Sabtu, 15 Jun 2013

Tiada jalan mudah !!



   Kejayaan nama besar dalam teknologi seperti Microsoft, Dell, Apple, eBay, Amazon, Facebook, Google, Oracle dan puluhan syarikat yang merubah senario dunia bermula daripada hanya impian yang dikatakan tidak mampu direalisasikan.

Apabila namanya sudah popular, kenaikannya nampak mudah tetapi prosesnya panjang bermula daripada hanya angan-angan kemudian ilmu yang dipraktikkan sehingga pengembangan minda yang bukan tertumpu kepada satu objek saja.
Makna pemikiran satu objek saja termasuk tahap pengembangan minda kreatif yang mampu berfikiran kritis sehingga menghasilkan teknologi mencorakkan kehidupan manusia.
Di bawah ada disenaraikan nama besar mereka yang pernah memasuki carta individu paling berpengaruh dalam bidang teknologi :-

1. Bill Gates (Microsoft)
2. Steve Jobs (Apple)
3. Mark Zuckerberg (Facebook)
4. William Bill Redington Hewlett dan Dave Packard (HP)
5. Charles Ranlett Flint (IBM)
6. Gordon Moore dan Robert Noyce (Intel)
7. Jack Dorsey (Twitter)
8. Larry Page (Google)
9. Pierre Omidyar (eBay)
10. Micheal Dell (Dell)
11. Takeshi Mitarai, Goro Yoshida, Saburo Uchida dan Takeo Maeda (Canon)
12. Masaru Ibuka dan Akio Morita (Sony)
13. Leo Mechelin dan Fredrik Idestam (Nokia)
14. Dennis Crowley (Foursquare)
15. Kevin Systrom (Instagram)

Nama terbabit ialah antara tokoh teknologi namun masih terdapat ratusan pencetus teknologi lain yang hebat. Ratusan nama yang diiktiraf sebagai pencetus teknologi mempunyai satu persamaan paling jelas iaitu mereka pernah gagal namun pada masa sama tidak pernah menyerah diri dengan kegagalan yang pernah dirasai.
Jobs bukan hanya melakukan satu percubaan sehingga iPhone berjaya manakala Gordon Moore bukan memerlukan sehari untuk mencipta cip pemprosesan komputer. Mereka memanfaatkan ilmu dan idea yang dihubung­kan bersama sehingga mampu menghasilkan teknologi tidak pernah dibayangkan manusia sebelum ini.
Usaha yang tidak pernah putus dan percubaan demi percubaan menjadikan produk berjaya antara kunci utama kejayaan Facebook atau Google. Mereka tidak pernah duduk diam dan tidak berharap menjadi jutawan sekelip mata sebelum berjaya menghasilkan sesuatu. Jika anda ingin mengaitkan­nya dalam senario di negara ini, ramai yang ingin menjadi kaya namun tidak ramai mahu menjadi pencetus teknologi terlebih dahulu.
Misalnya begini, dalam kebanyakan kes yang dilaporkan di akhbar, ramai yang mahu menjadi kaya sekelip mata dan sanggup mengeluarkan modal puluhan ribu kononnya merealisasikan impian sebagai jutawan. Meskipun tidak salah tetapi tahap pemikiran perlu diubah sebelum mahu menjadi orang kaya dan pasti­nya teknologi mendatangkan keuntungan lumayan kalau rajin serta mampu berfikiran kritikal dalam menghasilkan idea baru.
Zuckerberg tidak pernah menjadikan kaya sebagai motivasi utama memba­ngunkan Facebook namun inovasi yang menjadi cetusan teknologi web dunia sosial itu berjaya menjadikan beliau antara individu terkaya di dunia pada masa kini. Dalam biografinya, Zuckerberg berusaha keras membangunkan idea Facebook dan menjadikan kegilaan mencipta program sebagai hobi nombor satu sehingga sanggup mengabaikan kehidupan sosial beliau berbanding rakan lain.
Ia jauh berlainan dengan sesetengah individu yang hanya mementingkan hiburan, malas berfikir dan cepat berputus asa ketika melakukan kerja. Sebab itulah kita me­nyaksikan longgokan m­at rempit berpeleseran yang tidak hanya menggunakan teknologi disuapkan terus kepada mereka dan bukannya pencetus teknologi di dunia. 
Anda sebagai rakyat Malaysia perlu berfikiran lebih kreatif, tidak mudah berputus asa dan menjadikan motivasi teknologi sebagai asas jati diri. Selepas itu, tanpa disedari anda akan melihat kejayaan diri pada masa akan datang sebagai sebagai individu yang setanding Jobs, Gates atau Dell.
Petikan diambil dari : MyMetro



4 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

nak jadi kaya kena berusaha.. ianya tak datang dalam sekelip mata..

S.K.A berkata...

yg no13 tu dia bt ape??

zakirasli .. berkata...

@Mizz Aiza: Terima kasih komen :) betul2x. saya setuju, klau tk buat apa-apa mcm mna nk kaya kn.. duit bkn blh turun dri lngit :D

zakirasli .. berkata...

@S.K.A: Terima kasih sudi komen :D lupa nk tulis. no. 13 tu dua2x org kuat nokia..