Selasa, 18 Jun 2013

Tip melancong: Hilangkan bosan dalam pesawat

Assalamualaikum W.B.T..




















     Walaupun aku belum pernah lagi naik kapal terbang, tapi aku nak kongsi juga la tips ataupun cara  menghilangkan kebosanan semasa berada di dalam pesawat ni. Sumber ni aku dapat dari laman Mymetro. Berikut disenaraikan senarai barangan yang perlu dibawa sewaktu di dalam pesawat untuk menghilangkan bosan.

Penutup mata 

Benda ini penting jika anda berniat tidur lama dalam perjalanan. Pilih penutup mata berwarna hitam agar cahaya benar-benar tak masuk dan anda boleh tidur dengan lena.


Bantal tiup

Kini banyak bantal kembara yang dijual untuk menyokong leher ketika tidur dalam kedudukan duduk. Belilah model bantal tiup yang senang untuk disimpan dan menjimatkan ruang ketika ia sudah tidak diperlukan.


Buku

Bawa buku atau bacaan lainnya. Pilih bacaan ringan seperti novel mahupun komik. Pastikan buku tersebut boleh anda baca lama dan tidak habis hanya dalam satu jam pembacaan.

Jaket

Untuk mengelak anda kesejukan sepanjang penerbangan, bekalkan diri anda dengan jaket yang bersesuaian. Jika anda merasa jaket terlalu berat untuk dibawa, selimut kecil atau kain pasmina juga boleh dibawa.

Permainan

Bawa pelbagai permainan mengisi masa. Permainan seperti buku puzzle, buku teka silang kata, ataupun sudoku pasti menghiburkan anda. 

Peralatan elektronik

Bawalah bersama gajet kegemaran anda, iPad, tablet, iPod dan sebagainya yang membolehkan anda bermain game, menonton filem dan pelbagai lagi aktiviti.
Namun, pastikan semua peralatan ini dimatikan semasa pelepasan dan mendarat supaya ia tidak mengganggu sistem penerbangan. 

Pemain muzik

Pemain muzik seperti MP3 boleh menjadi pilihan tepat untuk mengisi waktu saat dalam penerbangan. Selain dapat mendengar lagu-lagu kegemaran anda, ia juga boleh berfungsi sebagai penutup telinga semasa tidur.

Makanan ringan

Bawalah aneka makanan ringan seperti kacang manis, biskut dan coklat. Anda juga boleh membawa buah-buahan seperti epal dan pisang.

Gula getah

Gula-gula getah boleh meredakan mabuk panjang penerbangan. Selain itu, mengunyah gula-gula getah saat berlepas juga boleh mengurangkan tekanan pada telinga.

Ubat

Ubat sakit kepala ataupun ubat antimabuk boleh menjadi pilihan ubat-ubatan yang anda harus bawa saat penerbangan.


~ Aku percaya sedikit sebanyak tips ni boleh membantu terutama buat korang yang nak naik kapal terbang pergi melancong ke tempat-tempat jauh ni.. Yang pernah aku dengar bosan bila kat dalam kapal terbang ni. Tak tau la betul ke tak.. kalau pernah ada pengalaman silalah kongsi ye ..

~Teringin jugak nak naik pesawat ni.. tak tau la bila dapat peluang naik kapal terbang ni~

8 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

bagus tips ni zaki.. akak selalu tidur je kalau naik kapal terbang.. hehe..

QasehnyaRania berkata...

bagus tips ni :)thanks berkongsi ye

tenku butang berkata...

mice tips..

S.K.A berkata...

nice tips...pnh tgok fmly je naik..nk naik xbrani he3..

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih komen :) akak dh prnah naik kpal terbang, mesti best kn..

zakirasli .. berkata...

@QasehnyaRania: Terima kasih komen :) sama2x kita dpt mnfaat.

zakirasli .. berkata...

@tenku butang :Terima kasih komen :D

zakirasli .. berkata...

@S.K.A: Terima kasih komen :D takut? knapa? best apa dpat naik flight..