersedih.

P/s: Tetiba rasa rindu waktu zaman belajar dulu bila nak balik raya di kampung. Kena tempah tiket bas 2 minggu sebelum balik dan suasana jalan yang jem.. Perghh, walaupun penat tapi seronok 

11 ulasan:

Ayu Zan berkata...

muar JB kalau xjem 2 jam je. kalau jem.. mahu jadi 3-4 jam. huk3.
harapnya tahun ni lancar perjalanan.

Farah Waheda Wahid berkata...

dari sehari ke sehari jalan semakin teruk jam... huh... sabar jer lah mengadap...

Merah itu hot berkata...

fuhh banyak tuuu . .
sekarang paling kurang pun mesti sebuah rumah ada dua bijik kreta . .
so no wonder laa makin bnyk kreta kn :)

Kesuma Angsana berkata...

jem & kesesakan ni dh sinonim dgn apa raya sekali pun kan ! sabar jelah

||aLeaSaRa|| berkata...

jumaat minggu depan budak last sekolah.hubby dah pakat nak balik perak cepat he3...

S.K.A berkata...

ha3..xleh bygkn cmnelah kesesakannya nnti =) baik jalan kaki je, mcm dlam video 2..kekeke

Tetamu Istimewa berkata...

Betul tu, walaupun penat tempuhi jem tapi seronok juga.

Tapi, harap-harap saya balik nanti taklah jem.

siti ZAHARA berkata...

harap2 semua pemandu2 berhati2lah dan sentiasa beringat2..ketika memandu..

Suara Hati berkata...

kalau time raya saja confirm semua jalan sesak..huhu tak larat nak drive..jalan kaki lagi bagus haha

Mizz Aiza berkata...

tak pasti lagi nak balik kampung di perak ke tak raya ni.. huhu..

Dhia Dirham berkata...

Nasib baik kampung dhia dekat je.tak yah guna highway.