Rabu, 31 Julai 2013

Rahsia ‘6 Pack’ Bermula Dari Pinggan!


 Ramai lelaki mendambakan tubuh berketul-ketul enam pek. Tetapi malangnya pengambilan makanan yang tidak teratur dan salah menyebabkan badan menjadi ‘berketul’ di satu tempat saja iaitu perut! Artikel ini mungkin membantu anda merealisasikan impian anda. Semuanya bermula dari pinggan.

PERATURAN PERLU TAHU
1. Makan seperti Raja pada sebelah pagi, makan seperti Putera pada waktu tengahari dan makan seperti pengemis pada waktu petang.
2. Ambil enam hidangan kecil untuk menjaga kestabilan tahap gula dan minum tiga hingga empat liter air setiap hari.
3. Ambil 150 gram protin setiap hari yang terdiri daripada daging merah kurang lemak, ikan, ayam, telur, susu atau tauhu. Badan anda menggunakan 20 hingga 30 peratus untuk menghadam protin untuk keperluan karbohidrat.
4. Jangan menahan lapar lebih dari tiga jam kerana badan akan menekan kapasiti untuk membakar kalori.
5. Elak mengambil makanan ringan setelah jam 11 malam.

PEMAKANAN YANG PERLU DIAMBIL
Ambil lima hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih makanan tinggi karbohidrat sebagai sarapan setiap pagi seperti bubur, telur separuh masak atau terlu masak hancur (scrambled egg) bersama roti gandum bakar. Jika anda mahu makanan ringan sekalipun, kekacang, buahan kering dan bijian adalah pilihan tepat. Ambil lemak sihat setiap minggu seperti minyak ikan, kacang campuran dan bijian.Antara sayuran hijau yang terbaik di dalam menu anda pula adalah brokoli, kale, bayam, kacang hijau dan kubis.

Untuk memberi kesan pembentukan otot dengan lebih cepat, ambil minuman berprotin sejam sebelum dan selepas melakukan latihan. Pilih daging kurang lemak , beras perang, roti gandum, oat, kacang dan roti rai. Selain makanan, jangan lupa mengambil cecair saat membina abdomen six pack kerana ia boleh mendatangkan perbezaan yang ketara juga. Teh hijau emmpunyai banyak kesan terhadap kesihatan. Mengambil dua atau tiga cawan sehari akan meningkatkan bendalir dan mengelakkan perut anda buncit. Buah-buahan sitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan limau nipis membantu menyingkirkan lemak secara perlahan.

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAK
Elak terlalu banyak menggunakan sos berperisa di dalam hidangan anda. Kebanyakan sos yang berperisa mengandungi banyak bahan perasa tambahan yang tinggi garam dan perasa tiruan. Untuk menggantikan sos ini, guna minyak zaitun, minyak bijan, jus lemon, cuka atau sos soya kurang masin untuk memberi kelazatan hidangan anda. Jika anda memang penggemar minuman bergas, tidak ada salahnya. Pembentukan otot tidaklah sekejam yang anda sangkakan. Apa yang perlu dielak adalah elak mengambil minuman tinggi gula dan bergas ini pada lewat malam.

Makanan ringan seperti keropok, coklat, jem dan pemanis mulut perlu dielakkan kerana ia kategori makanan yang boleh mendatangkan  ketagihan buat anda. Elak juga makanan bergoreng, pasta putih, nasi putih dan roti putih. Kebanyakan tepung yang digunakan adalah tepung yang sudah dilunturkan sehingga berwarna putih. Jauhi minuman segera yang manis seperti minuman 3 in 1 dan elak juga mengambil karbohidrat pada sebelah petang.

RUTIN PERLU IKUT
Untuk memudahkan anda, kami ada menyediakan jadual mudah buat anda mengatur dan melatih diri dalam membina abdomen six pack ini.

7 am: Bubur oatmil bersama pisang, kismis dan teh hijau
10 am: Dua telur separuh masak yang dilapisi daging salai di atas roti gandum.
12 pm: Minuman protin (sebelum latihan)
2 pm: Minuman protin (selepas latihan), diikuti daging dada ayam bersama bayam, tomato ceri dan kentang manis.
5 pm: Bar protin dan pisang
8 pm: Stik tuna gril bersama brokoli, lobak merah, kale dan perasa seperti kicap kurang masin. Untuk pencuci mulut pula, ambil betik bersama halia dan jus limau.

Tip-tip ini tidaklah menggunakan perbelanjaan yang besar dan buktikan pada rakan bahawa anda bukan berangan kosong. Bolehlah anda cuba baju body fit selepas ini. Perlu berdisplin dan selamat membina otot!


Selasa, 30 Julai 2013

Misi mencari baju raya 2013





   Dah nak raya kan.. Cepat je rasa masa ni berlalu. Hari ahad yang lepas aku dan keluarga sempat pergi ke T.S (Taiping Sentral) untuk membeli baju raya dan pelbagai kelengkapan lain tapi lebih kepada pakaian la. Kat situ aku tengok memang banyak betul baju raya, songkok, apa lagi ye, macam-macam lagi lah. Tapi, memang dah macam adat kat pasaraya ni, hari minggu je memang ramai betul orang kat situ. 

Ok, berbalik pada cerita misi aku ni, masuk je ke T.S ni dari bawah sampai ke tingkat atas memang penuh dengan pakaian untuk hari raya ni. Pelbagai corak dan warna yang memang menarik. Tinggal ada duit dengan takda je..

Macam gambar di atas tu, korang dapat tengok dari baju perempuan baik yang kanak-kanak maupun dewasa, semuanya ada. Pilih je mana nak. Pilih punya pilih, aku buat keputusan tak jadi beli kat T.S ni.. Pasal pilihan warna dia bagi aku bolehlah dan lagi satu harga dia pun boleh tahan gak.

Lepastu, buat keputusan pergi ke Pasaraya Giant di kamunting. Haa, kat sini pun boleh tahan jugakla pilihan baju yang ada.. Memang rambang mata betul lah. Dan, aku ternampak satu baju raya ni yang dijual oleh Gene Martino. Cantik pun cantik, murah pun murah. Diorang tengah buat sale  tu.. Harga RM 30 je. Murah kan. Kalau yang banyak duit, bolehla beli sampai 5 hingga 6 pasang hehe 0_o

Aku kalau tak, nak beli baju raya tahun ni warna merah gelap gitu, last-last dapat warna macam gambar kat bawah ni.. Ha, yang tu la baju raya aku untuk tahun ni, yellow colour. Ok la tu dari tak dapat langsung. Boleh la pakai sampai tahun depan. InsyaAllah





Sekian, Terima Kasih.

P/s: Besar kan baju aku, huhu.. silap ambik saiz kot


Ahad, 28 Julai 2013

Contest Blogger Jejaka Jambu



  Assalamualaikum dan Salam Ramadan semua. Kali ini aku ingin mengajurkan satu Contest yang rengkas & Mudah. Buat kali pertamnya blog.lime.my menganjurkan Contest seperti ini. Aku menjemput kepada blogger2 Malaysia untuk turut serta bersama dalam Contest ini.

kalau korang semua nak join, boleh klik pada banner di sidebar sebelah kanan tu.

Pendapat aku mengenai blog lime ni, admin blog ini memang kreatif dalam membuat penulisan entry di blog beliau. Dan boleh dikatakan blog lime ni adalah antara salah satu blog kegemaran aku. Banyak entry-entry yang menarik perhatian aku antaranya; lukisan 3D, khasiat halia dan banyak lagilah entry menarik. Nak cerita banyak pun rasa macam tak lengkap juga, baik korang semua tengok sendiri blog lime ni. Lagi sekali aku bagitahu, blog ni memang terbaiklah..

Okey, berbalik pada contest ni; beliau menawarkan hadiah yang menarik sekali. Jom skodeng kat bawah ni:



1 x 30,000 mAh Power Bank untuk Entry Paling Kreatif


2 unit x Perfume Power Bank 2,600 mAh (referral link tertinggi, setiap minggu)



3 x free design service (header blog / fb cover)


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11/08/2013 - 11.59 pm



Artikel ini ditaja oleh : Contest Blogger Jejaka Jambu.

Jejak 500 Followers



500 bloggers?! Wow, banyak jgak nii, hehe. Segmen aku  ni khas untuk aku tambah koleksi bloglist yang sedia ada dalam blog aku ni dan untuk aku blogwalking dan semestinya aku backlink dari Blog Darulamanku ni. Aku target 500 Followers sebab lagi bnyak Followers join, lagi banyaklah blog aku nak usha2 entri terbaru depa. Semua rakan blogger dijemput join!!! Kalau dah Join anda boleh guna banner ni untuk promote ok...

Syarat-Syarat Join..

1. Cipta satu entri bertajuk "Jejak 500 Followers", beserta dengan Banner ni atas dan backlink ke entri ni.

2. Publish dan hantar link anda, dah settle.
3. Tinggalkan link di komen untuk dibloglistkan.
4. Nak Join Sila .::Klik Sini::.


Terima Kasih.

Tips selamat guna WIFI percuma



    Hari ke hari makin banyak tempat seperti di pusat membeli-belah ataupun di restoran-restoran yang menyediakan internet secara percuma. Tapi, dalam kelebihan yang disediakan ini kita semua perlu tahu dan sedar bahawa tidak semua benda percuma itu membawa kebaikan. Jadi untuk ini, aku nak kongsi sedikit cara yang agak selamat untuk menggunakan wifi di tempat umum ni;

1. MOD KONGSI

Jangan aktifkan mod kongsi pada komputer atau di gajet korang. Melalui mod kongsi ini, para penggodam dengan mudahnya akan dapat menggodam komputer serta gajet korang tu. Untuk pengguna windows, korang boleh mematikan mod ini di Control Panel, pilih Network and Internet Settings. Selepas itu, pilih Homegroup dan Advanced Sharing Settings. Di situ, korang boleh mematikan fungsi mod kongsi ini.

2. CIRI AUTOMATIK

Kalau ciri ini tidak dimatikan, komputer dan lebih-lebih lagi gajet korang akan lebih mudah terancam. Ciri automatik ini akan menghubungkan gajet dan komputer korang secara automatik kepada mana-mana wifi yang hotspot yang tersedia. Jadi pastikan korang tutup fungsi wifi jika tidak menggunakannya.

3. NAMA JARINGAN

Kadangkala, penggodam dengan sengaja mencipta jaringan wifi palsu dia tempat awam tanpa kita sedari. Contohnya seperti " Free Starbucks Wi-Fi ", untuk pengetahuan korang, starbucks tidak akan menggunakan nama Wifi mereka seperti itu. Dan jika gajet korang terhubung kepada jaringan palsu ini, boleh mengakibatkan bahaya kepada gajet dan komputer korang. Cara penyelesaiannya, korang jangan segan silu untuk bertanya kepada pemilik/pekerja restoran tersebut. Dan kalau rasa segan sangat tu, cari je la hotspot lain.

4. KATA LALUAN

Gunakan kata laluan yang unik untuk beberapa akaun. Cara ini dapat membantu apabila salah satu akaun korang mengalami masalah. Jika korang rasa mudah sangat terlupa kata laluan tu, gunakan saja aplikasi seperti KeePass atau LastPass untuk mengurus, menyelenggara, dan menjaga keselamatan kata laluan korang.

5. CIRI FIREWALL

Ini untuk pengguna komputer. Semua OS sudah pasti mempunyai fungsi firewall kan. Jadi aktifkan fungsi ini pada komputer anda. Fungsinya adalah untuk mengawal hubungan masuk dan keluar data internet dalam komputer. Pergi ke Control Panel, System and Security dan hidupkan fungsi firewall di situ.

6. IMBAS VIRUS

Akhir sekali, sentiasalah imbas fail anda dengan antivirus yang sentiasa dikemaskini.



~ Diharapkan tip-tip di atas dapat dijadikan panduan untuk korang semua semasa menggunakan Wi-Fi terbuka ni


Sumber : Majalah PC

Sabtu, 27 Julai 2013

Semua ni internet punya pasai !!


Gambaq dari google

Haishhh, internet punya pasal lah aku tak boleh nak update 2 hari ni.. Harini baru boleh nak update. Aku kan perlahan-lahan bertandang kembali ke blog korang untuk balas komen dan sebagainya lah. Ok, sampai kat sini dulu aku punya omelan hati. Jumpa lagi, Assalamualaikum.

~ Kan best kalau blog ni buleh update secara offline gitu ~ 

Rabu, 24 Julai 2013

Realiti mencari kerja di malaysia



~ Betul??

1.4 juta kenderaan guna Lebuh Raya Utara-Selatan

GOOGLE

  Terlalu sekejap dirasakan masa yang berlalu. Harini dah 15 Ramadhan, bermakna kita dah pun sampai ke pertengahan ramadhan. Tadi terbaca di akhbar Kosmo! online yang menjangkakan bahawa 1.4 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utara-selatan pada hari raya yang akan datang. Banyak kan..

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1.4 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan setiap hari menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohammad Fuad Khusairi berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 20 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari biasa.
“Untuk itu, kita akan mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol.
“Kami menasihatkan orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan agar mematuhi cadangan waktu perjalanan itu kelak,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Jadi, berhati-hati la ye pada semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung tu nanti. Kena sentiasa ingat pepatah ni, Biar lambat asal selamat dan sentiasa ingat orang yang tengah menunggu anda di kampung. Jangan jadikan hari raya hari bersedih.

P/s: Tetiba rasa rindu waktu zaman belajar dulu bila nak balik raya di kampung. Kena tempah tiket bas 2 minggu sebelum balik dan suasana jalan yang jem.. Perghh, walaupun penat tapi seronok 

Selasa, 23 Julai 2013

Pantun Raya


Pantun negeri ♥

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksey laju
Nanti rayo dale se pita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


Sumber:- Tak Serius


Kelebihan RM2



Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung! 

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan??? 

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada. 

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena.......
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan... hahahaaa

Isnin, 22 Julai 2013

Berjalan Dari Kuala Besut Ke Putrajaya?



- Erkk, dah fikir habis-habis ker????

Facebook pun dah bertukar wajah ke??



- Hurmm, pagi tadi Gmail yg bertukar wajah, petang ni Facebook pulak dah?? ke profil aku sorang je yg bertukar...

Gmail berwajah baru lagi..



  Dah lama tak buka Gmail dan harini baru sempat nak buka kembali. Tengok-tengok, dah berwajah baru semula Gmail ni. Mungkin aku yang baru perasan kot perubahan baru pada Gmail ni.. Apapun, memang cantik. Makin mudah rasanya nak ketahui apa yang dihantar ke dalam inbox kita tu. Dan kali ni inbox Gmail didatangkan dengan 3 bahagian. Pertama, Primary, kedua Social, dan ketiga Promotions. Memang terbaiklah !!

Ahad, 21 Julai 2013

Ajal celah tingkap

Foto


Ipoh: Seorang lelaki berusia 27 tahun yang hanya memakai seluar dalam, ditemui mati tersepit di tingkap dapur sebuah rumah selepas dipercayai gagal memecah masuk kediaman jirannya di Taman Saz, Silibin, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam, suspek ditemui tersepit di tingkap belakang rumah jirannya.

Pemilik rumah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, 56, berkata, dia yang baru pulang membantu isterinya berniaga di Pasir Putih terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap belakang dapurnya. “Sebaik tiba di rumah, saya terdengar jeritan minta tolong dan segera menuju ke arah bunyi itu bagi mengenal pasti apa terjadi. “Sebaik tiba, saya terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap berhampiran dapur dan segera menghubungi polis,” katanya.

Menurut Chen, beberapa minit kemudian, polis tiba dan berjaya mengeluarkan lelaki itu, namun mangsa didapati meninggal dunia dipercayai berpunca daripada sesak nafas akibat tersepit. “Mangsa ketika itu hanya memakai seluar dalam manakala pakaian dan kasutnya diletakkan di tepi sinki rumah terbabit, dipercayai bagi memudahkannya memasuki rumah.

“Anggota polis terpaksa memotong besi tingkap terbabit bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi semalam. “Hasil bedah siasat oleh unit forensik HRPB mendapati mangsa maut akibat kesukaran bernafas, malah tiada tanda-tanda menunjukkan mangsa dipukul dengan objek keras,” katanya.

- Huhu, nak kesian ke tak nih??

Berita lanjut di:- myMetro


Elakkan Riak








-Selamat Hujung Minggu.

Jumaat, 19 Julai 2013

Lagi cerita guru ditembak

Guru mati ditembak


   Pagi tadi tak sempat aku nak buat apa-apa entry di blog ini pasal kena kerja luar kawasan pulak.. Tapi sekarang ni bukan pasal tu yang aku nak cerita. Cuba tengok gambar di atas tu. Beliau adalah seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah menengah di pulau pinang. Dan berumur 45 tahun. Masuk ni kalau tak silap aku la dah 3 orang guru yang menjadi mangsa tembakan. Apa salah mereka? Berikut adalah petikan dari artikel di sinar harian.

KULIM - Seorang guru lelaki berusia 45 tahun maut ditembak ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat simpang empat Keladi yang menjadi laluannya untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Brapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari semalam. Mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Wish dan tinggal di Taman Bidara keluar rumah seperti biasa untuk ke sekolah. 
“Apabila sampai di lampu isyarat simpang empat Keladi, mangsa menghentikan kenderaan dipandunya sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali dari arah belakang kereta dengan menunggang motosikal. Sebaik sahaja berada di sebelah mangsa, seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan dipercayai menggunakan pistol dan mengenai mangsa. Guru yang tidak dapat melarikan diri ditemui maut dalam keadaan terperosok di kerusi penumpang.

"Sehingga kini polis sedang mencari motif pembunuhan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 

Sebanyak 11 kelongsong peluru ditemui bertaburan di tempat kejadian dan beliau mempercayai suspek menggunakan senjata jenis pistol dan bukan revolver. Menurutnya, ini merupakan kejadian kedua selepas seorang pengusaha premis menjual besi lusuh di ditembak di lampu isyarat Taman Kuchai, di sini kira-kira jam 8.30 malam Mei lalu.

Menurut Ghuzlan, cara pembunuhan seperti ini lazimnya digunakan oleh penembak upahan kerana apabila mangsa berada di dalam kereta dan menghampiri lampu isyarat, tembakan yang dilepaskan pasti mengena sasaran kerana ketika itu kenderaan mangsa tidak bergerak. 

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Asisten Superintendan Tharmalinggam di talian 04-4916999.

~Makin kejam penjenayah sekarang ni... insaflah wahai penjenayah sekalian. Ingat yang maha melihat tu.


Sumber dari : Sinar Harian Online harini punya

Khamis, 18 Julai 2013

Kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di malaysia.


Perlis ~RM6.00
Kedah ~RM7.00
Pulau Pinang ~RM7.00
Perak ~RM7.00
Selangor ~RM7.00
Negeri Sembilan ~RM6.50
Melaka ~RM6.50
Johor ~RM5.00/8.00*
Pahang ~RM7.00
Terengganu ~RM4.50/7.00/7.60*
Kelantan ~RM7.00
Sarawak ~RM6.50
Sabah ~RM7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan ~RM7.00

*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras.

"Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya".


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT FITRAH 

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat . 

Untuk memenuhi keperluan orang -orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud : " Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini" .

Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah .

Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal.

Sumber: 
Kalau Berani Like La Page Ni (fb)

Om nom nom nom



~ Berpuasalah kerna Allah.

Video dari : Matluthfi90

Rabu, 17 Julai 2013

Resepi bergedil daging/ayam

Bahan-bahan ( 8-10 org )

Bahan A
1 kg kentang
1 keping daging/ayam dlm 150gm(kalau banyak lagi sedap)
1 biji telur
minyak masak

Bahan B (secukup rasa)
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
serbuk perasa
garam
bawang goreng

Cara-cara

Kupas, potong panjang2 dan goreng kentang.. kemudian tumbuk hingga lumat. 
Daging/ayam goreng sebentar kemudian dicubit kecil2 dan digaul bersama kentang. Masukkan semua bahan-bahan B ke dalam adunan kentang secukup rasa, bulat2kan adunan tadi dan leperkan.
Pukul telur, celupkan bergedil tadi dan goreng.


Sumber dari:- Fb Suka Makan

Tutorial/cara mengetahui spesifikasi komputer secara keseluruhan.

 Assalamualaikum,

  Okey, untuk tutorial kali ini pula aku akan kongsi cara untuk mengetahui spesifikasi yang ada pada komputer/laptop. Dengan tutorial ini, aku harapkan akan lebih memudahkan korang untuk mengetahui samaada spesifikasi yang ada pada komputer korang adalah sama atau tidak dengan apa yang telah diberitahu oleh jurujual. Kan dapat mengelakkan korang semua dari ditipu, yer dak..



Langkah Pertama; Korang klik pada start dan klik pula pada kotak dialog Run. Selepas kotak dialog Run  muncul, korang taip "dxdiag". Tak kisah la huruf kecil atau besar, janji korang taip macamtu.



Langkah Kedua; akan muncul paparan DirectX Diagnostic Tool. Benda ini lah yang akan menunjukkan semua jenis nama spesifikasi komputer korang. Tapi, buat pengguna yang pertama kali menggunakan DirectX Diagnostic Tool ini, korang akan dapati satu kotak dialog akan keluar sebelum keluar paparan macam di atas ini. Untuk itu, korang tekan sahaja Yes. Berbalik pada kotak DirectX Diagnostic Tool di atas, spesifikasi yang dapat korang lihat adalah, maklumat berkaitan komputer, jenis kad grafik, jenis pemacu bunyi, jenis pemacu rangkaian dan lain-lain lagi. 

Ok, selesai tutorial untuk kali ini. Harap dapat membantu korang untuk mengetahui jenis-jenis perkakasan yang terdapat pada komputer korang selepas ini. 

P/s: Perisian ini juga dapat digunakan untuk mengetahui kerosakan perkakasan pada komputer korang. Sekian


Selasa, 16 Julai 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

I LOVE GIVEAWAY

CARA MENYERTAI :
  1. Buat entry yang bertajuk : I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

  2. Tepek banner pink di atas. Tak kisah lah nak tepek besar-besar atau kecik-kecik. Asal nampak.

  3. Follow dan like semua sponsor hadiah giveaway. KLIK SINI : Senarai Hadiah GIVEAWAY

  4. Back link ke entry ini semula. Atau dalam erti kata lain letak je link entry giveaway ni dalam entry.

  5. Submit link entry anda di ruangan komen di bawah. PERMALINK okay ! Maknanya link untuk entry tu sahaja. Jangan submit link blog sahaja, rajin lak aku nak check entry korang satu-satu kan? Memang tak dilayan ar kalau buat macam ni.

TEMPOH PENYERTAAN :
  1. Sekejap je aku nak bukak penyertaan. Seminggu je okeh? Sebab aku nak settle urusan hadiah cepat-cepat. So korang boleh dapat hadiah sebelum raya. Okay?
  2. Tarikh tutup penyertaan : 21 JULAI 2013, 8.00pm


PEMILIHAN PEMENANG :
  1. Semua peserta akan disenaraikan terlebih dahulu. Aku target malam 21 Julai tu aku dah start menyenaraikan para peserta. So kalau ada yang miss boleh cepat-cepat settle by 22 Julai. Tak gitu?
  2. Lepas tu dalam minggu tu jugak aku announce pemenang, bagi details korang kat penaja, then dalam seminggu inshaAllah settle hadiah okay?
  3. Apa-apa pun kita hanya merancang, Allah yang menentukan okay.
  4. Pemenang akan dipilihan menggunakan random generator. Kalau dah rezeki korang inshaAllah tak ke mana okay?


----> Nak join, klik saja banner diatas.

A friend ...

Kredit gambar dari: hudarahim89.blogspot.com

A friend should be someone
who will always be there.
To take time to listen to
help out and care.
A friend should be someone who makes you feel good.
Who is able to cheer you
when no one else could.
A friend should be warm,
understanding and true.
Someone you trust who will let
you be you.

P/s: Let me be your friends?

Isnin, 15 Julai 2013

Rompakan Bank



Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?


Sumber: Fb I like, hahaha~

Ahad, 14 Julai 2013

Awas sindiket kutip derma !


Kuantan: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan menahan individu yang menjalankan kegiatan mengutip derma di sekitar daerah ini tanpa kebenaran pihak berkuasa.
  Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata, kegiatan individu berkenaan yang didalangi sindiket dilihat semakin menjadi-jadi pada Ramadan, dengan menjadikan kawasan tumpuan ramai seperti masjid dan bazar Ramadan untuk menjalankan aktiviti itu. Katanya, ada antara mereka bertindak berani dengan mempamerkan logo Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) palsu bertujuan meyakinkan orang ramai untuk menderma.
“Hasil pemantauan kita selama seminggu mendapati ada beberapa individu aktif mengutip derma tanpa kebenaran MAIP dan mereka menggunakan kesempatan Ramadan untuk mempergiatkan aktiviti di tempat tumpuan umat Islam. “Kita akan menangkap individu berkenaan dalam masa terdekat jika masih meneruskan kegiatan yang jelas menyalahi undang-undang,” katanya.
Mohd Raffli berkata, individu berkenaan bijak mengaburi mata orang ramai dengan mengutip derma atas alasan mahu membina masjid dan pusat tahfiz yang sebenarnya tidak wujud.
“Ada antara mereka mengutip derma atas alasan mahu membina masjid namun apabila disiasat dengan lebih terperinci, ia sebenarnya tidak wujud,” katanya.
Sumber : Harian Metro

P/s: Nak derma tu boleh, tapi kena "tengok-tengok" gak la..

Sabtu, 13 Julai 2013

Resipi Sambal Petai.



     Oleh kerana aku salah seorang peminat masakan sambal petai, jadi aku nak kongsi resepi masakan sambal petai ni untuk korang semua yang aku dapat di fb tadi.

Sambal Petai 
Oleh : Naimah Md Ludin
cc : www.facebook.com/bukuresepi 

10 tangkai cili kering (potong pendek2 dan rebus)
1 labu bawang besar belah 4.
1/2 inci belacan
1 sudu minyak masak
campur semua bahan dan kisar sampai hancur

1/2 senduk minyak (utk tumis)
bawang merah dan bawang putih racik/tumbuk (utk tumis)
2 keping asam gelugur (jus asam jawa pun boleh)
petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun boleh kalau petai muda..hiris nipis2
ikan bilis 1 genggam
1 labu bawang besar hiris nipis bulat2
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak..tumis bawang sampai naik kekuningan..masukkan bahan yg dikisar..tumis sampai naik bau/pecah minyak..biar betul2 masak. Masukkan asam keping/jus asam jawa..masukkan petai dan ikan bilis. Tambahkan garam dan gula, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris bulat.

*kalau nak lagi sedap dan berlemak masukkan 1 senduk pati santan pekat akhir sekali..biarkan seketika sebelum padamkan api.

Selamat Mencuba! 

Tutorial download lagu di Youtube tanpa menggunakan software.

  Untuk kali ni aku nak buat satu ruangan mengenai tutorial dn trick komputer pulak lah. Selalu tengok banyak blogger lain yang buat tutorial tapi banyak mengenai blog. Dan insyaallah, aku akan update entry dalam ruangan tutorial komputer ni dengan kerap. Dan untuk tutorial pertama ni, aku nak ajar cara download lagu dari video di youtube tanpa menggunakan apa-apa perisian. Mungkin ada yang dah tau, tapi takpa aku kongsikan jugak cara-caranya.



Ok, langkah pertama korang pilih video mana yang korang suka. Lepastu, kalau nak ambil lagu korang taip dekat sebelah perkataan youtube tu "listento". Pastikan perkataan "listen" dan perkataan "to" dirapatkan. Seterusnya tekan kekunci enter.


Langkah kedua, korang terus je klik pada perkataan "GO". Jangan ubah link dalam kotak tu pasal link dalam kotak tu adalah link kepada video tadi.


Langkah ketiga, paparan seperti di atas akan muncul. Korang terus klik pada perkataan "Click here to get your Download Link"


Seterusnya, korang klik pada "Download MP3".


Ok, sekarang korang dapat lihat video dari youtube tadi telah dapat dijadikan sebagai MP3. Mudahkan? 



P/s: Kalau rasa gambar tu tak berapa jelas, korang klik je pada gambar untuk untuk besarkan saiz...








Jumaat, 12 Julai 2013

Khamis, 11 Julai 2013

Mangsa pertama mercun buatan sendiri

2 pelajar mangsa pertama mercun buatan sendiri

ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam. Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka. Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling.

Kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Menurut bapa Mohd Aiman Amzar, Jamsari Ismail, 37, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Tarawih di surau Taman Bersatu, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. 
"Kami semua pergi ke surau. Mungkin pada masa itu anak saya dan beberapa rakannya main mercun yang dibuat sendiri," kata Jamsari kepada pemberita semasa ditemui di HSB hari ini.

Menurutnya dia mendapat tahu mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.40 malam setelah dimaklumkan oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun. "Saya terus balik ke rumah dan melihat muka dan tangan Mohd Aiman Amzar melecur tetapi tidak berdarah lalu bawa dia ke Hospital Baling kira-kira pukul 11 malam dan kemudiannya hantar ke HSB untuk dirawat di Unit Rawatan Kebakaran," kata Jamsari. - Bernama

~ Nak buat macam mana kan.. benda dah jadi. Jadi, untuk adik-adik di luar sana tu harapnya ambil lah kejadian yg telah berlaku kpd 2 pelajar ni sebagai iktibar. Nak main mercun tu boleh, tp pastikan ada pengawasan dari ibu-bapa atau orang dewasa...

Rabu, 10 Julai 2013

RESEPI AYAM GOLEK ALA-ALA KENNY ROGERS

  Tadi aku buka fb, lpastu jumpa resepi ni. Jadi, aku rasa nak kongsila dengan korang semua resepi ni. Boleh buat juadah berbuka yg tinggal berapa jam je lg nih..

Photo: RESEPI AYAM GOLEK ALA2 KENNY ROGERS

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil (*tapi Mama suka masak seekor ayam belah 2/4)

Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega


Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.


Sos Lada Hitam
Resipi : Hana
Sumber:- siti delima.com

Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang (CT tak letak)
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :
1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.


Bahan-Bahannya :



1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega


Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.


Sos Lada Hitam
Resipi : Hana
Sumber:- siti delima.com

Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang (CT tak letak)
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :
1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.



Aku salin resepi ni dari :- Fb Taiping Zone


P/s: Sedap kan??